Pages

Tuesday, October 30, 2018

Biodata Anim Ezati Rizki Wartawan TV3

My lovely name is, Anim Ezati Rizki bt Mohd Khalis and I was born on March 28, 1992 at the Hospital Sultanah Aminah. I was raised in many places because my mother died in 1999 and my father died in 1997.. I have a brother and a sisters.


My father's name is Mohd Khalid Bin Mohamed. My Mother's name is Suharah Binti Diran. My brother is Syazan Amer  Khan and My sister is Anim Azayu Jerenih and Endah Zulikha Harum, lastly was my younger sister and her name is Aqlaimiah.


I like to shopping, watching movies and hang out with my friends. The most collection I love is Prada, Guess is quite nice and Dolce Gabbana. Now i currently staying at Melaka because i study at UiTM Campus Bandaraya Melaka taking Bachelor Business Management in Human Resources.

My first school is Sekolah Kebangsaan Kompleks Uda, Bandar Baru Uda, Johor Bahru.  I lived wih my step mother at Bandar Baru Uda,. I attended the school from standard one until six there., Then, I proceed to Sek.Men.Keb Bandar Baru Uda, but I studied there only in a year. After that, I moved to Senai, whch is I stay there with my uncle. From form two until five, I studied at Sek.Men.Keb. Senai one of the finest and oldest school in Senai.Form 1 until form 3 i started to join sports at school. my highest level is at national level (MSSM) in 4x100 in champion school U-14 . I also played netball, hockey, handball and futsal..I started to join the theater club and i in many shows and competition. In district competition, We won 2 consecutive year in 2008 and 2009. We also represented the district twice in national level.

After SPM, I worked as a Clerk at PJD Maju Jaya Sdn Bhd at Senai, near to my house. The company own by one pf my friend’s mother.  I worked for almost 3 months and before i attended the National Service (PLKN). I did not finish the program because i received Matriculation offer to continue study at Kolej Matrikulasi Pahang, Gambang, Pahang.. i was so thankful because I feel like I almost achieve the goals.. I also receive an offer from UiTM but i choose to continue my study in matriculation. After a year at Pahang, i finished my study there and my result was not very good. Before the UPU result came up, i worked at MBO Cinemas, at U Mall Skudai for almost 2 months and half. When the UPU result came out, i was so thankful because once again UiTM offered me to continue study in Bachelor Business Managemen (hons) Human Resources at Campus Bandaraya Melaka where it is not too far from my hometown. 

Wednesday, October 24, 2018

DIBANTU ORANG MALAYSIA: KISAH DI DUBAI

DIBANTU ORANG MALAYSIA: KISAH DI DUBAI


Setelah 8 jam perjalanan menuju ke Dubai dari Manila, aku selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai. Tidakku sangka mampu berkunjung ke negara yang kaya ini. Ikutkan daripada segi bajet normal untuk kembara di sini, sudah pasti memakan jumlah yang sangat besar. Namun disebabkan kos pengangkutan penerbangan yang aku dapat untuk ke sini, sangat murah maka sekaligus dapat berjimat dari segi pengangkutan.

Untuk penginapan juga, aku telah mendapat rezeki untuk menginap di rumah salah seorang kenalan baru bernama Muadz. Dia mnerupakan rakyat Malaysia yang bekerja di sini. Aku mengenalinya sewaktu dia membuat tawaran umum dalam group Backpackers Buddies Malaysia (BBM) kepada sesiapa yang ingin berkunjung ke Dubai, katanya boleh menginap di rumahnya. Kebetulan ketika itu aku sudah membeli tiket untuk ke Dubai, aku terus menghubunginya melalui Facebook untuk bertanyakan mengenai tawaran tersebut.

Bayangkan, sepatutnya pada tarikh ketibaanku di Dubai, Muadz berada di Malaysia untuk cuti hari raya Aidilfitri. Namun dia memaklumkan kepadaku untuk ambil kunci rumah pada rakannya yang juga warga Malaysia. Sangat mengejutkan, kepercayaan 100% diberikan kepadaku yang baru dikenali dan tidak pernah bersua. Luar biasa. Selesai passportku dicop masuk, aku terus bergerak menuju ke kaunter Dubai Metro untuk mendapatkan tiket menuju ke stesen bernama stadium. Aku hanya menurut cara dan arah yang diberitahu oleh Muadz untuk tiba di rumahnya. Selang beberapa minit, aku selamat tiba di stesen tersebut. Waktu sudah malam.

