Pages

Sunday, July 16, 2017

Kisah Malaysia Di Kelayakan Piala Dunia 2002

Peralihan ke alaf baru turut membawa kepada era baru bola sepak di Asia apabila Piala Dunia pertama dalam alaf ketiga dilangsungkan di Korea Selatan dan Jepun, yang turut mencatat sejarah sebagai Piala Dunia pertama dianjurkan bersama oleh dua negara.

Selain merupakan musuh ketat dalam bola sepak di rantau Timur Jauh, Korea Selatan dan Jepun sebenarnya mempunyai pertalian yang rapat dalam Piala Dunia. Kali pertama kedua buah negara cuba melayakkan diri ke Piala Dunia ialah pada edisi 1954 yang memperuntukkan hanya satu slot untuk zon Asia. Dalam pusingan kelayakan yang melibatkan hanya dua pasukan Asia ini, Korea Selatan mengatasi Jepun dengan agregat 7-3 dan layak ke Piala Dunia 1954. Jepun pula terpaksa menunggu 44 tahun lagi sebelum akhirnya mencapai impian Piala Dunia pertama mereka pada tahun 1998 di Perancis.

Kemudian berlaku satu insiden yang tidak diingini. Baik oleh Allan Harris, pengurusan FAM mahu pun rakyat Malaysia secara amnya. Dua penjaga gol utama, Kamarulzaman Hassan dan Azmin Azram serta penyerang Khalid Jamlus telah dilaporkan berada di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur pada 1.00 pagi 17 Februari, selepas mereka sebelumnya melaporkan diri untuk kem latihan pusat pada 14 Februari. Jurulatih negara Allan Harris yang mengamalkan disiplin ketat bertindak memecat kesemua tiga pemain tersebut.

Kekecewaan Allan Harris berasas kerana insiden ":Hard Rock Trio" berlaku ketika Allan Harris dan pembantunya B. Sathianathan berada di Bangkok untuk misi mengintip permainan pasukan Qatar yang bermain menentang Thailand. Dan kekecewaan ini lebih terasa apabila ketiga-tiga pemain yang dipanggil untuk membela diri hanya berdiam diri di depan allan harris tetapi kemudiannya merungut tentang pemecatan mereka dari pasukan negara kepada pihak media.

"Anda tidak boleh menguruskan sebuah pasukan tanpa disiplin dan kes ini adalah contoh jelas pemain yang tidak berdisplin,' hujah Allan harris. nasib baik, dalam hal ini FAM senada dan Setiusaha agung, Datuk Dell Akbar Khan menyokong tindakan Allan Harris.

Ketiadaan dua penjaga gol utama memaksa Allan Harris memanggil Mazlan Wahid, penjaga gol veteran Sarawak dan penjaga gol muda Terengganu, Syamsuri Mustafa sebagai gantian saat akhir. Namun tidak ada pengganti buat Khalid Jamlus, setelah Allan Harris menganggap ianya memudahkan tugas beliau untuk mengurangkan barisan lima penyerang kepada empat penyerang yang terdiri daripada Akmal Rizal, Hairuddin Omar, Rusdi Suparman dan V.Saravanan.

Malaysia mengadakan perlawanan ujian terakhir menentang NS Chempaka sebelum berlepas ke Hong Kong. Mungkin kesan dari Insiden Hard Rock Trio, pasukan kebangsaan tewas mengejut 2-0 di tangan NS Chempaka. Di Hong Kong, Malaysia bertemu Qatar dalam perlawanan pertama pasukan kebangsaan. Jaringan awal Rosdi Talib pada minit ke-9 memberikan harapan buat Malaysia membuat kejutan. Tetapi kemudian pemain pertahanan Khairil Zainal bertindak menahan percubaan gol Qatar dengan tangan lantas memaksa pengadil dari Jepun melayangkan kad merah. Dengan hanya 10 pemain, Mazlan Wahid dan barisan pertahanan tidak mampu menghalang pilihan utama Qatar menang besar 5-1 ke atas Malaysia. Dalam satu lagi perlawanan, Hong Kong diikat oleh Palestin 1-1.

Lawan Malaysia kemudiannya ialah turun menentang tuan rumah Hong Kong untuk perlawanan kedua. Usaha FAM memanggil pulang Akmal Rizal membuahkan hasil apabila penyerang muda itu meledak dua gol untuk Malaysia menang 2-0 dan menghidupkan kembali perjuangan kelayakan Piala Dunia 2002, seterusnya mengikuti rapat pendahulu kumpulan 3, Qatar yang menang ke atas Palestin 2-1 untuk selesa dengan enam mata.

Perlawanan terakhir pusingan pertama menemukan Malaysia dengan Palestin, yang ketika itu merupakan pasukan di ranking 176 dalam Kedudukan Dunia FIFA. Bukan sahaja pasukan Palestin ini berada jauh di belakang kita dari segi kedudukan, bahkan mereka juga datang dari negara yang sedang bergolak dengan sukan bola sepak di sana bernafas di sebalik letupan bom serta tembakan peluru rejim Zionis.

Tetapi sebagaimana Malaysia pada tahun-tahun sebelumnya melakukan kejutan untuk kalah di tangan pasukan seperti Filipina dan Laos, skuad kali ini juga melakukan yang sama. Malaysia kalah 1-0 di ke-3 Kumpulan 3, di belakang Qatar dan Palestin sebelum bermulanya pusingan kedua di Doha pada 20 Mac. Qatar yang menang 2-0 ke atas Hong Kong mengekalkan rekod kemenangan 100% mereka.

Di Doha, harapan untuk Malaysia layak bergantung kepada pasukan kebangsaan memenangi semua baki tiga perlawanan dan berharap Qatar kalah kesemua perlawanan mereka, sesuatu yang jelas kelihatan agak mustahil. Peluang Malaysia untuk mara secara sah terkubur apabila bertemu Qatar pada 20 Mac yang menyaksikan anak buah Allan Harris hanya mampu mencatat keputusan seri tanpa jaringan sekaligus memadam impian ke Piala Dunia 2002.

Walaupun begitu ia masih petanda yang baik buat Allan Harris. "Ia keputusan yang bagus kerana kita bermain dengan penuh semangat dan bertahan dengan cemerlang," ulas beliau yang ketika itu mensasarkan Malaysia menamatkan kempen kelayakan Piala Dunia 2002 di posisi ke-2 Kumpulan 3.

Sayangnya, pasukan kebangsaan tidak kenal erti konsistensi. Apabila turun bertemu Hong Kong yang pernah ditewaskan dalam pusingan pertama, Malaysia pula kecundang 2-1. Mazlan Wahid, penjaga gol veteran berumur 34 tahun melakukan kesilapan besar yang memberikan Hong Kong dua gol mudah tetapi bagi Allan Harris ianya kesalahan kolektif seluruh pasukan. Malaysia bermain buruk dalam separuh masa pertama tetapi cemerlang di separuh masa kedua dengan Hairudin Omar menjaringkan gol saguhati empat minit sebelum tamat perlawanan.

"Saya rasa ini lebih kepada masalah mental. Bagaimana lagi anda dapat menjelaskan dua corak persembahan berbeza dalam satu perlawanan?" soal Allan Harris sejurus tamat perlawanan. Kekalahan di tangan Hong Kong bermakna sasaran menduduki posisi ke-2 Kumpulan 3 lebur, sekali pun Malaysia kemudiannya berhempas pulas menewaskan Palestin 4-3 dalam perlawanan terakhir bagi satu lagi episod kegagalan ke Piala Dunia.

Slot zon Asia ke Piala Dunia 2002 diisi oleh China dan Arab Saudi yang menyertai tuan rumah bersama Korea Selatan dan Jepun. Iran yang layak ke play-off AFC/UEFA bagaimana kecundang di tangan Republik Ireland. Sekali lagi Brazil muncul juara apabila menewaskan Jerman 2-0, kesemua gol dijaringkan oleh II Fenemeno, Ronaldo. Korea Selatan pula mencipta rekod baru buat pasukan dari Asia dalam Piala Dunia dengan menduduki tempat ke-4. Agak memedihkan kerana hampir 30 tahun dulu bola sepak Taegeuk Warriors dianggap setara sahaja dengan Harimau Malaya di atas padang.

"Saya ada menyebut kali pertama menggalas tugas ini bahawa semua orang perlu bersedia untuk keadaan menjadi lebih buruk sebelum ianya kembali menjadi baik," tegas Allan Harris usai kelayakan Piala Dunia 2002. Tidak ada sesiapa yang menyangka bahawa keadaan menjadi lebih buruk yang dimaksudkan Allan Harris benar-benar buruk apabila Malaysia bertanding dalam kelayakan Piala Dunia yang berikutnya. Tidak ada sesiapa, baik di kalangan pengurusan FAM, para pemain bola sepak mahupun peminat bola sepak Malaysia.   

Saturday, July 15, 2017

Sinopsis Dan Pengajaran Filem Nasib Si Labu Labi


MALAY FILM PRODUCTION LTD.
Menghidangkan MOHAMAD ZAIN P.RAMLEE A.M.N NASIB SI LABU LABI
UDO OMAR MARIANI IBRAHIM PENDEK S.SHAMSUDDIN MURNI SARAWAK HABSAH BUANG S.SUDARMAJI ASMAON MOHD.HAMID JAMALUDDIN SARBAN SINGH HASSIM SALLEH MUNSIE SALLEH
Biintang Undangan SALOMA SARIMAH ROSNANI DAYANG SOFIA AZIZ SATTAR AHMAD MAHMOOD OMAR ROJIK AHMAD NISFU
Cerita MAJI LEE
Jalan Cerita MAJI LEE
Jalan Bahasa P.RAMLEE A.M.N
Lagu-Lagu Dikarang Disusun dan Dipimpin Oleh P.RAMLEE
Tarian HABSAH BUANG
Fashion Kebaya RAJA ZAII DRESS MAKER
Senikata Lagu S.SUDARMAJI
Teknik Fotografi CHOU CHAN KOK
Art Director A.V.BAPAT
Editor H.R.NARAYANA
Rekaman Suara YAP POH KAI
Rekaman Akhir KAM SIM BOON
Pencetak Filem WONG HONG PENG
Studio Manager KWEK CHIP JIAN
Pembantu Teraju S.SUDARMAJI RAHMAN JAIS
Rekaman CHUA SOH THONG
Rekaman YEO KEE JOK
Editing HAYAT HARRIS P.HARIDAS LEE THIAM YIAK K.K.RAM
Continuity TAN QUEE SIM
Penerbitan SHAW VEE MENG
Teraju Utama P.RAMLEE A.M.N


Tahun Diedarkan: 1963 (April)
Masa Tayangan: 1 Jam 55 Minit

RINGKASAN CERITA

Isteri Haji Bakhil meninggal dunia, Manisah, Haji Bakhil, Labu dan Labi semuanya berdukacita. Haji Bakhil tidak lalu makan kerana asyik mengenangkan isterinya. Begitu juga dengan Manisah. Tetapi bagi Labu dan Labi walaupun bersedih pasal makan mereka tidak menolak. Segala habuan Haji Bakhil habis mereka sapu hinggakan dia kelaparan. Selepas 40 hari isterinya meninggal dunia, Haji Bakhil sakit kerana dia tinggal keseorangan. Manisah pula susah nak tidur. Sementara itu, Labu dan Labi terus bergaduh kerana merebutkan Manisah hingga sampai ke suatu peringkat mereka terpaksa beradu kekuatan (boksing) di gelanggang kelab boxsing. Labu menggunakan nama Rocky Labu manakala Labi pula pakai nama Joe Labi. Sesiapa saja yang menang dalam pertarungan boksing itu, dialah yang layak memiliki Manisah.

Pertarungan antara Rocky Labu dan Joe Labi melarat sampai ke pusingan yang ke - 127 yang mana akhirnya bukan sahaja Rocky Labu dan Joe Labi yang K.0. tetapi juga pengadilnya. Selepas 100 hari pemergian isteri Haji Bakhil, Haji Bakhil mula bertukar kulit, lagaknya macam orang muda dia tak mahu pakai serban. Di pejabat Haji Bakhil & Co.Ltd, Haji Bakhil telah didatangi Cikgu Murni (guru sekolah anak-anak yatim) untuk membeli kain putih untuk kegunaan anak-anak yatim. Oleh kerana Cikgu Murni punya pasal dan sebab kesanggupan memberi gambar, Haji Bakhil menghadiahkan Cikgu Murni dengan 10 kayu kain putih. Dalam pada itu, Persatuan Anak-Anak Yatim masih kekurangan wang tabung dan keputusan telah dibuat dalam mesyuarat iaitu memunggut derma dari rumah ke rumah.

Dalam pada itu, Haji Bakhil terlalu rindukan Cikgu Murni dan sering memuja gambarnya. Kerana kebakhilannya Haji Bakhil hanya sanggup memberi seringgit sahaja kepada dua orang guru yang datang ke rumahnya untuk memunggut derma bagi Persatuan Anak-Anak Yatim, tetapi apabila Cikgu Murni yang datang menemuinya Haji Bakhil sanggup berhabisan hingga 1000 ringgit. Setelah serban sudah tak dipakai lagi dan setelah bertemu dengan Cikgu Murni, Haji Bakhil bertukar corak sama sekali. Dia memakai seluar pendek, bercermin mata hitam dan sanggup pula menukar kereta baru yang mana semuanya itu membuatkan Manisah curiga.

Sewaktu berkelah di pantai secara kebetulan pula Haji Bakhil bertemu dengan Cikgu Murni yang sedang membawa anak-anak yatim berkelah. Haji Bakhil kemudian diperkenalkan dengan Guru Besar, Cikgu Habsah. Dan dalam pertemuan di pantai itu, barulah Haji Bakhil tahu yang Cikgu Murni itu seorang janda beranak satu yang sangat melegakannya. Haji Bakhil kemudian telah diundang ke majlis perjumpaan Persatuan Anak-Anak Yatim dan kerana jasanya selama ini dia telah dihadiahkan dengan sekalung bunga dan dikalungkan pula oleh Cikgu Murni disamping diiringi dengan nyanyian lagu Allah Selamatkan Tuan Haji Bakhil begitu juga Cikgu Murni yang telah banyak membuat jasa terhadap kemajuan persatuan amal itu.

