Pages

Friday, January 18, 2019

Doktor Umum Memoir Tun Dr Mahathir Mohamad Bab 1 Menjadi Perdana Menteri

Bab 1 Menjadi Perdana Menteri

Saya jadi Perdana Menteri Malaysia yang keempat pada 16 Julai 1981. Seperti pemimpin-pemimpin UMNO yang lain, saya pernah mengimpikan untuk menjadi seorang anggota Kabinet, bahkan menjadi Perdana Menteri. Bagaimanapun, saya tidak yakin mimpi saya akan jadi kenyataan. Sehingga saat saya berdiri di depan Yang di-Pertuan Agong untuk mengangkat sumpah jawatan, saya tetap calon yang tidak mungkin menjadi pemimpin nombor satu negara.

Dari awal lagi pelantikan saya itu memang sesuatu yang melawan arus. Saya bukan berasal dari keturunan elit Melayu. Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Syah adalah keturunan diraja, putera Sultan Kedah. Beliau juga bekas Timbalan Pendakwa Raya dan Ketua Pegawai Pelajaran Negeri. Tunku, panggilan mesra segenap rakyat jelata kepada beliau, pernah bertugas dalam Perkhidmatan Awam Kedah dan biasa mengetuai beberapa jabatan kerajaan. Perlantikannya sebagai Perdana Menteri memang tidak bertentangan dengan amalan masyarakat ketika itu.

Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak Hussein pula datang daripada keluarga ahli pentadbir ternama. Bapanya adalah seorang pegawai kanan kerajaan Pahang dan beliau sendiri pernah menjadi Setiusaha Kerajaan Negeri sebelum menyertai politik. Selepas Persekutuan Tanah Melayu dibentuk pada tahun 1948, beliau menjadi Menteri Besar Pahang. Sebagai orang nombor dua dalam UMNO, beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri dan pastinya menjadi pengganti kepada Tunku.

Seperti mana Tun Razak di Pahang, Perdana Menteri sebelum saya, Tun Hussein Onn juga berasal daripada keluarga elit dan ternama di Johor, yang rapat dengan istana. Bapa dan datuknya pula bekas Menteri Besar Johor. Bagi mereka, mengetuai pentadbiran kerajaan adalah satu tradisi keluarga.
Sebaliknya saya adalah rakyat biasa, anak bekas guru sekolah yang menerima pencen RM90 sebulan ketika saya melibatkan diri dalam politik. Orang Melayu pada masa itu masih berfahaman feudal dan tidak dapat menerima orang kebanyakan sebagai pemimpin. Tetapi saya berjaya memecahkan pegangan itu dan membuka jalan bagi mereka untuk mengetuai Kerajaan Malaysia. Hari ini, sesiapa sahaja yang jadi Perdana Menteri diberikan penghormatan yang sama seperti golongan elit dalam pemerintahan.

Ketiga-tiga Perdana Menteri terdahulu juga adalah peguam terlatih di London. Saya adalah seorang doktor perubatan lulusan Universiti Malaya di Singapura. Ini sahaja pun membuwt saya agak kurang layak. Bidang perubatan tidak dianggap kelayakan terbaik untuk menjsdi seorang Perdana Menteri. Peguam dianggap lebih layak untuk jawatan itu kerana tugas pemerintahan membabitkan perundangan. Tanggapan umum ketika itu adalah, doktor tidak terlatih dalam selok belok perundangan dan pentadbiran awam.

