Pages

Tuesday, August 16, 2016

Sinopsis Dan Pengajaran Filem Antara Dua Darjat


MALAY FILM PRODUCTION LTD presents ANTARA DUA DARJAT Starring P.RAMLEE SA'ADIAH Co-Starring S.KADARISMAN S.SHAMSUDDIN YUSOF LATIFF AHMAD NISFU KUSWADINATA With RAHMAH ALIAS MARIAM RAHMAH RAHMAT KEMAT HASSAN ALI FIJI AINI JASMIN MUSTARJO Director Of Photography BAKAR ALI  Sound KAM SHIN BOON Recordist KAMAL MUSTAFFA Editor H.R.NARAYANA Processing WONG HONG PENG Laboratory CHEW CHEN KOK Studio Manager KWEK CHIP JIAN Assistants Director S.SUDARMAJI Photography YAAKOB MAHMOOD Sound YEO KEE JOK Recordist AHMAD SURADI Editing K.K.RAM Music KASSIM MASDOR Studio Manager M.K.TEO Continuity KASSIM MASDOR Art Director A.V.BAPAT Music P.RAMLEE Lyrics S.SUDARMAJI Orchestration P.RAMLEE Story & Screen Play OMAR ROJIK Dialogues P.RAMLEE Director P.RAMLEE

Tahun Diedarkan : 1960 (Mei)
Masa Tayangan : 1 Jam 55 Minit


RINGKASAN CERITA

Anggerik Villa kini: Ketika hujan lebat dengan kilat sabung-menyabung, Anggerik Villa yang sekian lama kosong didatangi oleh Tengku Mukri dan Tengku Zaleha untuk berbulan madu. Mereka ditemani Dr. tengku Aziz, teman baik Tengku Mukri.  Suasana Anggerik Villa menjadi kelam kabut dengan kedatangan Ghazali (pemuda kampung berdekatan) yang mahu mempastikan sama ada Tengku Zaleha yang ada di villa tersebut bekas kekasihnya atau pun tidak.Apabila pulang ke rumah, Ghazali dimarahi sepupunya (Sudin) dan mengingatkan Ghazali perempuan di Anggerik Villa itu adalah isteri orang. "Tengku Zaleha sudah mati", katanya. Ghazali tidak percaya, lalu mengimbau masa lampau.

Cerita Ghazali: Ghazali dan Tengku Zaleha saling cintai-mencintai setelah Ghazali dan kawan-kawannya menolong menolak kereta yang dinaiki Tengku Zaleha terbenam ke dalam lumpur akibat hujan lebat. Bagaimanapun, perbubungan mereka mendapat halangan dari ayahanda Tengku Zaleha (Tengku Karim). Cerita Sudin: Akibat lebih mementingkan darjat dan keturunan, Tengku Zaleha dipisahkan daripada Ghazali dengan cara menggunakan kekerasan. Ghazali dibelasah teruk oleh Tengku Hasan (abang tiri Tengku Zaleha) beserta orang-orangnya, manakala Tengku Zaleha disuntik sehingga pengsan dan kemudian dibawa ke Singapura. Berikutan dengan suntikan itu, Tengku Zaleha disangka mati oleh Sudin (sepupu Ghazali) dan kawan-kawannya. Tapi bagi Ghazali dia begitu yakin yang Tengku Zaleha masih hidup dan sejak perpisahan itu, keadaan Ghazali tidak siuman dan dirinya tidak terurus.

Cerita Tengku Zaleha: Semasa di Singapura, pengeseran berlaku di mana akibatnya, Tengku Hassan telah membunuh Yang Chik (ibu Tengku Zaleha) manakala Tengku Karim masuk ke hospital sakit jiwa (gila) kerana kematian Yang Chik. Cerita kini: Di Singapura itu juga, Tengku Zaleha telah dikahwinkan dengan Tengku Mukri yang bertujuan untuk membolot harta yang ada pada Tengku Zaleha. Untuk memudahkan pertemuannya dengan Ghazali, Tengku Zaleha telah memilih Anggerik Villa di Johor Bahru untuk berbulan madu. Turut bersama mereka, Tengku Aziz. Dengan pertmuan tersebut jalinan kasih antara Ghazali dan Tengku Zaleha yang terbantut mekar semula.