Di Malam Anekaragam, tidak disangka-sangka oleh Haji Bakhil turut diundang menjayakan malam tersebut ialah Labu dan Labi yang mana mereka telah mempersembahkan lagu dan tarian Aci-Aci Buka Pintu. Dalam peraduan Ratu Kebaya Cikgu Murni telah menang dan orang yang mengalungkan selepang ratu ialah Haji Bakhil dan dia jatuh pengsan apabila Cikgu Murni memintanya masuk meminang. Haji Bakhil mewakilkan Labu dan Labi pergi meminang Cikgu Murni dan dengan itu mereka terpaksa pergi bertemu dengan Pak Haji Kemetot. Bagaimanapun, Pak Haji Kemetot tidak bersetuju dengan peminangan tersebut. Labu dan Labi lari lintang pukang apabila dikejar oleh Pak Haji Kemetot dengan penyapu kontot.

Oleh kerana terpengaruh dengan tipu helah Labu dan Labi mengenai pergi meminang kali kedua, Haji Bakhil menyuruh mereka melarikan Cikgu Murni terus dibawa ke rumah Tok Kadi untuk dinikahkan dengannya. Di rumah Pak Haji Kemetot, Pak Haji Kemetot rasa tak sedap hati, berdebak gedebuk sedang tidur dan kerana kepanasan dia menyuruh Cikgu Murni tidur di biliknya manakala dia tidur di bilik Cikgu Murni.

Ketika Pak Haji Kemetot dan Cikgu Murni sedang tidur lena, Labu dan Labi datang lalu menculik Pak Haji Kemetot (pada sangkaan mereka Cikgu Murni) yang mana apabila sampai di rumah Tok Kadi keadaan menjadi kelam kabut apabila dibuka kain bungkusan yang muncul ialah Pak Haji Kemetot bukannya Cikgu Murni. Berikutan dengan itu, Haji Bakhil, Labu dan Labi telah didakwa di mahkamah. Mereka didapati bersalah dan didenda 500 ringgit setiap seorang atau dipenjara tiga bulan. Haji Bakhil membayar dendanya tetapi enggan membayar denda untuk Labu dan Labi. Oleh yang demikian terpaksalah Labu dan Labi merengkok dalam penjara.

PENGAJARAN

Nasib Si Labu Labi (1963) merupakan sekuel filem Labu Dan Labi. Filem ini masih berkisar kepada soal kehidupan di rumah Haji Bakhil dengan dua orang gajinya, Labu dan Labi serta anak perempuannya, Manisah. Filem ini dibuka denan babak sedih, di mana keluarga Haji Bakhil berdepan saat sukar apabila isteri Haji Bakhil meninggal dunia. Ini merupakan filem pertama P.Ramlee yang dibuka dengan babak kematian dan kelihatan jenazah yang telah siap dikafankan. Filem ini masih mengekalkan elemen slapstik seperti di dalam Labu Dan Labi. Banyak babak yang menggunakan dialog gurauan kasar seperti perkataan bodoh, bahlol dan tolol.

Kita dapat melihat bagaimana Labu Dan Labi masih setia bersama-sama dengan Haji Bakhil, walaupun mereka setiap hari dimarahi dan ditindas oleh Haji Bakhil. Kita melihat juga Labu Dan Labi begitu selesa hidup di bawah Haji Bakhil sehinggakan mereka sanggup berbuat apa sahaja untuk tuan mereka. Selesa dengan penindasan yang dialami merupakan pengalaman ajaib Labu Dan Labi. Langsung tidak terbit sebarang rasa untuk bangkit dan melawan.

Namun begitu, di sebalik sikap lemah dan hanya menerima penindasan yang dilakukan, Labu dan Labi tetap menyimpan rasa tidak senang terhadap tuan mereka. Misalnya kita dapat lihat bagaimana Labu dan Labi berpura-pura sedih dengan kematian isteri Haji Bakhil, sedangkan sebenarnya mereka langsung tidak sedih dan hanya melayan perasaan Haji Bakhil dan anak perempuannya, Manisah.Ini dapat dilihat semasa babak makan malam.

"Bagus juga Mak Encik mati ya Labu, kita hari-hari makan ayam."

Daripada keadaan ini kita dapat melihat yang Labu dan Labi langsung tidak memiliki hubungan secara peribadi dengan Haji Bakhil. Hubungan mereka hanya terhad sekadar pekerja dan majikan sahaja. Mereka tidak memperdulikan pun tentang sebarang nasib yang menimpa Haji Bakhil dan keluarga, yang penting mereka hidup seperti biasa dan dapat menikmati makanan yang sedap-sedap. Kedaan ini sama seperti apa yang dilakukan oleh Haji Bakhil terhadap mereka. Situasi menang-menang di antara kedua-duanya. Ketidakpedulian Labu dan Labi terhadap Haji Bakhil dapat dilihat semasa babak Haji Bakhil berpura-pura sakit.

"Nasib baik Cik lekas datang, kalau tidak gol-lah Pak Haji saya ini!"

"Kau minta aku mati?"

"Tidak! Tidak! Tidak! Kami berdoa biar Encik panjang umur, Kalau encik nak mati, Alhamdullilah!"

Sikap Labu dan Labi ketika meminang Ciku Murni untuk Haji Bakhil juga dilihat sebagai satu cubaan mensabotaj Haji Bakhil apabila tindakan mereka-reka cerita yang tidak ada itu melihatkan sikap Labu dan Labi yang tidak ambil peduli pun tentang Haji Bakhil dan tidak kisah tentang apa yang bakal terjadi terhadap majikan mereka itu. Malahan mereka sebenarnya mengambil peluang memaki hamun Haji Bakhil, tanpa disedari oleh Haji Bakhil sendiri.

"Bagaimana tentang peminangan? Berhasilkah tidak?"

"Rosak Encik! Rosak program kita!"

"Rosak? Apa yang rosak?!"

"Adakah patut, bapa dia bilang muka Encik macam Beruk Mat Ye! Kononnya nak kahwin perempuan yang paling cantik dalam kampung ni! Tua kutuk! Tua tak sedar diri! Bapa dia taram dengan Encik, kalau dapat Encik dia nak lanyak-lanyakkan!"

"Lanyak?! Betulkah katanya Labi?"

"Ya Encik! Mula-mula dia kata macam itu."

"Mula-mula? Alamak! Mula-mula! Kau lihat ini, aku mesti pukul kepala dia dengan marton! Kalau tidak jangan dipanggil aku Haji Bakhil!"

"Encik! Encik! Encik! Encik! Tapi Cikgu Murni terus bergaduh dengan bapa dia Encik, dia katakan bapa sampai hati bapa kata pada Haji Bakhil kekasih saya, saya cinta pada Haji Bakhil. Bila saya makan teringat Haji Bakhil, bila saya minum teringat Haji Bakhil, bila malam saya nak tidur, saya tepuk-tepukkan bantalnya panggil Haji Bakhil, Haji Bakhil, Haji Bakhil. Kalau boleh dia nak mati dengan Pak Haji Bakhil."

"Aku dah tahu tu, memang mesti Cikgu Murni berkata begitu. Labu, apa kata bapanya lagi?"

"Seterusnya Encik, dia tangkap Si Murni, dia ikat, dia ikat, dia pukul-pukul sampai keluar darah Encik!"

"Dia pukul?! Celaka punya bapa mertua! Kau pukul kekasih aku! Apa kata bapanya lagi?"

"Saya tak sampai hati nak dengar encik, semua ini Labi tahu!"

"Apa katanya Labi?"

"Cakaplah apa yan dia cakap!

"Terus Cikgu Murni panggil, abang Labu, abang Labi, tolong kasi tahu sama Haji Bakhil lepaskan saya! Kalau saya dah terlepas, malam ini juga saya nak kahwin dengan Pak Haji Bakhil dan saya tunggu di rumah tuan kadi!"

Perkara sama juga dilakukan oleh Haji Bakhil yang tidak memperdulikan nasib Labu dan Labi apabila tidak mahu membayar denda untuk kedua-dua mereka dan hanya melepaskan dirinya sahaja. Akibatnya Labu dan Labi dijatuhi hukuman penjara tiga bulan. Hukuman berkenaan dikenakan terhadap mereka kerana menculik Cikgu Murni untuk dikahwinkan dengan Haji Bakhil. Namun, sebaliknya terjadi apabila Labu dan Labi tersalah culik bapa Cikgu Murni.

"Kamu bertiga didapati salah dan dikenakan denda 500 ringgit tiap-tiap seorang atau penjara tiga bulan. Bagaimana Tuan Haji Bakhil bin Lebai Kedekut?"

"Tak apa saya mesti bayar tuan!"

"Bagus, Labi bin Kundur dan Labi bin Kura-Kura?"

"Dia bayar tuan."

"Kenapa pula aku nak bayar?"

"Kalau tak bayar kami pergi jail!"

"Aku tak mahu bayar!"

"Siapa nak jaga anak Encik?"

"Biar mati kering anak aku!"

"Jangan main-main Encik, bayar Encik!"

"Aku tak mahu bayar!"

"Ini jail ni Encik!"

"Padan muka kau, Setan!"

Soal ketidakpedulian majikan terhadap nasib pekerja ini dilihat seperti sindiran P.Ramlee yang semakin kuat terhadap Shaw Brothers yang ketika itu berdepan tekanan kuat daripada pekerja filem di Studio Malay Film Production. P.Ramlee jelas menunjukkan sikapnya terhadap majikan yang menindas dan langsung tidak membantu pekerja yang berada di dalam kesusahan, mahupun tenaga pekerja berkenaan dikerah sehabis mungkin. Ada yang berpandangan P.Ramlee ini memiliki gaya pemikiran seorang sosialis, namun sebenarnya pandangan P.Ramlee terhadap sosialis bukanlah dari sudut idealisme, tetapi hanya terhad kepada isu-isu yang berlaku di sekelilingnya. P.Ramlee bukanlah seniman yang memiliki pemikiran falsafah tulen seperti seorang ahli sosialis sejati, tetapi P.Ramlee mampu memaparkan masalah pekerja dan peniindasan terhadap pekerja oleh kelompok feudal dan golongan atasan dalam hampir setiap karya-karyanya.

Pergaduhan Labu dan Labi berebutkan Manisah ialah pergaduhan yang sia-sia. Kita dapat melihat bagaimana P.Ramlee menonjolkan elemen sia-sia itu di dalam babak memijak kepala bapa dan tinju di antara Labu dan Labi. Semasa kita menonton filem ini pada awalnya, kita akan menyangkakan bahawa flem ini akan berkisar kepada pergaduhan Labu dan Labi berebut Mansah untuk dijadikan isteri. Ini kerana kita dapat melhat bagaimana Labu mencabar Labi untuk bergaduh secara halus-halusan dan mereka membuat keputusan untuk bertinju di gelanggang dengan pengadilnya ialah S.Shamsuddin. Dua perkara yang dimaksudkan dengan sia-sia di sini, pertama ialah amat mustahil untuk Labu dan Labi menjadikan Manisah sebagai isteri dan angan-angan mereka alah angan-angan yang sia-sia, keduanya aksi tinju mereka sehingga 127 pusingan tidak mendatangkan apa-apa hasiil dan hanya satu perbuatan sia-sia kerana tiada siapa yang menang dalam pergaduhan itu.

Lebih sia-sia lagi selepas babak itu, Labu dan Labi tidak lagi menunjukkan minat untuk berebutkan Manisah dan kisah Labu dan Labi berebut Manisah terus ditamatkan oleh P.Ramlee. Inilah salah satu kelebihan P.Ramlee untuk menunjukkan satu angan-angan yang sia-sia, P.Ramlee menjadikan babak berkenaan sebagai sebuah babak yang sia-sia.

Selepas babak bertinju itu, kita terus dimulakan dengan pembaharuan Haji Bakhil dan kisah mengenai Haji Bakhil pun bermula. Nasib Si Labu Labi ini bukan lagi menjadikan Labu dan Labi sebagai fokus utama, sebaliknya Haji Bakhil dijadikan sebagai subjek penting yang menggerakkan filem ini. Namun begitu, babak bertinju berkenaan tetap dikenang sebagai salah satu daripada babak-babak slapstik yang menarik di dalam kebanyakan filem-filem Melayu.

Haji Bakhil selepas 100 hari kematian isterinya, bukan lagi Haji Bakhil yang biasa kita kenali. Haji Bakhil kali ini sudah lupa cara mengikat serban dan tidak lagi mengenakan serban setiap kali mahu ke pejabat atau keluar dari rumah. Sikap Haji Bakhil meninggalkan serban ini adalah selari dengan sikapnya yang berubah menjad miang dan cuba memikat hati Cikgu Murni. Serban ialah lambang manusia suc yang beragama, meninggalkan serban melibatkan Haji Bakhil berubah menjadi manusia yang begitu teruja dengan perempuan cantik sehingga sanggup melakukan apa sahaja perkara yang kadangkala dilihat tidak masuk akal, termasuk sanggup menculik Cikgu Murni, walaupun perancangan berkenaan tidak menjadi. Haji Bakhil tidak berserban juga beriya-iya menjadi seorang pemurah dan banyak menderma, walaupun hakikatnya Haji Bakhil bukanlah seorang manusia yang bermurah hati. Ternyata sikapnya untuk menderma itu hanya untuk memikat hati Cikgu Murni semata-mata.

Walaupun filem ini ditayangkan pada tahun 1963, namun berdasarkan kepada tarikh yang muncul di dalam filem ini, misalnya tarikh Malam Aneka Ragam pada 24 Disember 1962, dapat ditakrifkan bahawa latar filem ini ialah pada tahun 1962, sebelum Singapura bersama-sama Sabah dan Sarawak bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu untuk membentuk Malaysia pada 16 September 1963.


Apa yang lebih menarik P.Ramlee turut menyentuh mengenai pembentukan Malaysia di dalam filem ini. Jika diperhatikan pada babak semasa Cikgu Murni datang ke kedai Haji Bakhil, di seberang jalan terdapat Hotel Malaysia. Ini memberikan gambaran bahawa Malaysia itu terletak di seberang Singapura dan menantikan detik paling sesuai untuk Singapura bersatu bersama-sama Malaysia. Filem Nasib Si Labu Labi ini dihasilkan di Singapura dan semua pelakon yang berada di dalam kedai Haji Bakhil yang terletak berseberangan dengan Hotel Malaysia ini juga ialah warga yang menetap di Singapura. Haji Bakhil turut menyebut berkenaan hotel berkenaan di dalam filem ini.

"Kamu dah makan semua?"

"Belum Encik."

"Ahmad, kau pergi di hotel depan tu, kau order tiga mangkuk kopi, telur separuh masak, dua biji tiap-tiap seorang."

