Pages

Friday, January 15, 2016

Legenda Bola Sepak Malaysia Malek Rahman

Malek Sateria Yang Bertukar Sifar




Skandal rasuah bola sepak pada tahun 1994-1995 telah meragut ramai bintang bola sepak yang berbakat besar sehingga ada di antara mereka dihukum buang daerah dan digantung daripada sukan bola sepak.

Nama Abdul Malek Abdul Rahman turut terselit di antara lebih 100 pemain yang terlibat, malah dia kadangkala berasa kesal kerana tidak memilih muzik sebagai karier sejak remaja. Anak jati ibu kota ini sanggup menyanggah hasrat bapanya, Allahyarham Abdul Rahman Adam yang mahu melihat darah seni dalam keluarga turut diwarisi Malek seperti mana enam adik-beradik yang lain.

Namun dua kejuaraan yang dimenangi Malek bersama skuad kebangsaan Pestabola Merdeka dan Piala Saigon Vietnam pada 1993 membuktikan pilihan yang dibuat sebelum ini adalah tepat. Menyarung jersi no.7, Malek antara pemain yang membarisi skuad Malaysia semasa mereka mengakhiri kemarau gelaran Pestabola Merdeka 1993 sejak tahun 1986 selain Khairul Azman Mohamad, K. Gunalan, A Jayakathan, P. Maniam, See Kim Seng, Ahmad Yusoff, Azizol Abu Haniffah, Mubin Mokhtar, Dollah Salleh dan Azman Adnan.

Menerusi gol Mubin, Dollah dan Azman, Malaysia berjaya menumpaskan Singapura 2-1 terikat 1-1 dan 0-0 dengan Thailand B dan CSKA Sofia (Bulgaria), FC Aarau (Switzerland) 2-1 dan Korea Selatan 3-1 dalam kejohanan yang berlangsung di ibu kota itu. Dia juga menganggotai skuad Projek Barcelona 1992 yang disasarkan ke Sukan Olimpik di bawah bimbingan Chow Kwai Lam, pemain skuad juara Pestabola Merdeka 1968 dan bekas jurulatih Kuala Lumpur.

Terdahulu di arena kebangsaan, Malek menjadi antara tonggak Selangor yang pemenang pingat emas Sukan Malaysia 1988 selain menjulang Piala Presiden dan Liga Semi-Pro 1989, Piala Sultan Ahmad Syah 1990 dan Piala FA 1991. Red Giants menjulang Piala FA dengan menundukkan Perak 1-0 dalam perlawanan akhir edisi kedua saingan kalah mati kebangsaan itu dan mengatasi Kuala Lumpur menerusi penalti 3-0 untuk menjulang Piala Sultan Ahmad Syah 1990.

Kelab Sultan Sulaiman merupakan pasukan pertama yang mencungkil bakat Malek sebelum dia membarisi skuad Selangor, beraksi di samping pemain senior seperti Zainal Abidin Hassan dan Dollah seawal usia 18 tahun. Namun Malek, yang lahir pada 17 Disember 1969, agak terkilan kerana terlepas kejuaraan Piala Malaysia selepas pasukan Merah Kuning ditewaskan Johor 3-1 dalam perlawanan akhir 1991 di Stadium Merdeka, sekaligus menebus kekalahan teruk mereka 6-1 enam tahun sebelum itu. 


No comments:

Post a Comment

 

Lemonping.com

Babab.net

ruangan iklan untuk disewa

Kalo berminat untuk menyewa ruangan iklan boleh hubungi saya di talian 011 21963078