Bagaimanapun, apabila Tengku Mukri mendapat tahu dari Tengku Aziz yang Tengku Zaleha dan Ghazali sedang bercinta dan Tengku Aziz pula meminta Tengku Mukri menceraikan Tengku Zaleha supaya dapat berkahwin dengan Ghazali, dia naik berang. Cadangan Tengku Aziz sangat memarahkan Tengku Mukri dan membuat rancangan membunuh Tengku Aziz cara melanggar dengan keretanya dari selepas itu pergi menemui Ghazali membuat perhitungan untuk membunuh Ghazali. Pertarungan sengit berlaku di antara Ghazali dan Tengku Mukri hampir meragut nyawa Ghazali, Tengku Aziz yang disangka terbunuh muncul tiba-tiba lalu menembak tengku Mukri lalu membunuhnya. Dengan itu, bertautlah semula cinta antara Ghazali dan Tengku Zaleha.

PENGAJARAN CERITA

Antara Dua Darjat merupakan filem yang memaparkan kritikan tanpa selindung terhadap golongan feudal. Serangan terus-terusan P.Ramlee di dalam filem ini bermula dari awal sehingga akhir. Filem ini tidak memerlukan pembedahan lanjut untuk kita memahami makna dan tanda di dalamnya. Semuanya terpapar dengan jelas dan terang. Kita cuma perlu duduk, tonton, dan bertenang dengan filem tentang ketidakseimbangan sosial dan layanan masyarakat yang berbeza-beza mengikut pangkat dan keturunan ini. Filem ini bermula di tengah-tengah dan kembali secara beransur-ansur ke belakang dan memberi penjelasan kepada penonton tentang apa sebenarnya yang berlaku. Pembukaan filem ini sebenarnya agak misterius. Hujan, perit dan suasana malam menambahkan kelam babak pembukaan filem ini. Jangkaan awal boleh menyebabkan kita terfikir bahawa ini merupakan sebuah filem thriller. Namun, menerusi rangkaian plot yang kemas, dibuat secara teratur menyebabkan kita memahami setiap konflik yang timbul dengan baik.

Piano menjadi objek fokus di dalam filem ini dan kemudiannya kita dapat memahami bahawa piano menjadi fokus kerana ia adalah objek penting yang menjadi titik pertemuan dan perpisahan Ghazali dan Tengku Zaleha. Melalui piano mereka berkenalan, melalui piano mereka menjadi rapat dan melalui piano mereka bertemu semula. Menggunakan objek sebagai mengaitkan setiap konflik dan pertembungan watak merupakan satu idea bijak dan membolehkan kita memahami dengan mudah perkaitan berkenaan. Pada babak awal sewaktu kita diperkenalkan dengan Anggerik Villa yang suram dan muram, kita ditontonkan dengan potret Tengku Karim yang kelihatan senget dan menimbulkan syak di hati kita bahawa ada sesuatu yang tidak kena di dalam villa berkenaan. Penggunaan objek seperti ini amat membantu penceritaan yang kemudiannya secara beransur-ansur kita diperkenalkan dengan Tengku Karim dan seterusnya watak-watak lain.

Ego dan rasa meninggi diri dalam kalangan golongan feudal dan bangsawan ini ditonjolkan P.Ramlee dalam beberapa babak. Misalnya dalam babak semasa Tengku Karim memarahi Tengku Zaleha yang basah kuyup membantu penduduk kampung menolak keretanya yang tersangkut lumpur.

"Tengku, berdarah mulia. Tidak layak bercampur gaul dengan pemuda-pemuda yang bukan keturunan diraja, tau?"

Filem ini juga menonjolkan kawalan golongan feudal ini terhadap wanita dengan wanita tidak dibenarkan keluar rumah, hanya duduk di rumah dan bergaul dalam kelompok elit sahaja. Patriaki yang menebal dalam jiwa feudal ditonjolkan. Ini dapat dilihat kepada dialog Tengku Hasan yang memarahi Yang Chik, ibu tirinya kerana membenarkan Tengku Zaleha keluar rumah.