"Terima kasih Encik."

"Encik Haji Bakhil belanja pagi ini tau!"

Filem ini juga menjadi filem yang menyaksikan kemunculan isimewa (cameo) paling ramai bintang-bintang di Malay Film Production. Di antara yang ada ialah S.Shamsuddin, Aziz Sattar, Dayang Sofea, Ahmad Mahmud, Rosnani, Omar Rojik, Sarimah dan Ahmad Nisfu.


ULASAN & KRITIKAN

Sungguhpun "Labu Dan Labi" memperlihatkan kemerosotan P.Ramlee dalam pengarahan filem tetapi filem yang menggunakan watak Labu dan Labi ini dan merupakan sambungan dar filem pertamanya itu, lebih baik dan lebih sempurna. Ceritanya sudah pijak ke bumi nyata tidak seperti "Labu Dan Labi" yang berada di alam khayalan. Ceritanya agak menarik dan para pelakonnya telah membawa peranan masing-masing dengan baik dan memuaskan. Murni Sarawak (anak Siput Sarawak) yang diambil berlakon dalam filem ini buat pertama kalinya oleh P.Ramlee telah membawa peranannya sebagai Cikgu Murni tidak mengecewakan.

Pada keseluruhannya filem ini tidaklah seburuk "Labu Dan Labi" dan tetap menghibur dan menyeronokkan

IRAMA & LAGU

Hanya 4 lagu sahaja terdapat dalam filem ini:

  1. Barang Yang Lepas Jangan Dikenang (P.Ramlee)
  2. Aci-Aci Buka Pintu (P.Ramlee & Saloma)
  3. Sayu Pilu Kalbu Merana (Saloma)
  4. Tarian Silat Melayu (Saloma)
          Ciptaan & Gubahan: P.Ramlee
          Lirik: S.Sudarmaji
  • Aci-Aci Buka Pintu yang terdapat dalam filem ini, iramanya turut digunakan oleh P.Ramlee dalam "Ali Baba Bujang Lapok" ketika 40 Penyamun sedang bersukaria dalam gua.


FAKTA & ANGKA


  • Inilah siri kedua dan terakhir Labu dan Labi setelah "Labu dan Labi" yang diarahkan oleh P.Ramlee.
  • Filem pertama P.Ramlee menggunakan A.M.N. di hujung namanya.
  • Filem pertama dan terakhir Murni Sarawak berlakon dalam filem arahan P.Ramlee. Sebelum ini Murni Sarawak membintangi filem "Norlela" bersama Aziz Jaafar dan Sarimah yang diarahkan Dhiresh Ghosh.
  • Murni Sarawak (anak Siput Sarawak) boleh dikatakan heroine filem ini tetapi P.Ramlee tidak boleh dikatakan hero. Oleh yang demikian ia tidak boleh disamakan dengan Neng Yatimah dan Rose Yatimah di mana P.Ramlee menjadi hero kepada dua anak beranak. 
  • Perlawanan boksing (boxing) ditirunya dari filem Charlie Chaplin - "City Light". Bagaimanapun, ia tidak seteruk filem ini hingga menyebabkan pertarungan antara Rocky Labu dan Joe Labi sampai ke pusingan yang ke-127 manakala Eddie Baker sebagai pengadil (referee) tidaklah seteruk S.Shamsuddin sebagai pengadil yang terpaksa tumbang bersama Rocky Labu dan Joe Labi. 

SUMBER: FILEM-FILEM P RAMLEE

Friday, April 28, 2017

20 Tip Sebelum Melancong


Percutian atau melancong merupakan aktiviti untuk merehatkan diri dan minda setelah penat bekerja. Untuk melancong, anda perlulah melakukan pelbagai perancangan, termasuk persiapan belanjawan agar tidak berlaku sebarang pembaziran dan memastikan percutian anda berjalan lancar.
  • Menabung
Mempunyai wang yang mencukupi sangat penting. Jika anda mahu merancang untuk bercuti, mulalah menabung seawal mungkin. Asingkan duit persiapan percutian ke dalam tabung khas. Disiplinkan diri anda dan terus fokus pada perancangan anda.

  • Survey
Lakukan survey terlebih dahulu. Survey harga tiket pengangkutan, tempat yang ingin dilawati dan rancang percutian terlebih dahulu. Pada hari minggu kebanyakan pusat peranginan dan tempat tumpuan pelancong akan sesak dan menyebabkan ketidakselesaan. Harga dan caj yang dikenakan pula lebih mahal daripada hari-hari biasa.

  • Pakej Promosi
Apabila memilih untuk bercuti di luar negara, pilih negara yang mengadakan promosi perlancongan. Tanya agen pelancongan tempatan. Selidik terlebih dahulu tempat-tempat menarik di sesebuah negara, supaya percutian anda diisi dengan aktiviti dan pemandangan yang memberikan kepuasan percutian yang maksimum. Biasanya menjelang musim sejuk, negara di Eropah giat mengadakan promosi perlancongan.

  • Agensi Perlancongan
Melancong dengan menggunakan khidmat agensi pelancongan juga sangat digalakkan lebih-lebih lagi bagi mereka yang pertama kali mahu melancong. Ini dapat mengelakkan anda dari ditipu dan membuang masa.

  • Tarikh Sesuai
Semak tarikh tersebut beberapa kali dan pastikan anda dan keluarga tidak mempunyai apa-apa aktiviti lain, sebaiknya tarikh ditentukan tiga bulan sebelum pergi bercuti. Mungkin tugasan di pejabat juga dapat disiapkan lebih awal semasa ketiadaan anda.




Monday, February 27, 2017

Lirik Lagu Di Pintu Syurga

Segalanya kaku
Hati terus menangis
Bila mengenangkan
Dirimu telah tiada

Kau pergi tanpa pesan
Tinggal aku sendiri
Menghitung hari
Tiada daya
Hilanglah sepi

[Chorus]
Duhai kekasih hati
Katakanlah padaku
Bahawa semua ini
Hanya igauan mimpi

Aku tak sanggup kasih
Kehilangan dirimu
Walau sedetik rindu mencengkam
Terasa pedih

[Ulang chorus]

Doaku kasih kita bersua
Di pintu syurga

Tuesday, February 21, 2017

Lirik Lagu Teguh (Search)

Segalanya sudah bermula
Ku hanyut dalam arus dunia
Hanya kerna pengertian
Engkau menanti
Terlupa janji-janji indah
Bila hidup semakin berubah
Mengejar kekayaan
Kau kutinggalkan
Maaf sayang, oh sayang
Kelam hatiku ini
Bila bersama kita sengsara
Tanpa harta
Oh sayang, oh sayang
Tergoda jiwaku ini
Pada tipu perdaya yang menanti
Hinggakan luntur wajah kasihmu
Di wajahku
Menduakanmu kau tersiksa
Menahan perit dalam setia
Engkau menghitung segala hari
Tanpa benci dan sakit hati
Betapa teguh
Bergetar bibir memanggilku
Kekayaan akan hilang
Biar bertahun dikumpulkan
Perjalanan ini amat jauh
Untuk mencari cinta
Kekesalan yang kurasa
Memaksa aku kembali
Memohon belas darimu
Andai ada kasihmu
Engkau hukumlah aku menanti
Dengan relanya kutanggung semua
Berikan aku
Rahsia keteguhan cintamu ( 2X )

Thursday, February 16, 2017

Sinopsis Filem Chinta

Dikeluarkan oleh RUNME SHAW CHINTA dan SIPUT SERAWAK Di Dalam "CHINTA" Gambar DIambil Oleh CHOW CHENG KOK KWO CHANG TSAN Suara Diambil Oleh YAP YAN SENG CHENG CHOW TONG Pengarang Lagu-Lagu ZUBIR Pancharagam ALFONSO SOLIANO Disokong Oleh King Kanchi & Sanchi ROOMAI NOR Gamban JA'AFAR WIRYO Vidush HARRIS Putar P.RAMLEE Ruchi SUHARA EFFENDI Island Girls NORSIAH & LELAWATI Di Pengarah Oleh B.S.RAJANS

Tahun Diedarkan: 1948 (Oktober)
Masa Tayangan: 1 Jam 32 Minit (lebih kurang)

RINGKASAN CERITA

Cerita bermula di Brunei Utara 500 tahun lalu apabila Raja Indrapuri (Raja Kanchi) bersama pembantunya (Vidush), ketika dalam pelayaran menyamar diri sebagai ahli perniagaan, telah ditimpa kecelakaan apabila kapal yang mereka naiki karam dipukul gelombang besar. Raja Kanchi dan Vidush terdampar di sebuah pulau di mana ada nelayan tinggal di situ. Pulau kampung nelayan tersebut dikuasai oleh Datuk Penghulu (Gamban), Raja Kanchi diselamatkan oleh anak angkat Datuk Penghulu (Chinta) manakala Vidush pula sampai ke rumah seorang gadis (Ruchi) lalu terus tinggal bersamanya yang juga mempunyai seorang ayah. Supaya tidak diketahui oleh sesiapa, siapa diri baginda yang sebenar, Raja Kanchi menyamar menggunakan nama Sanchi dan kemudian jatuh cinta dengan Chinta yang merupakan gadis paling jelita yang terdapat di pulau nelayan itu. Bagaimanapun, percintaan Sanchi dan Chinta mendapat halangan apabila dia ditentang oleh Putar, Pemuda yang menaruh hati terhadap Chinta. Sebagai usaha menggagalkan percintaan antara Sanchi dan Chinta, Putat menyebarkan fitnah dengan menyatakan Sanchi adalah perompak yang datang ke pulau tersebut bertujuan merampas harta karun yang ada terpendam di pulau itu. Putar menghasut penduduk-penduduk dan meminta Datuk Penghulu menghalau Sanchi keluar dari pulau tersebut.

Begitupun juga, demi kebenaran "siapa benar, siapa salah" Datuk Penghulu mencadangkan supaya satu pertarungan antara Sanchi dan Putar diadakan. Dalam pertarungan yang sengit itu, Sanchi akhirnya berjaya menewaskan Putar. Walaupun mempunyai kesempatan untuk untuk membunuh Putar yang sepatutnya dilakukan, tetapi Sanchi tidak melaksanakannya dan ini membuatkan Putar menyesali atas kesilapan yang telah dilakukannya. Dalam pada itu, Datuk Penghulu telah menerangkan keadaan sebenarnya tentang diri Chinta yang mahu membalas dendam terhadap Raja Indrapuri yang memerintah sekarang. Ini disebabkan ayahandanya telah memberontak dan merampas Kerajaan Indrapuri hingga menyebabkan Gamban (dulu seorang panglima yang setia) terpaksa melarikan diri dengan membawa Chinta (masih kecil) bersamanya bagi mengelak menjadi mangsa pembunuhan seperti yang terjadi kepada Raja dan Permaisuri Kerajaan Indrapuri. Penghulu merasakan sudah tiba masanya Chinta mengambil kesempatan membalas dendam dengan membunuh Raja Indrapuri yang memerintah sekarang. Tetapi apabila perkara itu dibawa ke pengetahuan Sanchi, Sanchi tidak setuju dan ini menyebabkan Chinta berasa kurang senang dan jauh hati. Apabila Sanchi kembali ke Indrapuri, Chinta dan Gamban menyusul dan berjaya masuk ke dalam istana melalui pintu rahsia yang sememangnya diketahui oleh Gamban dan terus masuk ke bilik tidur (peraduan) Raja Kanchi (Sanchi) dan mereka hampir-hampir berjaya membunuh Raja Kanchi, tetapi kemudian tertangkap. Bagaimanapun, Raja Kanchi mengarahkan supaya Chinta dan Gamban dibebaskan.

Selepas itu, Raja Kanchi kembali semula ke pulau dan berjanji kepada Chinta yang baginda akan membantu Chinta untuk menunaikan hasratnya membalas dendam itu dengan membunuh Raja Kanchi. Raja Kanchi mengiringi Chinta dan gamban pergi ke Indrapuri dan bila sampai di sana Sanchi terus menduduki takhta Kerajaan yang mana kini barulah Chinta dan Gamban mengetahui Sanchi yang mereka kenali selama ini ialah Raja Kanchi - Raja yang memerintah Kerajaan Negeri Indrapuri. Raja Kanchi kemudian dengan rela hati menyerahkan takhta kerajaan kepada Chinta (dia yang berhak menduduki takhta tersebut) tetapi Chinta menolak. Akhirnya Raja Kanchi berkahwin dengan Chinta dan mereka bersama-sama memerintah Kerajaan Negeri Indrapuri dengan adil dan saksama.

P.RAMLEE SEBAGAI PELAKON

Tidak banyak dapat diperkata mengenai lakonan P.RAMLEE dalam filem ini disebabkan peranannya hanya sebagai pelakon pembantu (actor in supporting role) iaitu Putar (watak jahat pada mulanya, kemudian menjadi baik) lebih-lebih lagi adegan untuknya tidak seberapa. Filem ini lebih menumpukan peranan yang dibawakan Siput Sarawak (Serawak) dan Roomai Noor (S.Roomai Noor) sebagai pelakon utama (actor and actress in leading role). Watak Putar yang dilakonkannya merupakan seorang pemuda yang cuba merebut Chinta dan Sanchi. Putar menjadi musuh ketat Sanchi kerana cintanya terhadap Chinta tidak berbalas malah Chinta menunjukkan cintanya terhadap Sanchi. Sebagai pelakon baru dan buat pertama kali pula berdepan dengan kamera, lakonan P.RAMLEE terlalu banyak kelemahan. Lakonannya kelihatan kaku, penuturan dialog tidak tersusun kemas dan seringkali pula tersekat-sekat. Begitu pun juga, ini tidak boleh disalahkan kepada P.RAMLEE sahaja kerana dialog pada ketika itu sememangnya tidak disusun dengan baik dan lebih banyak mirip keindonesiaan dan kebangsawanan. Walau bagaimanapun, pelakon baru anak kelahiran Pulau Pinang ini telah menunjukkan bakat dan kemampuan sebagai pelakon filem. daripada personalitinya (sungguhpun kurus melidi tetapi memperlihatkan ketampanannya) ternyata P.RAMLEE mempunyai masa depan yang cerah dalam dunia perfileman Melayu.