Sebaik keluar daripada stesen Metro Stadium, cuaca panas mula dirasai walaupun di waktu malam. Memang musim panas waktu itu dan suhunya lebih 30 darjah celcius. Rasakan pengalaman musim panas di Jazirah Arab ini. Aku terus menuju ke arah teksi dan memaklumkan kepadanya lokasi yang ingin dituju. Kadar caj permulaan teksi AED12 (dalam RM12.50). Jarak perjalanan tidaklah terlalu jauh kurang lima minit sebelum aku berhenti di sebuah stesen bas. Mengikut kepada gambaran peta yang dilakar Muadz yang ada dalam whatsapp, aku perlu melintas jalan tersebut sebelum masuk ke bangunan (Bulding Tiger) yang menempatkan rumahnya di tingkat 32. Sebelum itu, aku perlu mengambil kunci di rumah rakannya yang terletak di tingkat 21. Syukur, setelah menepati arahan diberi, aku selamat tiba di rumah yang dituju. Baruku tahu yang jalan ku lintas tadi memisahkan dua wilayah yang berbeza dalam UAE iaitu Dubai dan Sharjah.

Penat juga perjalananku hari itu. Setelah memperkenalkan diri, aku dijemput masuk ke dalam rumah oleh rakan Muadz dipanggil Botak atau Sapix dan diberikan air terlebih dahulu sebelum kami keluar makan. Selesai makan dan berbual panjang, Sapix menghantarku ke rumah Muadz dan menjemputku untuk datang ke rumahnya esok untuk sarapan pagi. Sungguh baik hati. Keesokan paginya seperti dijanji, aku turun ke rumah Sapix untu sarapan, disediakan oleh isterinya yang tinggal bersama. Sempat juga aku bermain dengan anaknya yang comel bernama Daris dan menggunakan perkhidmatan wifi yang ada di rumahnya. Ketika melayari facebook, aku terbaca satu komen daripada seseorang yang bernama "Pengembara Saku Nipis", katanya dia mahu berjumpa denganku kerana aku maklumkan di FB yang aku berada di Sharjah. Terkejut juga aku kerana aku tiada kenalan di sini. Aku bertanya kepada Sapix nama tersebut dan dia mengenali pemilik nama itu, orang panggil dia Black. Kawan dia juga rupanya. Komuniti rakyat Malaysia di Dubai tidaklah terlalu ramai dan mereka kenal antara satu sama lain. Mereka juga ramai yang bekerja di syarikat penerbangan Emirates yang berpangkalan di Dubai. Terus Black diajak untuk datang ke rumah Sapix untuk bersarapan sekali.

Sebaik Black tiba, di tangannya kelihatan buku Travelog Mr Traveller. Barulahku tahu yang dia merupakan pembaca bukuku. Tak sangka, buku sampai dulu ke Dubai daripada tuannya sendiri. Terharu. "Meor, saya bawa buku ini nak minta tandatangan boleh?" Black memintaku untuk tandatangan buku tersebut. Baru mahal katanya. Aku tertawa. Segan.

Kami berbual bersama dan dia bertanya mengenai perancanganku di Dubai. Mahu melawat ke sana dan sebagainya. Sejujurnya aku teringin sangat melihat sendiri dan menaiki menara tertinggi di dunia iaitu Burj Khalifa.