"Mak Yang! Mengapa Mak Yang membiarkan Tengku Zaleha keluar semasa ayahanda tiada di rumah?"

Kemudian kita dapat lihat bagaimana Tengku Karim menghalang Tengku Zaleha daripada keluar rumah.

"Mulai dari hari ini! Ayahanda tak izinkan kamu pergi ke mana-mana. Kerana Ayahanda curiga kalau kau bercampur gaul lebih-lebih lagi kamu membuat perhubungan dengan pemuda-pemuda yang tidak setaraf dengan darjat kita."

Kita dapat melihat juga bagaimana egonya Tengku Karim yang enggan bersalaman dengan Ghazali, semasa Ghazali datang ke rumahnya untuk mengajar Tengku Zaleha bermain piano. Ini merupakan sebahagian daripada sikap negatif golongan feudal yang dikritik secara terus tanpa berselindung oleh P.Ramlee. Filem ini lebih mudah dibaca kerana paparan kritikannya dilihat tepat dan mengena.

Terdapat satu babak yang benar-benar dilihat sebagai tamparan P.Ramlee kepada golongan feudal. Kita lihat babak Sudin sedang bersiap-siap, berpakaian cantik dan memakai pewangi sehingga Ghazali menegurnya. Sudin kelihatan segak, wangi dan bergaya. Niat Sudin sebenarnya untuk bertemu dengan pujaan hatinya, Muna, orang gaji yang bekerja dengan Tengku Karim. Kita dapat lihat Sudin begitu bersemangat untuk memikat Muna. Apabila Sudin tiba di kawasan rumah Tengku Karim, Sudin melihat Muna sedang sibuk mencuci lantai dan pada masa yang sama seorang lagi orang gaji di rumah berkenaan, Wak Karto datang dan cuba memikat Muna. Sudin yang berada di luar menyembunyikan diri, takut dirinya kelihatan. Namun malang menimpa Sudin apabila Wak Karto yang membantu Muna, menyimbah air cucian lantai yang busuk itu ke luar dan membasahi Sudin seluruhnya. Sudin yang hampa pulang ke rumah dalam keadaan tidak terurus dan busuk. Berlawanan dengan keadaan dirinya semasa keluar rumah tadi. Ghazali turut menyindirnya. Babak ini mungkin kelihatan biasa, namun jika diteliti dengan baik kita dapat mengesan satu kritikan tajam yang cuba disampaikan. Sudin, orang kebanyakan membawa bau wangi dan pergi ke rumah golongan feudal dan membawa pulang bau busuk. Bau wangi itu mewakili jiwa orang kebanyakan di dalam filem ini yang elok, suci dan harum. Hati yang sentiasa baik dan membantu orang. Bau busuk ini yang datang dari rumah Tengku Karim, mewakili jiwa golongan feudal di dalam filem ini yang busuk dan sentiasa cuba menindas orang-orang yang lemah.

Filem ini juga melihatkan keberanian P.Ramlee menggunakan perkataan feudal di dalam dialognya. Ini menandakan P.Ramlee begitu menekankan aspek kritikan terhadap golongan ini. Sebelum filem Antara Dua Darjat, perkataan feudal tidak pernah disebut di dalam filem-filem P.Ramlee yang lain. Walaupun perkataan itu hanya disebut sekali, namun kesannya cukup ketara. Perkataan berkenaan disebut di dalam dialog semasa Sudin cuba menasihati Ghazali. 

"Ghazali, orang yang berdarah feudal macam Tengku Karim itu dia lebih suka melihat anaknya mati daripada melihat anaknya membuat perhubungan dengan orang kebanyakan seperti kita."

Ini jelas menunjukkan sikap P.Ramlee terhadap kelompok feudal yang memandang kebanyakan golongan ini suka bertindak berat sebelah dan memihak kepada mereka sahaja dan dalam masa yang sama menindas golongan yang lemah dan tidak mampu melawan.