Mungkin B.S.Rajhans yang membawanya ke arena filem melayu tidak menyangka P.RAMLEE yang diminati kerana suaranya yang merdu itu akan menjadi seorang tokoh filem Malaysia (termasuk Singapura dan Indonesia) yang mana kehilangannya (meninggal dunia) sangat sukar dicari ganti. Dalam akhbar UTUSAN MELAYU (tulisan jawi) keluaran 28 Oktober 1948, pengulas filem yang hanya menggunakan nama Wakil Kita mengulas: "Pelakon-pelakon yang mengambil bahagian didalamnya adalah muka-muka lama juga kecuali Roomai Noor menjadi Kanchi, Siput menjadi Chinta dan RAMLEE menjadi Putar. Ketiga-tiganya telah menunjukkan kebolehan yang patut dipuji." Dialog pertama yang diucapkan P.RAMLEE di filem melalui filem ini ialah: "Chinta!" yang ditujukan kepada Siput Sarawak. Kemudian disusuli pula: "Jangan lari terlalu lekas, nanti jatuh. Rosak mukamu yang cantik itu. Mengapa Chinta, tidak mahu menyambut kedatangan kekaishmu." Selepas itu, Siput Sarawak (sambil menampar muka P.RAMLEE) menjawab: "Ini kasi ajar pada kau baru tahu, kau bercakap dengan siapa monyet, huh!" Walaupun P.RAMLEE tidak dapat memperlihatkan lakonan yang baik dalam filem ini tetapi mempunyai suara merdu. Suaranya itu telah digunakan sebagai 'playback singer' untuk S.Roomai Noor.

ULASAN & KRITIKAN

Pada keseluruhannya filem ini sudah semakin baik persembahannya jika dibandingkan dengan tiga filem keluaran MFP sebelum ini - "Singapura Di Waktu Malam", "Chempaka" dan "Pisau Berachun". Cerita agak baik, suara tenang dan jelas. Gerak mulut yang kebiasaannya tidak sama sudah dapat dikurangkan dan diperbaiki. Filem ini juga telah mendapat sambutan hangat kerana penonton ketika itu sangat dahagakan hiburan dan filem-filem Melayu menjadi sasaran mereka apatah lagi kejelitaan Siput Sarawak sudah berjaya menawan hati mereka semasa menonton "Singapura Di Waktu Malam".

IRAMA & LAGU

Boleh dikatakan kesemua lagu yang terdapat dalam filem ini menarik belaka:
  1. Pulau Nelayan (Nona Asiah)
  2. Kumbang Dan Rama-Rama (Nona Asiah)
  3. Ole-Ole Nelayan & Kopi Susu (D.Harris)
  4. Kumbang Dan Rama-Rama (P.RAMLEE & Nona Asiah)
  5. Gelora Asmara (P.RAMLEE & Nona Asiah)
  6. Chinta (P.RAMLEE & Nona Asiah)
  7. Selamat Berjumpa Lagi (P.RAMLEE & D. Harris)
  8. Mari Pancing Ikan ( P.RAMLEE & D.Harris)
         Ciptaan & gubahan : Zubir (Zubir Zaid)
         Lirik : Zubir Zaid
         Muzik Iringan : Pancaragam pimpinan Alfonso Sollano

  • Kecuali Mari Pancing Ikan (P.RAMLEE menggunakan suaranya sendiri) kesemua lagu yang diyanyikan S.Roomai Noor menggunakan suara P.RAMLEE. 

FAKTA & ANGKA

  • Filem keempat arahan B.S.Rajhans di MFP selepas "Singapura Di Waktu Malam", "Chempaka" dan "Pisau Berachun".
  • Selain P.RAMLEE inilah filem pertama lakonan S.Roomai Noor dan pertama kali juga Osman Gumanti muncul di layar perak sebagai penari istana.
  • Bagi Siput Sarawak ini adalah filem keduanya selepas "Singapura Di Waktu Malam".
  • Pertama kali ditayangkan kepada orang ramai (tayangan tengah malam) pada 26 Oktober 1948 di Panggung Rex, Singapura.
  • Di samping berlakon P.RAMLEE juga menjalankan tugas sebagai 'clapstick boy' termasuk menarik dan menolak kamera.
  • Setelah memperlihatkan bakat lakonan yang agak baik, P.RAMLEE telah ditawarkan menandatangani kontrak dua tahun bertugas sebagai pekerja MFP.
  • Turut membintangi filem ini (menjadi terkenal kemudian dan banyak membantu P.RAMLEE) tetapi tidak tercatat dalam 'credit title' - Daeng Idris dan S.Sudarmaji.
  • Selepas membintangi filem ini S.Roomai Noor dan Siput Sarawak pun berkahwin.

B.S. RAJHANS

B.S.Rajhans (nama penuhnya Barved Singh Rajhans) berketurunan Punjabi. Selepas mengarahkan "Laila Majnun" (1933) dia pulang ke India dan berkesempatan mengarahkan filem "Iman Farosh" untuk Saroj Movietone (1937) dan "Jassa Daku" (1940) keluaran Indrea Movietone. Dalam tahun 1942, B.S. Rajhans mengarahkan "Menantu Durhaka" (keluaran Tan dan Wong Company dari Indonesia) tetapi tergendala apabila Perang Dunia Kedua meletus. Bagaimanapun, filem tersebut dapat disiapkan dan seterusnya dapat diedarkan di pawagam. Apabila Malayan Arts Production (MAP) ditubuhkan yang dikongsi bersama Chisty, Chia dan Samy, B.S.Rajhans ditawarkan mengarah "Seruan Merdeka" yang dibintangi Salleh Ghani dan Rokiah Hanafi.

Apabila MAP dibubarkan, wujud pula Malay Film Production (MFP) yang mana Runme Shaw dan Run Run Shaw menawarkan kepada B.S. Rajhans mengarahkan "Singapura Di Waktu Malam". Dia merupakan pengarah filem pertama berkhidmat di MFP. Singapura Di Waktu Malam memperolehi kejayaan dan selepas itu dia telah diberi kepercayaan mengarahkan "Chempaka", "Pisau Berachun", "Chinta", "Noor Asmara", "Nasib", "Nilam" dan banyak lain. Kemudian B.S.Rajhans berpindah pula ke Cathay Keris (filem terakhirnya di MFP "Raja Sehari") untuk mengarahkan "Buloh Perindu" yang dibuat dalam warna warni. B.S.Rajhans mengarahkan tiga filem lagi di Cathay Keris - "Dahlia", "Insaf" dan "Terang Bulan Di Malaya". Kemudian dia kembali semula ke MFP dan mengarahkan filem terakhirnya - "Empat Isteri" yang dibintangi oleh Daeng Idris, Latifah Omar, Normadiah, Saloma dan Mariani. "Empat Isteri" diedarkan untuk tayangan pada 30 April 1955 iaitu sebulan sebelum dia meninggal dunia - 31 Mei 1955.


SUMBER: FILEM-FILEM P RAMLEE

Sinopsis Filem Noor Asmara

Sebenarnya tidak banyak dapat dicatatkan 'credit title' Noor Asmara ini kerana ia antara beberapa filem P.RAMLEE yang tidak dapat dikesan setakat ini. Bagaimanapun dapat diketahui pelakon Kasma Booty berperanan sebagai Zaharah S.Roomai oor sebagai Omar - pemain muzik (biola) Baby mrdiana sebagai Rokiah - adik Zaharah. Turut membantu Jaafar Wiryo P.Ramlee (sebagai pemain muzik) D.Harris Siti Tg. Perak Ahmad C.B dan Norsiah B. Dikeluarkan oleh Runme Shaw (Malay Film Productions Ltd. Singapore) Diarahkan Oleh B.S Rajhans

Tahun Diedarkan: 1949 (April)
Masa Tayangan: Tidak diperolehi

RINGKASAN CERITA 


Zaharah yang cantik jelita (anak Haji Yaakob, tuan tanah yang kaya) telah bertemu Omar secara tidak disangka-sangka iaitu ketika Omar baru sampai di kota itu untuk mengajar muzik di sebuah sekolah dan semasa melalui berhampiran rumah Zaharah itu dia dikejar anjing. Dengan salakan anjing itu membuatkan Zaharah keluar dan pergi mendapatkan anjing itu dan ekoran peristiwa tersebut Omar dan Zaharah pun saling cintai mencintai. Dalam pada itu, ibu bapa Zaharah bercadang untuk menjodohkan Zaharah dengan Mohamad yang baru saja pulang setelah menamatkan pelajarannya di Eropah. Bagi bapa Mohamad pula, dia ingin anaknya berkahwin dengan Zaharah kerana kekayaan haji yaakob sangat menarik hatinya.

Suatu hari ketika pesta mandi di Safar di Pantai Tasik, tiba-tiba Rokiah (adik Zaharah) meminta tolong kerana kelemasan. Omar yang kebetulan berada di situ terus terjun ke laut menyelamatkan Rokiah. Haji Yaakob gembira, tetapi Mohamad memperkecilkan saja pertolongan Omar itu. Disebabkan pertolongan Omar itu, Haji Yaakob mengundang Omar datang ke rumahnya untuk meraikan sambutan hari jadinya di mana Omar dan pancaragamnya turut memberi hiburan serta Zaharah turut menyanyi dengan iringan gesekan biola Omar. Di akhir jamuan, Salleh (ayah Mohamad) mengumumkan mengenai pertunangan Zaharah dengan Mohamad yang mana ini membuatkan Omar kecewa. Zaharah bagaimanapun menyatakan yang dia hanya mencintai Omar dan memberitahu biar apa pun yang terjadi dia tidak akan berkahwin dengan Mohamad. Haji Yaakob marah dan memberi amaran dia tidak membenarkan Omar menemui Zaharah.

Omar kemudian mengirim surat kepada Zaharah untuk bertemu. Semasa bertemu itu, Omar telah dipukul Haji Yaakob yang disangkanya Omar itu pencuri. Zaharah pula jatuh pengsan. Mohamad sebenarnya telah berkahwin secara rahsia dengan Lela sewaktu berada di Eropah, dan ketika dalam perjalanan pulang menaiki kereta (dalam keadaan mabuk), mereka telah terbabas menyebabkan Mohamad cedera parah. Bagaimanapun apabila berita kemalangan itu sampai ke pengetahuan Haji Yaakob, dia sangat gembira disebabkan dia sememangnya sudah lama mengetahui perangai jahat Mohamad lalu memutuskan pertunangan Zaharah dengan Mohamad. Dengan itu, dapatlah Zaharah berkahwin dengan Omar (pemuda yang selama ini sangat dicintainya) dan direstui Haji Yaakob dan keluarganya.

P.RAMLEE SEBAGAI PELAKON

Sebagaimana "Chinta", filem pertama lakonan P.RAMLEE dalam filem ke dua ini P.RAMLEE masih tidak mendapat perhatian para penonton lebih-lebih lagi peranannya kecil saja iaitu sebagai pemain muzik. S. Roomai Noor yang berpasangan dengan Siput Sarawak dalam "Chinta" dalam filem ini buat pertama kalinya digandingkan dengan Kasma Booty yang sebelumnya diperkenalkan oleh B.S. rajhans dalam "Chempaka" bersama Maroety kemudian disusuli "Pisau Berachun" berpasangan dengan Bachtiar Effendi.

Dengan pasangan dua pelakon yang sudah terkenal dan mempunyai ramai peminat ini telah mengaburi terus lakonan P.RAMLEE tambahan pula peranan yang dipegangnya hanya sebagai pemain muzik serta berlawak berpasangan dengan D. Harris. Sebagaimana juga "Chinta", selain berlakon P.RAMLEE juga menjalankan tugas sebagai 'playback singer" untuk S. Roomai Noor disamping bertindak sebagai 'continuity' atau penjaga sambungan.

ULASAN & KRITIKAN

Jika dibandingkan dengan "Chempaka" dan "Chinta" cerita filem ini agak berbeza yang mana kisahnya berlaku dalam masyarakat moden. Selain mengandungi cerita yang dianggap menarik ia juga dihiasi dengan lagu-lagu dan tarian-tarian yang mengasyikkan. bagaimanapun, kerana pengarahnya berbangsa India, unsur-unsur keindiaan masih ketara sebagaimana yang terdapat dalam "Chempaka" dan "Chinta". Filem ini sebagaimana yang dijangka telah mendapat sambutan hangat dan ini telah mendorongkan semangat pihak pengurusan MFP (Runme Shaw dan Run Run Shaw) untuk meneruskan usaha mengeluarkan filem-filem Melayu disamping mempertingkatkan lagi mutu persembahannya.

IRAMA & LAGU 

Tidak dipastikan berapa lagu terdapat dalam filem ini. tetapi yang dapat dikesan ialah:

  1. Taman Bunga (P.RAMLEE)
  2. Bunga Rose (P.RAMLEE, R.AZMI, LENA & SYED HAMID) 
  3. Mandi Safar (Rubiah)
  4. Bulan Bintang (Ahmad C.B)
           Ciptaan & Gubahan: Tidak diketahui
           Lirik: Tidak diketahui
           Muzik Iringan: Tidak diketahui
  • Dapat dikesan lagu Bulan Bintang ada dirakamkan oleh Ahmad C.B ke piring hitam.
  • Lagu Bunga Rose nyanyian Ahmad C.B turut terdapat rakamannya di piring hitam tetapi tidak dapat disahkan apakah lagu tersebut dipetik dari filem ini. 

FAKTA & ANGKA


  • Filem pertama gandingan S. Roomai Noor dengan Kasma Booty iaitu sesudah Kasma Booty muncul buat pertama kalinya dalam "Chempaka" kemudian disusuli "Pisau Berachun" dan S. Roomai Noor pula dalam "Chinta".
  • Filem ini pertama kalinya ditayangkan di Panggung Rex, Singapura.
  • Penggambaran filem ini ada juga dibuat di Tanjung Keling, Melaka ketika berlangsungnya perayaan mandi safar.
  • Filem ini juga merupakan salah satu antara filem P.RAMLEE yang telah ghaib dan tidak dapat dikesan setakat ini seperti juga "Bakti"
  • Setelah memperlihatkan lakonan yang memberangsangkan dalam filem ini, S. Ramanathan mengambil Baby Mardiana membintangi filem "Berdosa" sebagai Rokiah sewaktu kecil.
  • Kasma Booty yang berasal dari Medan, Sumatera meninggal dunia di Kuala Lumpur pada 1 Jun 2007 selepas P.RAMLEE mendahuluinya selama 34 tahun.