Sebaik keluar daripada pintu Dubai Mall, kami terus berjalan kaki menuju ke Burj Khalifa. Sedikit demi sedikit pandanganku, semakin hampir dengan menara tersebut. Sangat gah berdiri. Aku lihat menara berkembar Petronas setinggi 452 meter dengan jarak dekat pun sudah kagum, menara ini jauh lebih tinggi dan memegang rekod tertinggi di dunia dengan ketinggian setinggi 828 meter. Tidak sabar rasanya menaiki menara tersebut menuju ke tingkat 124. Suatu perkara yang mengagumkanku sewaktu naik ke menara ini adalah menaiki liftnya. Boleh bayangkan, untuk sampai ke tingkat 124 menara hanya mengambil masa dalam satu minit sahaja. Kelajuan tersebut tidak dirasai kerana kita akan dilekakan dengan cahaya lampu kebiruan dan muzik arab yang dimainkan dalam lift. Nombor di skrin lift juga bertukar dari tingkat 1 hingga 124 dengan sangat pantas. Akhirnya, hajat aku untuk melihat permandangan Kota Dubai yang dahulunya hanya padang gurun yang tandus kini berubah menjadi kota metropolitan yang menjadi tumpuan pelancong seluruh dunia. Kelihatan jelas kepadatan bangunan-bangunan pencakar langit yang dibina agak rapat antara satu sama lain. Masih ada juga pembangunan yang sedang giat membangun memenuhi ruang-ruang kosong yang kelihatan. Puas mataku memandang kemajuan. 

Sebelum turun semula ke bawah, sempat aku menonton tarian air pancut yang dimainkan di bawah. Tarian air pancut atau dipanggil The Dubai Fountain ini dihiasi dengan cahaya dan muzik yang bergerak seirama dengan gerakan air pancut yang sangat unik. Persembahan tersebut bermula pada jam 6 petang hingga 11 malam, setiap 30 minit. Sebelum pulang ke rumah, aku dibawa lagi oleh Black dan Aleng menuju ke Mall Of Emirates yang terletak dalam daerah Al Barsha. Antara yang menarik di pusat beli belah ini ialah wujudnya kawasan indoor Ski dipanggil Ski Dubai seluas 22,500 meter persegi. Bermakna, walaupun Dubai tidak ada salji yang turun dan rakyatnya tidak boleh bermain sukan tersebut, mereka mampu membina tempat sendiri, bukan sahaja pulau buatan sendiri. Lihat betapa majunya mereka berfikir mencari solusi. Aku pernah juga pernah bermain ski, tapi di tempat salji betul iaitu di Sweden, seronok juga sukan tersebut walaupun banyak kali jatuh.

Di Mall Of Emirates juga aku bertemu seorang lagi rakyat Malaysia yang terkenal dengan aksi berani dan kepakarannya dalam bidang parkour. Abadi Alsagoff namanya. Dia bekerja di Dubai sebagai salah seorang trainer profesional untuk aktiviti tersebut. Kisahnya juga pernah viral apabila memanjat jambatan di Putrajaya dan bangunan-bangunan tinggi di Dubai. Kami berkesempatan berkongsi cerita memberi inspirasi sambil menikmati juadah makan malam di tepi Ski Dubai yang sekali lagi dibelanja oleh Black. Mahal juga kos makan di sini. Rezeki. Terima kasih orang Malaysia yang banyak membantu dan sungguh baik hati. Syukur Alhamdulillah.


SUMBER: TRAVELOG MR TRAVELLER

Sunday, October 7, 2018

Ustaz Hassan Azhari meninggal dunia


Tan Sri Hassan Azhari

KUALA LUMPUR - Tokoh agama terkenal Tan Sri Hassan Azhari meninggal dunia pada usia 91 tahun di Hospital Kuala Lumpur pada pukul 5 petang semalam akibat kanser limfoma tahap empat.  

Allahyarham merupakan pendidik terkenal dengan rancangan Muqaddam pada awal 1970-an di saluran RTM dan merupakan orang yang melaungkan azan semasa kemerdekaan negara Malaysia pada 31 Ogos 1957.
Hassan yang dilahirkan di perkampungan Syi'ab Amir di Makkah, Arab Saudi pada 18 Ogos 1928 juga merupakan hakim pertandingan Tilawah al-Quran paling lama berkhidmat dalam negara selama 46 tahun.

Beliau juga merupakan bapa kepada bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan pelakon terkenal tanah air, Datuk Jalaluddin Hassan. 

Allahyarham Hassan berhasrat meninggal dunia di Mekah

hassan

SHAH ALAM - Tokoh qari terkenal, Tan Sri Hassan Azhari, 90, berhasrat untuk pulang ke Mekah dan meninggal dunia di Tanah Suci tersebut, namun terpaksa melupakannya kerana keadaan kesihatan beliau yang tidak memuaskan.