Watak Yang Chik, seorang wanita daripada golongan biasa yang cantik dan menjadi isteri kepada Tengku Karim serta ibu kepada Tengku Zaleha dan ibu tiri kepada Tengku Hasan. Kita dapat mengetahui bahawa Yang Chik ini ialah seorang perempuan kabaret melalui herdikan Tengku Hasan terhadapnya. Yang Chik menonjolkan dirinya sebagai seorang wanita yang sabar dengan segala penindasan dan kemuncaknya beliau membalas segala herdikan berkenaan dengan kritikan menyeluruh yang dilihat mampu menampar jiwa kelompok feudal.

"Ya! Aku memang perempuan kabaret! Ayah kau yang tergila-ilakan aku dahulu. Oh! Kalau kamu Tengku-Tengku gilakan perempuan kebanyakan tak mengapa ya? Kalau Tengku Zaleha gilakan laki-laki kebanyakan kamu pentingkan darah. Kenapa ayah kamu tak pentingkan darah semasa ia kahwin dengan aku dahulu?".

Ini merupakan satu sindiran tajam yang mengkritik perihal perangai golongan feudal yang gemar mengambil kesempatan terhadap wanita dan menjadikan mereka seperti hamba selepas memiliki mereka. Kata-kata Yang Chik ini merupakan satu kemuncak kepada segala kesabarannya sebelum ini.

Selain berkonflik dengan orang kebanyakan, golongan feudal di dalam Antara Dua Darjat juga ditonjolkan sebagai memiliki sikap suka berbalah sesama mereka disebabkan soal harta. Ini dapat dilihat semasa dialog di dalam kereta di antara Tengku Mukri dan ayahnya. Babak ini menonjolkan niat tidak baik Tengku Mukri yang mahu berkahwin dengan Tengku Zaleha hanya kerana mahukan hartanya. kemudian kita melihat babak Tengku Mukri menjalinkan hubungan sulit dengan wanita kebanyakan lain. Lihat di sini dua perkara yang menjadi rebutan golongan feudal ialah harta dan wanita. 

Namun, P.Ramlee cuba mengimbangi kritikannya dengan menonjolkan watak Tengku Aziz, golongan feudal yang dilihat liberal dan tidak mementingkan darjat. Tengku Aziz ditonjolkan sebagai golongan feudal yang disenangi ramai dan sanggup berkorban demi kebahagian golongan kebanyakan. Tengku Aziz menembak Tengku Mukri dan rela bertanggungjawab di atas kematian berkenaan. Menurut Tengku Aziz, lelaki seperti Tengku Mukri amat bahaya. Ya! Memang bahaya kepada masyarakat dan P.Ramlee menonjolkan bahawa golongan feudal seperti Tengku Mukri tidak sepatutnya wujud. Satu dialog yang diungkapkan Tengku Aziz, benar-benar menonjolkan perihal dirinya yang liberal dan terbuka.

"Kamu selalu mementingkan darjat, mementingkan darah. Apakah keistimewaannya yang berada dalam darah kita. Tengku Mukri? Tengku! Tengku hanya panggilan, gelaran, nama. Tidak ada kena mengena dengan darah kita Tengku Mukri."

Di penghujung filem ini kita dapat melihat kemenangan milik orang kebanyakan dan golongan feudal kesemuanya musnah, Tengku Mukri mati, Tengku Hasan ditangkap polis dan Tengku Karim dimasukkan ke hospital mental. Babak akhir filem ini juga melihatkan P.Ramlee melepaskan geram terhadap golongan feudal dengan menjert kepada Tengku Mukri yang sedang berdarah di kepala.

"Kamu selalu berbangga dengan darah keturunanmu! Kamu selalu berbangga dengan darah keturunanmu! Sekarang cubalah kamu bandingkan darahmu dengan darahku! Bandingkanlah darahmu dengan darahku!". 