SUMBER: FILEM-FILEM P RAMLEE

Sinopsis Filem Nasib

RUNME SHAW Menghidangkan SIPUT SARAWAK Dan S.ROOMAI NOOR Di Dalam NASIB Penggambar CHOW CHENG KOK Penolongnya CHAN CHIEW FOONG Pengarang Lagu-Lagu Dan Pancharagam OSMAN AHMAD Pelakon PUTERI ROHANA Siput Sarawak KASSIM Roomai Noor KALAM  Haji Gong PENGHULU LANUN Jaafar Wiryo PUTEH D.Harris BAKI P.RAMLEE ZAINAB Tina DELIMA Normala DAYANG Panna DAYANG Zainab DAYANG Junaidah DAYANG Junainah PENGARAH B.S RAJHANS

Tahun Diedarkan: 1949 (Julai)
Masa Tayangan: 1 Jam 48 Minit (Lebih Kurang)

RINGKASAN CERITA


Kassim, tidak disukai abangnya (Kalam), kerana menganggapnya cuai dan tidak menjaga kerbau-kerbaunya dengan baik. Atas hasutan isterinya (Zainab) yang memfitnah Kassim mahu merampas harta pusaka bapa mereka, kalam telah menghalau Kassim dari rumahnya. Setelah dihalau, Kassim bersama dua orang kawannya (Puteh dan Baki) membuat kerja menangkap ikan di laut tetapi malangnya perahu yang mereka gunakan bocor dan tenggelam. Berikutan itu mereka terdampar di sebuah pulau. Di pulau tersebut Kassim, Puteh dan Baki membuat kerja memotong kayu dan ketika memotong kayu mereka terserempak dengan sekumpulan lanun sedang membawa barangan rompakan ke sebuah gua. Puteh dan Baki enggan bersama Kassim pergi ke gua untuk melihat apa yang dibuat kumpulan lanun tersebut. Kassim pergi bersendirian saja.

Bila berada berhampiran gua fahamlah Kassim kumpulan lanun itu menjadikan gua tersebut sebagai tempat menyembunyikan harta-harta yang mereka rompak. Dan apabila perompak-perompak itu meninggalkan gua tersebut, Kassim mengambil sedikit dari harta rompakan itu. Dengan itu, Kassim menjadi saudagar besar dan orang kaya. Harta-harta itu juga dikongsinya bersama dengan Puteh dan Baki. Ketika berada di Pasar Harian, Kassim telah dapat menatap wajah Puteri Rohana dan serta merta dia terpikat. Zainab yang telah mengetahui yang Kassim sudah menjadi kaya dan memiliki sebuah rumah besar telah memberitahu keadaan tersebut kepada suaminya (Kalam), dan dia mahu Kalam membuat siasatan. Kalam kemudian pergi menemui Kassim dan telah disambut baik oleh Kassim. Melalui Kassim yang jujur itu tahulah Kalam bagaimana Kassim memperolehi kekayaan dan kerana ketamakan dan kebakhilannya itu, dia pergi ke gua lanun itu untuk mengambil harta-harta yang ada di situ. Tetapi malangnya Kalam telah dibunuh.

Oleh kerana Kalam tidak pulang-pulang yang membuatkan Zainab risau, Kassim bersama Puteh dan Baki pergi mencarinya di gua. Dan di sana mereka dapati Kalam telah dibunuh kumpulan lanun tersebut. Mayat Kalam pun dibawa pulang untuk dikebumikan. Oleh kerana sudah terpikat dengan Puteri Rohana, Kassim pergi ke taman larangan istana untuk menemui Puteri Rohana dan ketika berada di taman tersebut, Kassim telah menyelamatkan Puteri Rohana apabila Kassim menyambut puteri tersebut yang hampir jatuh dari pokok. Dengan pertolongan itu Puteri Rohana terpikat pula dengan Kassim. Di gua, Penghulu Lanun naik berang apabila didapatinya banyak harta rompakannya diambil. Dia menyuruh orang-orangnya mencari orang yang mengambilnya. Apabila gagal, dia sendiri dengan beberapa orangnya menyamar untuk mencari pengambil hartanya iaitu Kassim. Melalui Zainab tahulah Penghulu Lanun itu sioapa yang mengambil harta-harta rompakannya.

Oleh kerana berhasrat untuk menghapuskan Kumpulan Lanun itu, Kassim serta Puteh dan Baki pergi menghadap Baginda Sultan iaitu ayahanda Puteri Rohana. Kassim meminta pertolongan dengan menyediakan tentera untuk memusnahkan kumpulan lanun tersebut. Penghulu Lanun sudah memastikan siapa yang mengambil harta rompakannya dan bercadang membuat serangan ke rumah Kassim. Tetapi belum pun sempat dia berbuat demikian, gua tempat kumpulan lanun bersembunyi telah diserang oleh tentera yang diketuai oleh Kassim. Kumpulan lanun tewas, manakala Penghulu Lanun telah ditangkap. Dengan kejayaan tersebut, Baginda Sultan telah melantik Kassim sebagai Panglima Agung Tentera. Dan dengan itu, Kassim lebih mudah merapati Puteri Rohana.

Dalam pada itu, Penghulu Lanun yang dipenjara untuk menunggu hari perggantungannya berjaya melepaskan diri dengan pertolongan orang-orangnya lalu turut membawa lari Puteri Rohana di samping dia mahu menjadikan puteri tersebut sebagai isterinya. Kassim cuba mengesan ke mana Penghulu Lanun membawa lari Puteri Rohana, sementara Puteh dan Baki menyusul mengetuai tentera Sultan. Kassim berjaya mencari tempat persembunyian Penghulu Lanun dan orang-orangnya. Tetapi dalam pertarungannya dengan Penghulu Lanun, Kassim tewas. Kassim telah dihukum bunuh dengan cara membakarnya di hadapan Puteri Rohana yang bakal berkahwin dengan Penghulu Lanun itu. Bagaimanapun, tentera Sultan datang tepat pada masanya dan berjaya menyelamatkan Kassim beserta Puteri Rohana, manakala semua lanun telah ditangkap. Berikutan itu, Panglim Agung Tentera telah ditunangkan dengan Puteri Rohana dan Baginda Sultan pula telah menyatakan hasratnya untuk menunaikan Haji ke Mekah. Baginda Sultan kemudian menyerahkan kuasa pemerintahan kepada Puteri Rohana bersama Panglima Agung Tentera yang kini bergelar Datuk Kassim.

P. RAMLEE SEBAGAI PELAKON

P.RAMLEE dalam filem ini masih belum mendapat keyakinan B.S.Rajhans untuk memegang peranan utama, malah diserahkannya peranan pelawak sekali lagi berpasangan dengan D.Harris seperti juga "Noor Asmara". Dalam filem ini, B.S.Rajhans masih mengutamakan peranan penting (hero) kepada S. Roomai Noor. Ini dilakukannya kerana dia mahu mengekalkan supaya setiap filem yang diarahkannya terjamin mendapat sambutan hangat dan membuat kutipan pendapatan seberapa banyak yang mungkin. Bagi menguatkan kehebatan filem ini sekali lagi B.S.Rajhans menggandingkan S.Roomai Noor dengan Siput Sarawak yang sebelumnya berpasangan dalam "Chinta". Sebagaimana "Chinta" dan "Noor Asmara", di samping berlakon P.RAMLEE juga menjadi 'continuity' (penjaga sambungan" dan menjadi 'play back singer' yang digunakan oleh S.Roomai Noor.

ULASAN & KRITIKAN

Bila diteliti jalan ceritanya ternyata filem ini dipadankan kisah "1001 Malam" ("Arabian Nights") yang termasyur itu yang pernah difilemkan dalam tahun 1944 bertajuk "Ali Baba And he Forty Thieves" dan diarahkan oleh Arthur Lubin dengan bintang utamanya Maria Montez dan John Hall. Begitu pun juga, filem arahan arthur Lubin itu tidak mengikuti versi "!001 Malam" sebenarnya yang mana Ali baba termasyuk di kalangan 40 penyamun bukannya diluar 40 orang penyamun. Bagaimanapun kemungkinan juga B.S.Rajhans mengambil versinya dari filem Hindi atau pun Tamil dengan memberi banyak perubahan serta menyesuaikan keadaan dan kehidupan masyarakat di alam kepulauan Melayu.

Cerita memang sudah tidak asing lagi, dan menarik. Tetapi peranan utama diambil oleh lagu-lagu merdu yang boleh dikatakan kesemuanya menarik belaka lebih-lebih lagi yang mendendangkannya P.RAMLEE, Nona Asiah dan Momo. Pasangan Siput Sarawak dan S. Roomai Noor merupakan satu lagi kekuatannya yang pada ketika itu cukup popular dan diminati ramai lebih-lebih lagi kecantikan dan kejelitaan Siput Sarawak. Begitu pun juga, dari segi lakonan hanya D. Harris yang mencuit hati, yang lainnya hanya D. Harris yang mencuit hati, yang lainnya hanya sederhana saja. P.RAMLEE masih banyak kelemahannya dan lawaknya nampak sangat dibuat-buat dan tidak setanding dengan kelucuan D.Harris. Apa pun pada keseluruhannya filem ini sangat menghiburkan.

IRAMA & LAGU

11 lagu terkandung dalam filem ini yang boleh dikatakan menarik belaka. Antaranya:

  1. Nasib (P.RAMLEE, S. Roomai Noor & D.Harris)
  2. Raja-Raja Taklokkan Daratan (Tangkap Ikan) (P.RAMLEE, S. Roomai Noor & D.Harris)
  3. Lanun (Semua Ini Kekayaan Kita) (Jaafar Wiryo)
  4. Gadis Rupawan (Nona Asiah & Momo)
  5. Awas-Awas Jangan Tertawan (P.RAMLEE, S. Roomai Noor & D. Harris)
  6. Udara Nyaman (P.RAMLEE, S. Roomai Noor, D. Harris, Nona Asiah & Momo)
  7. Adam Dan Hawa (Nona Asiah & Momo)
  8. Oh! Bulan (P.RAMLEE & Nona Asiah)
  9. Asmara Bergelora (P.RAMLEE & Nona Asiah)
          Ciptaan & gubahan: Osman Ahmad
          Lirik: S.Sudarmaji
          Muzik Iringan: Pancaragam pimpinan Osman Ahmad

  • Difahamkan, S. Roomai Noor menggunakan suara P.RAMLEE manakala P.RAMLEE pula menggunakan suara S. Roomai Noor.
  • Boleh dikatakan kesemua lagu-lagu tersebut dirakamkan ke piring hitam tanpa suara S. Roomai Noor dan D.Harris.
  • Antara yang paling popular Udara Nyaman (P.RAMLEE & Nona Asiah), Oh! Bulan (P.RAML:EE & Nona Asiah) dan Asmara Bergelora (P.RAMLEE & Nona Asiah).
  • Awas-Awas Jangan Tertawan dipiringhitam nyanyian P.RAMLEE, Nona Asiah & Momo.
FAKTA & ANGKA

  • Filem ketiga P.RAMLEE selepas "Chinta" dan "Noor Asmara"
  • Filem kedua S. Roomai Noor bergandingan dengan Siput Sarawak sebagai hero dan heroin selepas "Chinta"
  • Agak menarik, dalam filem ini terdapat adegan S. Roomai Noor cuba dibakar hidup-hidup atas arahan Jaffar Wiryo (ketua penyamun) dengan diiringi tarian yang dikepalai Dollah Sarawak. Adegan yang serupa diulang L.Krishnan dalam "Virgin Of Borneo" ("Chinta Gadis Rimba" - 1958) di mana S. Roomai Noor sekali lagi cuba dibakar hidup-hidup tetapi kali ini atas arahan Dollah Sarawak yang menjadi ketua.
  • Filem ini turut dihantar ke London menyertai Festival Filem yang dianjurkan British Film Institute (BFI) pada 1950 bersama "Rachun Dunia" 
OSMAN AHMAD

Osman Ahmad berasal dari golongan kurang berada di Arab Street, Singapura. Alat muzik awal dimainkannya serunai buluh dan gitar kadbod yang dibuatnya sendiri. Kerana kesempitan hidup dan sudah pula bergelar ayah, Osman Ahmad terpaksa bermain muzik di sebelah malam disamping menjalankan kerja biasa di siang hari. Dalam masa yang sama dia juga cuba menubuhkan kumpulan bangsawannya sendiri (Madam Bangsawan) tetapi kemudian terpaksa dibubarkan kerana kekurangan ahli.

Selepas Perang Dunia Kedua tamat, filem menguasai opera bangsawan. Disebabkan kepesatan dan filem-filem Melayu mulai mendapat sambutan Osman Ahmad telah ditawarkan menyertai MFP Studio di mana dia telah berganding rapat dengan Yusoff B., Ahmad Jaafar dan P.RAMLEE. Filem pertama, Osman Ahmad diberi kepercayaan mencipta dan menggubah lagu-lagu ialah "Nasib", kemudian disusuli antaranya lakonan P.RAMLEE seperti "Nilam", "Bakti", "Takdir Ilahi" dan "Aloha". Osman Ahmad telah menghasilkan beratus-ratus lagu ettapi cuma 36 saja yang tercatat di bawah namanya. Antaranya yang telah dirakamkan ke piring hitam dan kemudian menjadi popular Alam Di Tiup Bayu, Oh! Bulan, Asmara Bergelora, Hidup Berdua, Merpati Dua Sejoli, Taman Puspawarna, Penawar Hati dan Tasik Madu. Osman Ahmad meninggal dunia pada 30 November 1964.


SUMBER: FILEM-FILEM P RAMLEE

Sinopsis Filem Nilam

Sinopsis Filem Rachun Dunia

RINGKASAN CERITA

Jamal mewarisi perniagaan ayahnya menjadi saudagar getah terkenal dan hidup bersama isterinya yang setia, Aminah. Walaupun sudah mendirikan rumah tangga selama enam tahun dan telah dikurniakan seorang anak perempuan (Mardiana), namun kehidupan mereka tetap aman dan bahagia. Suatu hari wakil insurans (Harun) telah datang bertemu dengan ayah Jamal (Kamil) untuk menjual polisi insuransnya tetapi telah ditolak. Bagaimanapun Jamal menunjukkan minatnya terhadap insurans tersebut. Berikutan pengenalannya dengan Harun, Jamal telah dibawa berkenalan pula dengan temman wanita Harun (Aishah) dan rancangan telah dibuat oleh mereka berdua untuk mempengaruhi (menggoda dan memikat Jamal oleh Aishah) dengan tujuan untuk membolot harta kekayaan yang diwarisi Jamal.