Anak Allahyarham, Tan Sri Musa Hassan, 67, berkata, beliau telah memujuknya untuk tinggal di sini sahaja akibat faktor kesihatan yang tidak mengizinkan itu.

"Saya pujuk ayah untuk berada di sini sahaja (meninggal di Malaysia).

"Arwah lahir di Mekah dan ramai saudara maranya di sana," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis pengebumian jenazah di Makam Diraja Shah Alam.

Menurut beliau yang merupakan bekas Ketua Polis Negara, Allahyarham ada menyatakan ingin bersujud kali terakhir bagi memohon keampunan daripada Allah dan memberikannya umur panjang sebelum menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Ujarnya, ayahnya juga meninggalkan pesanan supaya selalu membaca al-Quran, sedekahkan al-Fatihah kepadanya serta jangan tinggalkan solat.

"Saya berasa sedih kerana kehilangan ayah, namun arwah pergi dalam keadaan baik.

Sementara itu, jenazah Allahyarham Hassan selamat dikebumikan di Makam Diraja Shah Alam di sini kira-kira pukul 9.40 pagi.

Allahyarham disemadikan di kawasan makam tersebut atas titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Turut berangkat hadir pengebumian tersebut adalah Sultan Sharafuddin dan Tengku Laksamana Selangor, Tengku Sulaiman Shah.

Selain itu, turut hadir adalah Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari serta 300 orang yang terdiri daripada ahli keluarga terdekat termasuk Musa dan Datuk Jalaluddin Hassan, 64, kenalan rapat dan orang ramai.

Terdahulu, jenazah disembahyangkan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam pukul 9 pagi dengan diimamkan anak Allahyarham, Prof. Madya Dr. Abd Rauf Hassan.

Allahyarham menghembuskan nafasnya yang terakhir pukul 5.07 petang semalam di HKL akibat kanser limfoma tahap empat. 

Allahyarham Hassan dikebumikan di Makam Diraja atas jasa dalam bidang al-Quran

HASSAN

SHAH ALAM - Jenazah tokoh Qari negara, Tan Sri Hassan Azhari dikebumikan di Makam Diraja Shah Alam di sini sebagai tanda penghormatan terakhir atas jasa dan sumbangan Allahyarham khususnya dalam pengajian al-Quran di negara ini. 

Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, pengebumian jenazah di makam berkenaan adalah titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sendiri. 

Katanya, Allahyarham Hassan juga merupakan guru agama kepada kerabat Istana Selangor sejak zaman nenda, ayahanda dan Tuanku sendiri.

"Berikutan jasa tersebut, Sultan Sharafuddin memberi perkenan supaya Allahyarham dikebumikan di sini sesuai dengan sumbangan arwah kepada negara.

"Saya mewakili rakyat Selangor turut mengucapkan takziah atas pemergiaan Allahyarham, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ahli keluarga diberikan kesabaran menghadapi ujian ini," katanya ketika ditemui selepas majlis pengebumian di sini hari ini.

Allahyarham Hassan merupakan individu yang melaungkan azan semasa perasmian Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 11 Mac 1988 selain semasa menyambut kemerdekaan negara di Stadium Merdeka pada 31 Ogos 1957.

Sepanjang hayatnya, Allahyarham dikurniakan beberapa anugerah dan penghormatan termasuk dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah 2002 dan Anugerah Tokoh Melayu Terbilang pada 2014.

Allahyarham Hassan juga merupakan hakim Tilawah al-Quran yang paling lama berkhidmat dalam negara dan di peringkat antarabangsa dengan turut menjadi hakim di Arab Saudi, Mesir, Iran, Dubai dan Brunei.

Mengulas lanjut, Amirudin menyifatkan pemergian Allahyarham adalah kehilangan besar dalam bidang keagamaan di negara ini.

"Ini jelas apabila tokoh agama itu amat aktif berdakwah terutama pada awal pembabitannya menerusi rancangan televisyen Muqadam tidak dapat dilupakan oleh rakyat Malaysia," jelasnya. 


SUMBER: KOSMO ONLINE



 

Lemonping.com

Babab.net

ruangan iklan untuk disewa

Kalo berminat untuk menyewa ruangan iklan boleh hubungi saya di talian 011 21963078