ULASAN & KRITIKAN

Kalau tidak ada "Madhumati" yang diarahkan oleh Bimal Roy tidak ada filem ini. Kalau tidak ada"Madhumati" kemungkinan tidak ada lagu Getaran Jiwa. Ini kerana Omar Rojik menulis cerita filem ini bersumber ilhamkan "Madhumati". Dua filem yang dikeluar dan diarahkan Bimal Roy kini sudah dianggap klasik India (Hindi) ialah "Devdas" (versi Dilip Kumar bukan Shah Rukh Khan) dan "Madhumati" yang dibintangi Dilip Kumar dan Vyjayantimala sebagai Madhumati. "Devdas" telah diambil L.Krishnan ceritanya untuk filem arahannya di Cathay Keris "Selamat Tinggal Kekasihku". Pndaan ceritanya terlalu sedikit dan boleh dikatakan filem ini 'carbon copy' "Devdas".

Bagaimana, "Devdas" yang diapdatasi L.Krishnan bukanlah  arahan Bimal Roy tetapi versi 1935 yang diarahkan P.C.Barua. Omar Rojik memberitahu "Madhumati" adalah sumber ilhamnya menulis cerita "Antara Dua Darjat" dengan tajuk asalnya "Antara Darah Merah Dan Putih". Saya sempat menonton VCD "Madhumati" dan setelah mengamati keseluruhannya ternyata ia jauh menyimpang. Pertentangan darjat (Tengku berdarah Raja dengan rakyat kebanyakan) tidak ada langsung. Tetapi perbalahan dengan majikannya (Pran) dalam merebutkan Madhumati, itu ada. Unsur-unsur yang terdapat dalam "Madhumati" memang ada tetapi tidak banyak. Mungkin Omar Rojik menyadurkannya seperti filem tersebut dengan beberapa perubahan tetapi apabila sampai ke tangan P.Ramlee jadilah sepert keadannya yang ada sekarang.

Dalam penceritaannya, P.Ramlee mengikut cara Akira Kurosawa mengarahkan "Rashomon". Cerita diceritakan secara 'flashback' (sorotbalik) tiga watak (Ghazali, Sudin dan Tengku Zaleha) seperti juga penjenayah, suami, isteri dan pemotong kayu (empat watak) dalam filem yang turut memenangi anuegerah Oscar itu. "Madhumati" pun lebih kurang sama. Menggunakan teknk 'flashback' malah ke depan lagi - 'flashback' dalam 'flashback'. Adegan pembukaannya pun seakan-akan sama dengan "Madhumati" -  bermula dengan hujan ribut di sebuah rumah besar yang usang lagi menggerunkan. Pada keseluruhannya, filem ini sangat menarik baik dari segi lakonan, teknik fotografi dan pengolahan cerita. Ramai menerima filem ini sebagai yang kedua terbaik arahan P.Ramlee selepas "Semerah Padi". 



FAKTA & ANGKA


  1. Filem kedua cerita asalnya oleh Omar Rojik yang diarahkan oleh P.Ramlee selepas "Semerah Padi".
  2. Filem pertama lakonan Yusof Latiff dalam filem arahan P.Ramlee. P.Ramlee pernah berlakon sama dengan Yusof Latiff dalam "Panggilan Pulau" dan "Hang Tuah". 
  3. Filem keempat dan terakhir Sa'adiah berlakon dalam filem yang diarahkan oleh P.Ramlee selepas "Penarek Becha" "Semerah Padi" dan "Musang Berjanggut".
  4. Sa'adah meninggal dunia di Kuala Lumpur 26 Februari 2004.
  5. P.Ramlee nyaris-nyaris sekali lagi memenang 
  6. Sempena penayangan filem ini satu peraduan melukis potret Sa'adiah telah dianjurkan oleh Majalah Filem. Peraduan ini telah dimenangi oleh Ahmad Shariff dari Tanjong Pagar, Singapura.
  7. Sepatutnya filem ini dihantar untuk dicalonkan dalam Festival Filem Asia Pasifik Ke-7 di Tokyo (1960) yan mana pengumumannya telah dibuat dalam Majalah Filem Bilangan 1 keluaran bulan April 1960. Tetapi terpaksa dibatalkan dan tempatnya digantikan dengan "Seniman Bujang Lapok". Filem ini bagaimanapun dihantar ke festival filem yang sama di Tokyo pada 1963, tetapi gagal merebut sebarang anugerah.
  8. Adegan ketika P.Ramlee mahu dikapak S.Kadarisman di akhir filem juga salah satu adegan yang terdapat dalam "Barsaat" yang mana K.N.singh mahu mengapak Raj Kapoor.
  9. Dialog: "Namaku Ghazali. Ayahku bernama Mahadi, ibuku bernama Khatijah. Umurku 28 tahun, belum kahwin. Aku bekerja di "International Club" sebagai pemain piano dan penyanyi. Cukup?". Diilhamkan oleh P.Ramlee daripada filem "The Kingdom And The Beauty" yang dbintangi oleh Lin Dai.
IRAMA & LAGU