Aishah pula memuat rancangan untuk lari (membawa harta Jamal) bersama harun dan meninggalkan Jamal, tetapi belum sempat mereka berbuat demikian Aishah dan Harun telah ditahan oleh Jamal dan kerana menyedari akan kesilapannya kerana mencintai Aishah yang tidak setia, Jamal kemudian menghalau Aishah keluar rumah dengan sehelai sepinggang. Terbaca dalam surat khabar tentang anaknya, Mardiana, Jamal tidak membuang masa lagi pergi mahu mengambilnya dan di sana juga dia telah bertemu dengan Karman yang juga berhasrat mahu mengambil Mardiana. Aminah yang begitu sedih dengan kehilangan anaknya dan pondoknya terbakar tidak begitu siuman dan merayau-rayau. Pada ketika itu juga Aminah telah ditemui oleh Mariam lalu memujuknya pulang ke rumah banglo mereka untuk bertemu Jamal kerana Jamal sudah insaf disamping telah menghalau Aishah keluar dari rumah tersebut. Aminah bersetuju dan bila sampai di sana, Aminah bertemu semula dengan anaknya dan suami yang dikasihinya, Jamal. Dan mereka pun memulakan penghidupan baru dan hidup dalam aman dan bahagia sebagaimana sebelumnya.         

P.RAMLEE SEBAGAI PELAKON

 

ULASAN & KRITIKAN

Filem ini merupakan pergolakan rumah tangga yang sering berlaku dalam masyarakat moden. Walaupun ceritanya berlaku di awal 1950an namun ia tetap 'relevant' untuk hari ini, esok, lusa dan bila-bila masa sekali pun. Ceritanya penuh tauladan. Sumai tidak sepatutnya mengabaikan kasih sayang isteri kerana semata-mata memburu cinta wanita lain yang tidak ikhlas - cuma mahukan harta sahaja. Filem ini diakhiri dengan 'happy ending' yang mana si isteri yang setia (setelah mengharungi banyak penderitaan) kembali bersatu seperti sebelum si suami terpikat dengan wanita pisau cukur itu.
Dari segi lakonan, Kasma Booty tetap unggul dengan peranannya sebagai isteri, Aminah. Bagaimanapun kesedihan yang diperlihatkan agak sedikit 'over'. Osman Gumanti (pertama kali sebagai hero) lakonannya memuaskan cuma penuturan dialognya sedikit tergugat. D.Harris tidak ada dalam filem ini untuk menghiburkan penonton dengan kelakar-kelakarnya tetapi A.R.Tompel tidak kurang hebatnya dengan telatah-telatah lucunya yang mengelikan hati tambahan pula pasangannya Siti Tg. Perak. Pada keseluruhannya, filem ini boleh dianggap sebagai sebuah drama berat yang penuh dengan iktibar dan tauladan. Sebagai hiburan (selain kelakar-kelakar lucu) juga diselitkan dengan lagu-lagu merdu dan tarian-tarian yang mengasyikkan terutamanya yang ditarikan oleh Siput Sarawak. 

IRAMA & LAGU 

Terdapat 8 lagu dalam filem ini yang kesemuanya menarik belaka:
  1. Sang Rang Bulan (P.RAMLEE)
  2. Melodi Asmara (P.RAMLEE & Nona Asiah)
  3. Kolam Mandi (P.RAMLEE & Nona Asiah)
  4. Hidup Bahagia (Nona Asiah)
  5. Sayang Di Sayang (Rubiah)
  6. Sabar Hati (Rubiah)
  7. Racun Dunia (Rubiah)
  8. Samba Lado (Nona Asiah, A.R.Tompel, Siti Tg. Perak & Beramai)
          Ciptaan & gubahan: Zubir Said & Doding Soliano
          Lirik: Zubir Said
          Muzik iringan: Pancaragam pimpinan Doding Soliano
  • Kolam Mandi dan Samba Lado apabila dipiringhitamkan dinyanyikan Ismail Kassim & Nona Asiah.
  • Sang Rang Bulan selain P.RAMLEE merakamkannya ke piringhitam, Rubiah turut sama berbuat demikian. 


FAKTA & ANGKA

  1. Pertama kali Osman Gumanti memegang peranan hero.
  2. Pertama kali Kasma Booty berherokan Osman Gumanti kemudian disusuli "Dewi Murni".
  3. Pertama kali Siput Sarawak memegang peranan pembantu kemudian disusuli "Bakti".
  4. Inilah filem ceritanya difilemkan semula 'remake' oleh B.S.Rajhans ketika dia berpindah ke Keris Film Productions (kemudian berubah menjadi Cathay Keris Film) bertajuk "Insaf" (1954). Osman Gumanti turut berlakon memegang peranan yang dibawakan P.RAMLEE manakala M.Nor Lambak dan Rosini memegang peranan yang dipegang Osman Gumanti dan Kasma Booty. "Insaf" kurang berjaya di 'box-office', tidak seperti filem ini.
  5. Untuk kedua kalinya di MFP Zubir Said mencipta dan menggubah lagu-lagunya selepas "Chinta".
  6. Adegan tari menari di Kelab Melayu kelihatan Neng Yatimah, Mariam dan Saadiah yang mana kemudian ketiga-tiganya menjadi heroin P.RAMLEE.
  7. Penyanyi Rubiah yang lahir di Medan, Sumatera meninggal dunia pada 1991 di Jakarta, Indonesia.
  8. Penyanyi Ismail Kassim (suami Nona Asiah) pernah di 'screen test' untuk membintangi filem ini. 

ZUBIR SAID

Zubir Said dilahirkan di Sumatera Barat, Indonesia pada 1907. Dia dikatakan lari meninggalkan rumah pada 1928 untuk menyertai kumpulan bangsawan kerana ayahnya (orang kuat agama) menganggap muzik dilarang dalam agama Islam. Kemudian Zubir Said datang ke Singapura apabila dia mendengar teman kelasinya mencerita tentang kecerahan hidup di kota singa itu. Dalam tahun 1938, Zubir Said berkahwin dengan penyanyi keroncong, Tarminah, dan tidak lama kemudian kembali ke Indonesia apabila Perang Dunia Kedua meletus. Zubir Said kembali ke Singapura pada 1947. Pada tahun 1948, Zubir Said diberi kepercayaan oleh majikan MFP untuk mencipta dan menggubah lagu untuk filem "Chinta" kemudian disusuli "Rachun Dunia". Antara lagu-lagunya yang menarik terdapat dalam kedua filem tersebut Kumbang Dan Rama-Rama, Gelora Asmara, Sang Rang Bulan, Melodi Asmara dan Sayang Di Sayang.

Selepas itu, Zubir Said bertugas (bekerja tetap) dengan Cathay Keris dan mencipta serta menggubah banyak lagu untuk filem-filem Melayu keluaran studio tersebut antaranya "Sultan Mahmood Mangkat Dijulang", "Dang Anom" "Noor Islam", "Laila Majnun" dan "Tun Fatimah". Zubir Said bertugas dengan Cathay Keris hinggalah bersara pada 1964. Dalam usaha untuk memajukan SIngapura, Zubir Said telah menghasilkan lagu Majulah Singapura (dijadilan lagu kebangsaan) dan lagu ciptaan serta gubahannya itu telah dinyanyikan dalam satu pertunjukan konsert yang diadakan di Victoria Theatre pada 6 September 1958. Kerana sumbangannya yang begitu besar terhadap Singapura, Zubir Said telah dianugerahkan Sijil Kehormatan (Certificate of Honors) pada 1963 disamping anugerah yang diterimanya dari ASEAN Culture and Communications pada 1978. Zubir Said meninggal dunia di Joo Chiat Place, Singapura pada 1987 ketika usianya 80 tahun. 

Sinopsis Filem Bakti

Sinopsis Filem Takdir Ilahi

DATO Penghulu Ismail yang mempunyai anak perempuan yang cantik jelita (Fatimah) telah diseksa oleh isterinya (Khatijah, ibu tiri Fatimah) kerana takutkan kasih sayang Dato Penghulu Ismail tidak tertumpu sepenuhnya kepada dirinya. Kerana tidak berperikemanusiaan dan sifat dengkinya itu, Khatijah bertindak menyuruh orang suruhannya membunuh Fatimah. Bagaimanapun, dua orang suruhannya itu tidak melakukan pembunuhan kerana kasihan sebaliknya memotong kedua tangan Fatimah untuk dijadikan bukti yang perintah membunuh Fatimah sudah dilaksanakan. Sewaktu mengerang kesakitan di dalam hutan, Fatimah telah ditemui oleh orang-orang Dato Penghulu Abdullah yang memerintah negeri yang bersempadanan dengan negeri Dato Penghulu Ismail. Turut bersama orang-orang Dato Penghulu Abdullah itu ialah anak Dato Penghulu Abdullah sendiri, Dato Muda Arshad.

Sinopsis Filem Aloha

RINGKASAN CERITA 

Mario dan Aloha sedang bertunang. Tetapi oleh kerana Orang Kaya Magoya juga terpikat dengan kejelitaan Aloha jadilah perhubungan mereka terhalang. Untuk membolehkan Aloha menjadi isterinya, Magoya dengan dibantu pembantu kanannya, Moko, membuat rancangan supaya Mario dipisahkan dari Aloha. Magoya telah menawarkan perkerjaan kepada Mario dan telah menghantarkannya ke pulau Oahu bersama anak perempuannya, Silpi, untuk menjalankan pekerjaan di sana iaitu sebagai satu muslihat untuknya memisahkan Aloha dan Mario. Bila Magoya mendapat tahu ayah Aloha (Makali) seorang yang bermata duitan dan kebetulan pula Makali itu ialah Sangkali yang sedang diburu oleh polis kerana jenayah yang dilakukannya lebih mudahlah Magoya untuk memperisterikan Aloha apabila Makali diugut untuk diadukan kepada pihak yang berkuasa.

Sinopsis Filem Penghidupan

Sinopsis Filem Sejoli

RINGKASAN CERITA

Zabedah, gadis yatim piatu, telah dikahwinkan dengan Ismail, seorang pekerja kapal. Ismail berkawan dengan Mokhtar, Bakri dan Bakar yang kurang baik perangai mereka. Ismail kemudian mendapat kerja di Indonesia dengan gaji tiga kali ganda lebih daripada yang diperolehi sekarang. Ismail meninggalkan isterinya, Zabedah yang sedang mengandung dan berjanji akan mengambilnya jika mendapat rumah di Indonesia selambat-lambatnya dua minggu. Tetapi Ismail tidak muncul-muncul malah berita pun tiada. Sewaktu ketiadaan Ismail, Mokhtar cuba menggoda Zabedah tetapi ditolak oleh Zabedah. Oleh kerana tidak dapat membayar sewa rumah, Zabedah disuruh keluar oleh tuan rumah. Dalam pada itu, Mokhtar membuat rancangan memperdayakan Zabedah.

Sinopsis Filem Juwita

Sinopsis Filem Antara Senyum Dan Tangis

Sinopsis Filem Anjoran Nasib

Sinopsis Filem Patah Hati

Kassim yang bercita-cita tinggi telah dibiayai perbelanjaan persekolahannya oleh Sidek (seorang hartawan) apabila ayahnya (Hassan) tidak berkemampuan tetapi dengan syarat bila lulus kelak dia mesti berkahwin dengan anak perempuannya - Salmah. Kassim lulus dalam peperiksaan Senior Cambridge di London, dan ketika singgah di Singapura dia telah bertemu dengan seorang gadis penjual bunga (Rahimah) dimana Kassim telah jatuh cinta terhadapnya. Rahimah pula ialah gadis yatim piatu dan datang ke Singapura mengadu nasib setelah orang tuanya terbunuh di Jakarta. Percintaan Kassim dengan Rahimah tidak direstui oleh Hassan dan Sidek. Mereka mengharapkan supaya Kassim berkahwin dengan Salmah. dan bagi memutuskan perhubungan tersebut Hassan pergi menemui Rahimah dengan tidak setahu Kassim. Kepada Rahimah, Hassan menceritakan peristiwa hutang budi disebabkan Kassim dan Hassan merayu supaya dia jangan lagi membuat perhubungan dengan Kassim.  

Sinopsis Filem Sedarah

P.RAMLEE SEBAGAI PELAKON

Lakonan P.RAMLEE dalam filem ini tetap baik dan memuaskan dan lebih baik jika dibandingkan dengan lakonannya dalam filem-filemnya sebelum ini. P.RAMLEE sudah merasakan dirinya sebagai pelakon. Di samping keseriusannya berlakon, P.RAMLEE juga turut berkomedi dengan S.Shamsuddin. Bagaimanapun, kelakar yang ditunjukannya sambil menyanyi menggunakan berbagai bangsa (antaranya Cina, India, jepun dan Arab0 terlalu panjang menjadikannya kurang menarik malah membosankan.

FAKTA & ANGKA

  1. Kali pertama P.RAMLEE berpasangan dengan Rosnani (Rosenani) sebagai hero dan heroine.
  2. kali kedua P.RAMLEE berlakon di bawah arahan S.Ramanathan selepas "Juwita".
  3. Kali kedua Rosnani berlakon filem. Sebelumnya dia diambil L.Krishnan membintangi "Lupa Daratan" disamping Haron Omar dan Omar Rojik.
  4. Filem pertama Haji Mahadi berlakon bersama P.RAMLEE, kemudian diikuti "Ibu", "Hujan Panas" dan "Siapa Salah". 
  5. Kali pertama Siti Tg. Perak berlakon sebagai ibu P.RAMLEE.
  6. Satu antara dua (sesudah "Juwita") filem P.RAMLEE, A.Rahim memegang peranan penting. Dia meninggal dunia di Kuala Lumpur pada 20 April 1992.  

Sinopsis Filem Miskin

Sinopsis Filem Putus Harapan

Sinopsis Filem Ibu

Sinopsis Filem Hujan Panas

RINGKASAN CERITA

Ameer (pelayan bar) bekerja di sebuah restoran kepunyaan Tuan Rahim. Dia berhasrat menjadi penggubah lagu. Dia telah menggubah sebuah lagu untuk dinyanyikan oleh penyanyi di restoran tersebut (Aminah) yang dicintainya. Tetapi Aminah dengan sombong menolak permintaan Ameer kerana menganggap Ameer tidak setaraf dengannya. Kata Aminah, taraf Ameer terletak di bawah kakinya sahaja. Sementara itu, Ameer dicintai oleh Hasnah yang turut bekerja sebagai juruwang di restoran tersebut tetapi kerana dia tahu Ameer sangat-sangat mencintai Aminah terpaksalah perasaan cintanya kepada Ameer dipendamkan begitu sahaja. Walaupun dipujuk dan dirayu supaya Aminah menyanyikan lagu ciptaannya (Merak Kayangan), namun kerana sikap sombongnya Aminah itu dia terus menerus menolak. Oleh yang demikian apabila tuan punya opera (Zakaria) datang berkunjung ke restoran tersebut, Ameer terpaksa menyanyikan sendiri lagu ciptaannya itu setelah dipujuk dan menerima nasihat Hasnah.    