 Apabila mesyuarat bersambung, pemilihan untuk jawatan Timbalan Presiden, Naib Presiden dan jawatan lain pun bermula. Dalam UMNO, sesiapa sahaja yang menang kerusi Timbalan Presiden akan menjadi Timbalan Perdana Menteri. Kerana itulah pertandingan kerusi Timbalan Presiden di antara Tengku Razaleigh dan Musa menjadi tarikan utama. Saya sendiri berikrar untuk berganding dengan sesiapa sahaja yang menang. Saya sendiri berikrar un

Walaupun Harun masih di dalam penjara selepas Tun Hussein bersara, beliau dicalonkan untuk kerusi Naib Presiden. Tun Hussein sedikit pun tidak menyentuh hal itu. Lagipun tidak ada mana-mana peruntukan dalam perlembagaan parti yang menghalang percalonan Harun. Bagaimanapun, mengikut peraturan, Harun tidak dibenarkan bergerak cergas dalam politik selama lima tahun selepas dibebaskan. Pemuda UMNO menegaskan pendirian untuk mendapatkan pengampunan penuh ke atas Harun daripada Yang di-Pertuan Agong. Saya sendiri tidak pasti sama ada pengampunan itu akan membolehkan beliau kembali bergiat aktif dalam politik. Kerana itulah pemilihan parti pada tahun berkenaan amat penting, yang memastikan siapakah akan jadi timbalan saya dan apa tanggapan sebenar ahli UMNO mengenai kes Harun. Saya tahu apa yang Tun Hussein rasai pada waktu itu. Beliau sendiri telah melontar fail kes Harun kepada saya dahulu, apabila saya cuba membincangkan kesan politik yang bakal timbul jika tindakan undang-undang terus diambil ke atas Harun. Saya kira beliau akan tersinggung jika saya cuba membantu Harun. Pada waktu yang sama, saya juga tidak mahu menanggung risiko menjadi Presiden yang tidak disukai ramai jika tidak menghiraukan perasaan ahli.

Ketika undi dikira, suasana di dalam dewan menjadi panas dan penuh debaran. Pada mesyuarat Majlis Tertinggi malam sebelumnya, semua calon berjanji akan terus berkhidmat kepada UMNO dan kerajaan, tidak kira menang atau kalah. Saya penuh yakin parti tidak akan berpecah belah disebabkan penyokong Tengku Razaleigh dan Tun Musa. Musa menang dengan 722 undi berbanding 517 bai Tengku Razaleigh dan Tun Musa. Musa menang dengan 722 undi berbanding 517 bagi Tengku Razaleigh. Hadirin bertepuk tangan dan bersorak sebentar apabila keputusan diumumkan. Saya bersyukur kerana perwakilan mendengar nasihat saya untuk tidak terlalu gembira dengan apa jua keputusan. 

Tun Hussein berjalan masuk dengan saya di belakangnya. Kami berpakaian lounge suit gelap dan bersongkok kerana peraturan mewajibkan Menteri Melayu memakai baju Melayu berwarna hitam belum dikuatkuasakan pada masa itu. Selepas itu, Yang di-Pertuan Agong melangkah masuk dan duduk di singgahsana dengan diapit oleh empat pengapit daripada kalangan anggota polis dan tentera. Apabila dijemput oleh Bentara Istana, saya berjalan ke arah Yang di-Pertuan Agong yang menyerahkan kepada saya naskah dokumen rasmi upacara angkat sumpah jawatan. Selepas mengangkat sumpah, iaitu satu sumpah jawatan dan satu lagi ikrar menyimpan rahsia, saya pun menandatangani dokumen itu sebelum Pemangku Ketua Hakim Negara menandatangani sebagai saksi.

Detik menurunkan tandatangan itulah yang memisahkan kehidupan saya yang terdahulu dengan yang baru. Sepanjang menjadi Perdana Menteri, saya sering tertanya-tanya bagaimana seorang rakyat biasa seperti saya mampu mencapai ke puncak kerjaya ini. Mengimbas kembali, jalan itu bukanlah yang biasa dilalui seorang doktor perubatan apatah lagi rakyat biasa. Begitu pun, saya sudah menjadi Perdana Menteri Malaysia yang keempat.

  


 

Lemonping.com

Babab.net

ruangan iklan untuk disewa

Kalo berminat untuk menyewa ruangan iklan boleh hubungi saya di talian 011 21963078