  • Terdapat 3 lagu sahaja di dalam filem ini:
  1. Alunan Biola (P.Ramlee)
  2. Selamat Panjang Umur (P.Ramlee)
  3. Getaran Jiwa (P.Ramlee)
          Ciptaan & gubahan: P.Ramlee
          Lirik: S.Sudarmadji
          Muzik Iringan: Orkestra pimpinan P.Ramlee

  • Lagu Alunan Biola ada persamaannya dengan lagu Indonesia - Rayuan Pulau Kelapa ciptaan Ismail Marzuki. Rayuan Pulau Kelapa juga adalah ilham Alfred Newman untuk menghasilkan lagu tema filem "Love Is A Many - Splendored Thing" (1955) yang dibintangi William Holden dan Jennifer Jones.
  • Lagu Getaran Jiwa kekal sebagai salah sebuah lagu yang terus menerus popular dan diminati ramai. Lagu yang sudah dianggap klasik dan dan 'masterpiece' ini telah dinyanyikan oleh Lobo ke dalam albumnya dalam versi Inggeris bertajuk Whispers In The Winds manakala KRU mengambilnya untuk berpadu suara dengan P.RAMLEE dalam rakaman album mereka.
  • Teknik yang dilakukan KRU diilhamkan mereka dari nyanyian Nat King Cole (sudah meninggal dunia) dengan anaknya Natalie Cole (masih hidup) dalam lagu Unforgettable yang dirakamkan pada 1991 dengan mendapat sambutan hangat. Lagu dan album yang menggunakan tajuk yang sama memenangi tujuh anugerah Grammy pada 1992.
  • Lagu ini kalau diamati-amati ada sedikit persamaan dengan Angel nyanyian Elvis Presley kemudian dicampuraduk dengan Autumn Leave (ciptaan Joseph Kosma, 1945) dan lagu nyanyian Johnny Manthis - Misty.
  • Adegan Sa'adiah bermain piano di awal lagu diilhamkan P.RAMLEE dari "Awara" (arahan Raj Kapoor) yang mana dalam filem tersebut Nargis memainkannya manakalaa adegan Sa'adiah dan P.RAMLEE menaiki sampan diilhamkannya dari "Barsaat" di mana Raj Kapoor dan Nargis melakukannya. 
GETARAN JIWA

Satu perkara yang agak menarik Getaran Jiwa ini ada persamaannya dengan lagu Wang Pu Liau Wang Pu Liau (Tidak Dapat Dilupakan) yang terdapat dalam "Love Without End" yang dinyanyikan Lin Dai (menggunakan suara Mei Gui). Tajuk filem dalam bahasa Cina "Bu Liao Qing". Agak menarik salah satu lagu tersebut dimulakan dengan petikan piano dan diakhiri juga dengan petikan piano sama seperti lagu Getaran Jiwa. Dalam filem tersebut para penonton dipendengarkan empat kali termasuk lagu pembukaannya diawal filem. Yang menariknya, tidak dapat disahkan sama ada lagu yang begitu popular ini diilhamkan P.RAMLEE daripada Wang Pu Liau Wang Pu Liau atau pengarahnya Qin Tao (juga terkenal sebagai komposer lagu) menceduk dari lagu Getaran Jiwa ciptaan P.RAMLEE itu. Sebabnya, "Antara Dua Darjat" diedarkan pada 20 Mei 1960 sedangkan "Love Without End" mula diedarkan di Hong Kong pada 12 Oktober 1961. Begitu pun juga P.RAMLEE meniru lagu tersebut kemungkinannya ada kerana, kadang-kadang ada filem yang disiapkan dulu tetapi lambat ditayangkan disebabkan beberapa faktor yang sukar dipastikan. Ataupun, lagu tersebut sememangnya sudah ada dan popular di Cina sebelum P.RAMLEE dan Qin Tao mengambilnya dan diberi nafas baharu.