Lagu nyanyian Ameer berjaya memikat hati Zakaria lalu dia menawarkan Ameer untuk bekerja di tempatnya. Ameer menerimanya dan kerana mula menjadi terkenal sikap Aminah terhadap Ameer berubah malah sanggup pula menjadi isteri Ameer. Oleh kerana bakatnya dalam seni begitu menonjol akhirnya Ameer dan Aminah hidup dalam kemewahan. Tidak lama kemudian, Aminah pun melahirkan anak lelaki (Nana). Bagaimanapun krisis rumah tangga Ameer dan Aminah mula terjadi apabila Aminah membuat perhubungan sulit dengan teman baik Aminah, Hassan yang sememangnya berhasrat memikat Aminah hanya untuk mengikis hartanya bersama Ameer. Kerana terpengaruh dengan pujukan Hassan, akhirnya Aminah meninggalkan Ameer dan anaknya. Disebabkan kehilangan Aminah, Ameer sangat berdukacita dan keadaan hidupnya sudah tidak tenteram. Hasnah, kerana cintanya terhadap Ameer, memujuk Ameer bekerja semula di restoran di mana pada mulanya dia bekerja sebagai pelayan bar.

Sementara itu, perhubungan Aminah dan Hassan mulai retak. Hassan mengabaikan Aminah disebabkan Aminah sudah kehabisan wang dan harta. Apabila sudah menyedari Hassan tidak jujur dengannya dan keadaannya pula sudah tidak terurus, Aminah cuba mendapatkan pekerjaan lamanya sebagai penyanyi di restoran Tuan Rahim tetapi tidak diterima kerana semua orang tahu tentang perangai buruknya. Dalam pada itu, Nana yang dihantar Aminah ke rumah Kebajikan Masyarakat sakit kuat dan apabila Aminah menelefon Ameer memberitahu keadaan Nana dia bergegas pergi ke hospital tersebut tetapi hanya sempat menyanyikan sebuah lagu (Aduhai Sayang) kemudian Nana pun menghembuskan nafasnya yang terakhir. Apabila melihat anaknya meninggal dunia menjadikan fikiran Ameer kacau hingga cuba membunuh Aminah tetapi dapat mengawal perasaannya, tetapi Aminah yang begitu kecewa membawa diri pergi entah ke mana melalui landasan keretapi yang mana dia terjatuh kemudian digilis keretapi. Keadaan Ameer kembali normal, dan cinta Hasnah masih tetap berbunga terhadap Ameer. Ameer pun mendirikan rumah tangga bersama Hasnah.

P.RAMLEE SEBAGAI PELAKON

Filem ini telah memperlihatkan kematangan P.RAMLEE berlakon. Peranannya sebagai Ameer begitu penting dan berat. Namun sebagai pelakon tang telah mendaki dari bawah dan filem ini merupakan yang ke-19 untuknya, lakonannya tetap baik dan memuaskan. Boleh dikatakan dengan berlakon dalam filem ini P.RAMLEE sudah mencapai ke tahap kematangan.

ULASAN & KRITIKAN

Cerita masyarakat yang sudah lumrah. Kisah seorang wanita berkahwin kerana kepopularaan suaminya kemudian berlaku curang dengan teman baik suaminya sendiri. Sungguhpun filem terakhir dengan 'happy ending' dengan P.RAMLEE (Ameer) kembali ke pangkuanm Hasnah (Aini Hayati) yang mencintainya sejak mula bertemu namun tragedinya ada apabila anak kesayangan Ameer meninggal dunia begitu juga dengan Aminah (Siput Sarawak) mati digilis kereta api. Kesemua pelakon telah membawa peranan masing-masing dengan baik. Aini Hayati yang berperanan jahat dalam "Ibu" membawa peranan seorang wanita yang bersimpati dengan Ameer yang akhirnya berkahwin dengan Ameer setelah Ameer mengalami berbagai-bagai masalah dan penderitaan bila menghadapi kerenah Aminah.

Haji Mahadi berperanan baik dalam "Ibu" berperanan jahat (Hassan) dalam filem ini yang hanya berdampingan dengan Aminah kerana mahu mengaut harta Ameer dan Aminah sahaja. Aminah dijadikan alat untuk tujuan tersebut. Lagu-lagu turut memainkan peranan. Boleh dikatakan semuanya menjadi popular terutama Merak Kayangan dan Ingin Tahu. Pada keseluruhannya, filem ini berada dalam kesempurnaan dan menambah memuncakkan lagi P.RAMLEE sebagai pelakon yang disayangi dan diminati ramai.

IRAMA & LAGU

Sebuah lagi filem P.RAMLEE yang mengandungi lagu-lagu menarik. Antaranya:

  1. Tiru Macam Saya (Nona Asiah)
  2. Mari Dengar Ini Cerita (P.RAMLEE)
  3. Merak Kayangan (P.RAMLEE)
  4. Ingin Tahu (P.RAMLEE & Nona Asiah)
  5. Aduhai Sayang (P.RAMLEE)
  6. Derita (P.RAMLEE)
Ciptaan & gubahan: P.RAMLEE
Lirik: Jamil Sulong
Muzik iringan: Pancaragam pimpinan P.RAMLEE  
  • Ingin Tahu apabila dirakamkan ke piring hitam suara P.RAMLEE digantikan dengan Abdullah Chik berpadusuara dengan Nona Asiah.
  • Agak menarik lagu Aduhai Sayang dinyanyikan P.RAMLEE tiga kali.

ANUGERAH

  1. Filem Terbaik
  2. Pelakon Lelaki Terbaik (P.RAMLEE)
  • Anjuran majalah Filem Raya (1953)
  1. Filem Terbaik
  • Anjuran majalah Utusan Filem & Sport (1953)  
FAKTA & ANGKA

  • Inilah kali pertama P.RAMLEE dan Siput Sarawak digandingkan sebagai hero dan heroin. Sebelumnya, "Chinta", "Nasib" dan "Nilam". Siput Sarawak berperanan penting P.RAMLEE hanya pembantu sahaja manakala "Rachun Dunia" mereka berpasangan tetapi berperanan jahat dengan Osman Gumanti dan Kasma Booty sebagai hero dan heroin. "Bakti" pula P.RAMLEE sebagai hero (heroin Kasma Booty) tetapi Siput sarawak berperanan jahat bersama S. Roomai Noor.
  • Inilah juga filem terakhir P.RAMLEE berlakon bersama Siput Sarawak di MFP kerana selepas "Penchuri" (berlakon bersama Yusof Latiff), dia berpindah ke Cathay keris Film. P.RAMLEE dan Siput Sarawak kembali berlakon bersama 14 tahun kemudian di Merdeka Studio apabila P.RAMLEE mengambilnya membintangi filem "Keluarga 69" (1967).
  • Inilah satu-satunya filem Siput Sarawak berlakon dengan Haji Mahadi dalam filem P.RAMLEE.
  • Lagu Merak Kayangan ciptaan P.RAMLEE menjadi begitu poipular dan apabila Festival Filem Malaysia Pertama (FFM1) diadakan pada 11 - 13 April 1980 salah satu anugerahnya dinamakan Merak Kayangan.
  • Siput Sarawak (nama sebenarnya Ramlah Sulaiman) mengakhiri karier filemnya melalui "Layar Lara" arahan Shuhaimi Baba ( pernah suatu ketika menjadi isteri S.Roomai Noor ) meninggal dunia di Singapura pada 3 Jun 1999.

Sinopsis Filem Siapa Salah

Sinopsis Filem Panggilan Pulau

RINGKASAN CERITA

Zulkifli, pemuda miskin yang berjaya sebagai gembala kuda, telah jatuh cinta dengan Jelita (Jelita juga mencintainya) tetapi ditentang oleh abang Jelita (Johan) kerana menganggap Zulkiflee tidak setaraf kerana dia pekerjanya dan sebagai gembala kuda pula. Setelah mendapat malu bila dicerca oleh Hussein (teman baik Johan) yang juga mencintai Jelita, Zulkiflee berhenti keja sebagai gembala kuda dan kemudian mendapatkan kerja sebagai jurumudi disebuah kapal atas pertolongan dua orang teman yang baru dikenalinya - Omar (Panjang) dan Ramlee (Pendek). Dalam pelayaran, Zulkiflee telah diseksa dan didera oleh kapten kapal dan dua orang pengikutnya, (Musa dan Syukur). Zulkiflee kemudian mendapat maklumat dari seorang tua (diseksa kapten kapal kerana dia enggan memberitahu di mana letaknya harta karun yang ketahuinya) tentang letaknya harta karun iaitu disebuah pulau bernama Kazambo.

Kapal tersebut dipukul ribut lalu tenggelam di mana ramai yang terkorban termasuk Kapten Kapal. Bagaimanapun, Zulkiflee, Omar dan Ramlee serta Musa dan Shukur terselamat dan terdampar di Pulau Kazambo. Mereka berlima telah diterima baik oleh penduduk Pulau Kazambo beserta penghulunya. Setelah mengetahui pulau di mana dia terdampar itu ialah Pulau Kazambo, Zulkiflee telah memujuk Penghulu Kazambo untuk mengetuai satu kumpulan mencari harta karun berdasarkan sumber yang diberikan oleh orang tua (bekas Kapten Kapal) semasa dia di kapal dulu. Zulkiflee berjaya menemui harta karun yang dicari itu tetapi Pendek terkorban kerana ketamakan Musa dan Shukur manakala Musa pula mati di tangan Zulkiflee apabila mereka bertarung di laut Kazambo bagi menentukan siapa benar siapa salah mengikut adat dan cara hidup di pulau tersebut.

Sewaktu berada di Pulau Kazambo itu, Zukiflee dicintai oleh anak perempuan Penghulu (Melati) tetapi kerana kesetiaan cintanya terhadap Jelita terpaksa Zulkiflee menolak dengan sedih hati. Dengan sebahagian harta karun yang diperolehinya, Zulkiflee pulang menemui Jelita dengan hasrat menunaikan segala janjinya. Bagaimanapun, Zulkiflee kecewa kerana Jelita sudah berkahwin dengan Hussein kerana terpaksa sebagai satu usaha menyelamatkan abangnya (Johan) daripada di penjara apabila hutangya terhadap Hussain tidak dapat dibayarnya. Zulkiflee nyaris-nyaris berkelahi dengan Hussain tetapi setelah menyedari kesalahannya kerana menemui Jelita yang sekarang sudah menjadi isteri Hussain di samping Hussain pula sudah menyesali kesalahannya kerana menghina Zukiflee dulu. Zulkiflee meminta maaf kepada Hussain dan mengucapkan berbahagia kepada Jelita dan Hussain yang mana mereka sudah pun mempunyai anak.

Zulkiflee kemudian membuat keputusan kembali ke Pulau Kazambo. Dalam kapal, Zulkiflee bertemu dengan Johan (sudah jatuh miskin) yang mengangkat begnya lantas memberikannya banyak wang. Bagaimanapun Johan menolak pemberian tersebut katanya: "Tidak Zul, kerana wanglah yang membuat aku lupa diri..." Sampai di Pulau Kazambo, Melati sudah bersedia menunggu untuk mendakap Zulkiflee yang diharapkannya selama ini kembali ke pangkuannya. Zulkiflee sudah menyahut "Panggilan" Melati pulang ke Pulau Kazambo.

  

Sinopsis Filem Perjodohan

Sinopsis Filem Merana

Sinopsis Filem Abu Hassan Penchuri

Sinopsis Filem Love Parade

Sinopsis Filem Jangan Tinggal Daku

Sinopsis Filem Putus Sudah Kaseh Sayang

Sinopsis Filem Gelora

MERDEKA FILEM SETUDIO Mempersembahkan GELORA (The Gale) Karya OSMAN ABADI P. RAMLEE SARIMAH ARMAN YADI Dengan IDRIS HASHIM AHMAD DADIDA MINAH HASHIM NORSIATI MINAH YEM SHARIFF BABOO Memperkenalkan ISMA RUBEE MARIATI ABDUL RAHMAN BAB MUSTAFFA Pelakun Kechil S. NORAINI ZURAIDAH SULAIMAN Teknik Fotografi SIEW CHAN WAH Rakaman Awal ANUAR YUSOFF Rakaman Akhir TAN CHUA HOON Art Director ABD. HAMID AZIZ Filem Editor JOE IBRAHIM PENOLONG2 Pengarah, sambongan BAKAR JAFFAR Camera AMIN ZAA Editor JOHAN IBRAHIM Make-Up ROKIAH OSMAN Penchitak ROSALIND TEOH Artis ESA AHMAD Screen Play, Dialog P. RAMLEE OSMAN ABADI Kugiran DENDANG IRAMA Kugiran BEN PUTEH 4 Kugiran P. RAMLEE ORKES Lagu2, Gurindam dan Arrangements P. RAMLEE a.m.n. Directed P. RAMLEE a.m.n.

Credit title seperti tercatat dalam filem
Tahun diedarkan: 1970 (30 November)
Masa tayangan: 107 minit (lebih kurang) 

JALAN CERITA___ 

Kuala Lumpur: Rizman sangat dibenci oleh ibu tirinya kerana dia (sewaktu kecil) menyebabkan kematian adik tirinya. Oleh kerana tidak tertahan lagi dengan kata-kata nista dan celaan ibu tirinya itu, Rizman keluar rumah meninggalkan ayahnya serta dua orang adiknya. Rizman berhasrat untuk ke Singapura. 

Sebelum peristiwa itu, Rizman bersama teman wanitanya (Ruby) menghadiri parti kemudian Ruby mengajak Rizman makan malam di rumahnya. Rizman diperkenalkan oleh Ruby kepada ibunya (Rima Murni). 

Di Stesen keretapi, Rizman bertemu dengan Rima yang kebetulan menghantar Tengku Zaman menaiki keretapi. Bila Rizman menyatakan hasrat mahu ke Singapura Rima menghalang dan mencadangkan supaya Rizman tinggal bersamanya dan juga Ruby. 

