Bapa saya, Mohamad Bin Iskandar mempunyai pandangan yang agak berlainan dalam soal pelajaran. Beliau lebih suka ke sekolah daripada menjauhkan diri dari sekolah dan menyembunyikan kehadirannya di sekolah daripada ibu bapanya. Sikapnya ini juga yang mengajar saya menghargai pelajaran dan ilmu.
Pada zaman remajanya, ibu bapa Melayu melarang anak mereka ke Sekolah Inggeris kerana kebanyakannya dikendalikan oleh mubaligh Kristian. Mereka turut mengajar agama Kristian di biara dan sekolah mubaligh dan ramai pelajar Melayu terpaksa mempelajarinya sebagai salah satu mata pelajaran peperiksaan.
No comments:
Post a Comment