Dalam pada itu, di tempat kerja Ruby mendapat bos baru (Rozaiman). Rozaiman yang pertengahan umur tertarik dengan Ruby dan cuba memikatnya tetapi Ruby tidak melayannya kerana dia cintakan Rizman. 

Apabila tinggal dalam satu bumbung, perhubungan antara Rizman dengan Rima semakin erat. 

Semasa begitu gembira dan ingin menunjukkan surat yang dia telah lulus ujian memandu kereta, Rizman termasuk ke bilik Rima di mana Rima ketika itu berada dalam keadaan menggairahkan. 

Rizman terpegun dan kegairahan. Seperti "pucuk dicinta ulam mendatang," Rizman menghampiri ke katil Rima di mana dia sedang berbaring dan menyuruh Rizman memicit badannya. 

Rizman tidak "bertepuk sebelah tangan." Berlakulah perzinahan dan sejak itu, perhubungan antara Rizman dengan Rima (ibu kekasihnya, Ruby) semakin erat dan keterlanjuran terus berlaku tanpa disedari oleh Ruby. 

Dalam usahanya memikat Ruby, Rozaiman tidak putus asa. Setelah di desak beberapa kali akhirnya Ruby setuju makan malam dengannya. 

Ketika makan malam itulah Rozaiman menyatakan cintanya kepada Ruby tetapi di tolaknya dengan alasan dia setia dengan Rizman. 

Di panggung wayang, Mustabab (berdendam dengan Ruby kerana Ruby tidak melayannya) bersama dua orang kawannya terserempak dengan Rizman dan Rima. 

Ini telah dipergunakan oleh Mustabab membalas dendamnya terhadap Ruby. Mustabab memberitahu Ruby, Rizman sudah ada girlfriend baru. "Mother, you," katanya. Ruby tersentak, "Mother, I." 

Bagi mempastikan kata-kata Mustabab itu benar, pulang ke rumah Ruby buat siasatan. Ruby terperanjat apabila mendapati Rizman dan Rima sedang bercengkerama dibilik Rizman. 

Dengan perasaan kecawa dan hampa, Ruby pergi ke rumah Rozaiman dan menawarkan untuk menjadi perempuan simpanan Rozaiman. Bagi Rozaiman pelawaan Ruby seperti, "orang mengantuk di sorongkan bantal". 

Kekerapan Rima keluar malam dan pulang di waktu pagi, menyebabkan Rizman (yang mencintai Rima sepenuh hati) sentiasa berada dalam kerisauan. Rizman mencurigai kesetiaan Rima terhadapnya. 

Rizman marah dan merajuk tetapi kerana Rima pandai memujuk dan menggoda, Rizman berlembut dan mengalah. Perhubungan Rozaiman dan Ruby pula semakin bertambah erat. Ruby tidak payah bekerja tetapi dia tetap mendapat gaji tiap-tiap bulan. 

Kemudian Rizman diracuni fikirannya oleh Mustabab dan dua orang teman setianya. Dia mengajak Rizman pergi ke sebuah rumah di mana Rima sering berkunjung. 

Mustabab menyuruh Rizman memanjat sebatang pokok dan dari situ dia dapat menyaksikan Rima sedang melayan nafsu seorang tua. 

PEREMPUAN SIMPANAN 

Apabila pulang, Rima di tempelak oleh Rizman dan mengugut akan meninggalkannya. Kerana merasakan yang dia sangat cintakan Rizman dan kini sudah mendapat lelaki pujaannya dan dia mahu berkahwin dengan Rizman, Rima menceritakan kedudukan sebenar kepada Rizman. 

Menurut cerita Rima, dia berasal dari Sumatera Utara. Dia jatuh cinta dengan seorang pemuda bernama Rozaiman. Hasil percintaan mereka, Rima telah berbadan dua mengandungkan Ruby. 

Rozaiman tahu yang dia telah mengandung tetapi dia tidak mahu bertanggungjawab lalu melarikan diri dari kampung. Dia kemudian di usir dari kampung dan dengan pertolongan dua tiga orang yang bersimpati dengannya, Rima datang ke Malaysia. 

Apabila Ruby di lahirkan, dia menjadi perempuan simpanan Tengku Zaman yang telah memberikannnya kehidupan yang mewah. 

Tanya Rizman, kalau begitu mengapa Rima tidak berkahwin saja dengan Tengku Zaman. Menurut Rima, Tengku Zaman berkahwin mengikut undang-undang mahkamah. Mahkamah tidak membenarkannya berkahwin lebih dari satu. 

Rima meminta Rizman bersabar kerana Tengku Zaman telah tua, tidak lama lagi dia akan mati. Kalau dia mati setidak-tidaknya separuh (atau pun suku) daripada hartanya akan dimilikinya. 

Bagaimanapun, Rizman meninggalkan Rima menyebabkannya tidak dapat menerimanya. Rizman pergi menemui Ruby untuk kembali ke pangkuannya tetapi dihujung pistol, Ruby menolak. 

Setelah berfikir panjang, Rima kemudian pergi menemui Tengku Zaman dan menyatakan yang dia mahu memutuskan perhubungannya dengan Tengku Zaman kerana dia sudah pun bertemu dengan lelaki pujaannya. 

Terkejut dengan tindakan Rima itu, Tengku Zaman diserang penyakit jantung lalu meninggal dunia. 

Rizman kemudian bertunang dengan Haryati (teman wanitanya) dan sempena dengan pertunangan tersebut satu majlis tari menari diadakan. 

Rima turut hadir. Dia kemudian berhadapan dengan Rizman dan Haryati dan meminta Rizman kembali kepangkuannya semula. 

Perbuatannya itu memarahkan Haryati yang menyebabkan Haryati mengeluarkan perkataan "perempuan lacur." Rima tersangat marah lalu mengambil keris yang ada didinding lalu menikam Haryati. 

Apabila Rizman enggan pulang kepadanya dan menyatakan juga Rima "perempuan lacur," dia menikam Rizman pula. Rizman dan Haryati mati disitu juga. 

Selepas itu, Rima pergi menemui Ruby dengan keris berlumuran darah. Semasa pertemuan itu, Ruby memperkenalkan kekasihnya yang bercadang untuk berkahwin dengannya. 

Apabila bertemu, masing-masing terperanjat dan dengan tidak disedari Rima mencapai pistol yang ada di situ lalu menembak Rozaiman. Rozaiman mati. 

Rima kemudian memberitahu Ruby katanya, "Aku tak mau kau kahwin dengan orang itu, Ruby. Dialah Rozaiman. Bapak, kau." 

Rima menelefon polis dan membuat pengakuan telah membunuh Rozaiman, Rizman dan Haryati. Rima menunggu kedatangan polis, dia mahu menyerah diri. 

ULASAN & KRITIKAN___ 

Filem ini tidak lahir sekiranya P.Ramlee tidak bertengkar dengan Osman Abadi. 

Menurut ceritanya, P. Ramlee ketika mula-mula mengenali Osman Abadi (pengarang kanan di Utusan Melayu ketika itu) telah dikecam oleh P. Ramlee kerana wartawan hanya pandai menghentam orang-orang filem terutama filem-filem arahannya. 

"Dia orang cakap senang, tahu hentam saja. skrip lemah, arahan lemah. Tapi siapa ada antara wartawan yang ada yang bagi skrip bagus pada saya," kata P. Ramlee. 

Mendengarkan kata pedas tersebut terkeluar kata Osman Abadi, "Bagaimana kalau saya buat skrip Encik Ramlee boleh terima ke?"

"Boleh, dengan syarat skrip misti bagus. Bila Encik Osman nak bagi," kata P. Ramlee. 

"Malam esok di studio ni," jawab Osman Abadi. 

Malam esoknya (kira-kira jam 10.00) Osman Abadi datang, lalu bercerita di depan P. Ramlee berdasarkan nota yang ditulisnya di sekeping kertas. 

Ketika mendengar cerita Osman Abadi, P. Ramlee hanya memejamkan matanya. Osman Abadi sendiri tidak tahu samada P. Ramlee mendengar ceritanya itu atau pun tidak. 

"Selepas bercerita, P. Ramlee tidak berkata sepatah pun apakah cerita saya itu bagus dijadikan filem atau pun tidak," kata Osman Abadi. 

Melihatkan wajahnya, Osman Abadi yakin ceritanya itu tidak akan diterima. 

Esoknya, Osman Abadi menerima telefon P. Ramlee yang memintanya menulis 'rough idea' cerita yang diceritanya itu. P. Ramlee memberi masa seminggu untuk Osman Abadi menyudahkannya. 

Bagaimanapun, Osman Abadi hanya dapat menyudahkannya dua minggu kemudian. P. Ramlee sendiri menyusun cerita dan lakonlayarnya manakala Osman Abadi menyusun dialognya. 

Bermula dari situlah lahirnya filem ini yang dirangkumkannya dengan lagu popular ciptaanya - "Gelora" petikan filem "Seniman Bujang Lapok." 

Bolehlah dikatakan filem ini sebuah drama berat yang tidak ada komedi langsung. Dari awal hingga akhir ketegangan mencengkam penonton. 

Hanya mereka yang berminat dengan filem-filem drama berat dan masih meminati karya P. Ramlee menyukai filem ini. 

GOLONGAN REMAJA 

Bolehlah dikatakan juga, filem ini hanya sesuai ditonton oleh orang-orang dewasa saja (for adult only) dan boleh juga diagak kenapa filem ini jarang-jarang ditayangkan di tv kerana temanya yang tidak sesuai ditonton oleh golongan remaja apatah lagi kanak-kanak. 

Adegan-adegan menyolok mata, antara Sarimah dan Arman Yadi serta antara P. Ramlee dan Isma Rubee, begitu ketara dan menggairahkan. 

Agak menarik juga, dalam vcd dan dvd yang ada sekarang, adegan-adegan tersebut masih kekal dan tidak di gunting dan di potong. 

Dari segi persembahan filem ini tidaklah mengecewakan. Arahan dan lakonan pelakon-pelakonnya tetap baik dan memuaskan terutama P.Ramlee dan Sarimah yang memegang watak utama. 

Bab Mustaffa (adik seniwati Rosmawati) tidak pernah berlakon sebelum ini. Tetapi dalam filem ini dia telah memperlihatkan mutu lakonan yang sangat baik - bersahaja dan natural 

Jika Festival Filem Malaysia (FFM) ada ketika itu, kemungkinan dia memenangi anugerah best leading actor in supporting role (pelakon pembantu lelaki terbaik) adalah cerah sekali. 

Bagaimanapun, karekternya (berpasangan dengan Ramli Ismail dan N.S. Sulaiman) tidak jelas. 

Mahu dikatakan crook (peranan jahat), bukan. Hendak dikatakan berperanan baik, pun bukan. Mungkin sebagai pengacau (penyibuk), batu api dan menjaga tepi kain orang sesuai untuknya. 

Pada keseluruhannya, filem ini menampak penurunan (merosot) P. Ramlee dalam pengarahan filem. Nampak sudah P. Ramlee kekeringan idea atau mungkin juga keadaan dan kedudukannya di Merdeka Filem Setudio  sudah mulai goncang lebih-lebih lagi kontraknya sudah hampir tamat.

Begitupun juga, filem ini masih bertenaga dan mempunyai kekuatan dari segi cerita, arahan dan lakonan terutamanya. Tinggal lagi, sebagaimana yang dikatakan, kisah yang dipaparkan tidak sesuai dengan mentaliti kaum remaja dan kanak-kanak.

P. Ramlee tidak banyak muncul dalam filem ini. Tumpuan utama lebih kepada Arman Yadi (sebelumnya pernah mucul dalam "Keranda Jingga" dan "Perentah Seri Paduka") yang memegang peranan Rizman dan Sarimah sebagai Rima Murni.

Bolehlah dikatakan P.Ramlee sebagai pelakon pembantu dan Arman Yadi hero.

Pada saya, irama dan lirik lagu "Gelora" begitu indah sekali. Tetapi dengan lahirnya filem ini, sedikit sebanyak telah mencemarkan kebaikan dan keindahan lagu tersebut. 




IRAMA & LAGU___

Disebabkan irama kumpulan gitar rancak (kugiran) begitu mendapat sambutan hangat ketika itu, dalam pengendalian muziknya P.Ramlee mengunakan 3 kugiran - Dendang Irama, Ben Puteh 4 dan P.Ramlee Orkest.

Lagu-lagu yang terdapat dalam filem ini tidak begitu menarik dan itulah sebabnya tidak ada yang popular seperti filem-filem P.Ramlee sebelum ini.

Hanya satu lagu yang agak menarik dan seronok didengar, "Apa Guna Bersuami Muda", berirama keroncong yang disampaikan oleh Tamam Idris menggunakan suara P.Ramlee (sila lihat video).

FAKTA & ANGKA___

* Filem pertama P.Ramlee mengambil cerita karya Osman Abadi (wartawan Utusan) sebagai filem arahannya.
* Filem pertama lakonan Bab Mustaffa, Isma Rubee dan Mariati Abdul Rahman, maksudnya ada peranan. Mariati Abul Rahman kemudian menjadi menantu P.Ramlee apabila Nasir P.Ramlee berkahwin dengannya, tetapi kemudian bercerai.
* Filem ketiga P.Ramlee mengambil Sarimah berlakon di Merdeka Film Productions selepas "Kanchan Tirana" dan "Dr.Rushdi".
* Filem pertama lakonan Arman Yadi dibawah arahan P. Ramlee. Arman Yadi diperkenalkan oleh Omar Rojik dalam filem arahannya, "Keranda Jingga", berlakon bersama Ed Osmera dan Norsiati.
* Nama sebenar Bab Mustaffa ialah Mustafar bin Baba, tetapi diubah oleh P.Ramlee kepada Bab Mustaffa berdasarkan satu karakter yang terdapat dalam cerita 1001 malam ("Ma'aruf Tukang Kasut dan Isterinya Fatimah"), Baba Mustaffa.
* Bab Mustaffa yang turut membintangi filem "Kisah Seorang Biduan" (arahan M.Amin) dan "Pertentangan" (Salleh Ghani) meninggal dunia ketika umurnya masih muda. Tarikh sebenar tidak diperolehi tetapi diawal tahun 2002. 
 

Lemonping.com

Babab.net

ruangan iklan untuk disewa

Kalo berminat untuk menyewa ruangan iklan boleh hubungi saya di talian 011 21963078