Tetapi sekiranya benar, Love Without End itu ciplakan lagu Getaran Jiwa alangkah hebatnya P.RAMLEE kerana ada pihak lain di luar Malaysia meminatinya. "Love Without End" ini ada dua versi. Selain lakonan Lin Dai, pada 1970 difilemkan semula "remake" dengan Jenny Hu memegang peranan Lin Dai. Ternyata lagu Wang Pu Liau Wang Pu Liau menjadi lagu pembukaan di awal filem dan 'background' muzik serta nyanyian Jenny Hu (menggunakan suara orang kuat Shaw Brothers - Mong Fong yang juga terkenal sebagai penyanyi). Sama ada Getaran Jiwa ciplakan Wang Pu Liau Wang Pu Liau atau ada sebaliknya tidak dapat dipastikan kerana P.RAMLEE sudah tiada. Tetapi yang sudah pasti dan sudah nyata "Antara Dua Darjat" dan "Love Without End" dikeluarkan oleh produser yang sama - Run Run Shaw. Rasanya, inilah pertama kali kewibawaan lagu Getaran Jiwa disentuh sama ada ianya 'original' ataupun ciplak. 

MADHUMATI (1958)

Ketika hujan lebat, Davendran (jurutera) bersama seorang temannya (doktor) memandu kereta untuk ke stesen kereta api menjemput isteri dan anaknya. Bagaimanapun, pokok tumbang menghalang jalan menyebabkan Davendran dan temannya terpaksa singgah berteduh di sebuah rumah besar yang usang. Di rumah tersebut, Davendran terlihatkan gambar lukisan yang dirasakannya dia adalah pelukisnya. Sedikit demi sedikit dia mula teringatkan kisah yang pernah dialaminya. Davendran menceritakan kepada temannya serta penjaga rumah usang itu sementara di luar hujan ribut terus menggila. Anand datang ke estet balak di Shyamnagar sebagai pengurus. Sebagai pelukis, dia berjalan-jalan (sambil membawa kertas lukisan dalam begnya) menikmati keindahan alam dan mundar mandir di sekitar bukit dan hutan, di mana dia bertemu Madhumati lalu jatuh cinta kepadanya.

Tidak lama selepas itu, Anand bertemu Raja Ugra Narayan (majikannya) yang bersifat kejam dan angkuh. Anand tidak mahu menurut perintahnya sebagaimana pekerja-pekerja lain. Ugra juga menaruh hati terhadap Madhumnati. Dengan itu, bermulalah perebutan Madhumati antara Anand dan Ugra Narayan. Kemudian Anand mendapati Madhumati hilang dan menerusi Charandas dia mendapat tahu Madhumati dibawa bertemu Ugra, Ingin tahu, Anand pergi berjumpa Ugra tetapi dibelasah hingga pengsan oleh orang-orang Ugra. Nyawa Anand terselamat tetapi fikirannya terganggu. Suatu hari, Anand bertemu seorang gadis serupa macam Madhumati. Dia memberitahu dia bukan Madhumati tetapi Madhavi. Anand tidak percaya. Sekali lagi Anand dipukul kali ini oleh kawan-kawan Madhavi pula. Madhavi kemudian menemui lukisan Madhumati dan tahulah dia yang Anand bercakap benar. Dia kemudian pergi ke rumah tumpangan di mana Anand tinggal dan mendapat tahu kisah sebenarnya daripada Charandas.

Dalam pada itu, Anand diganggu roh Madhumati yang memberitahunya Ugra adalah orang yang membunuhnya. Anand kemudian memujuk Madhavi menyamar sebagai Madhumati supaya dia dapat memerangkap Ugra supaya mengaku perbuatannya membunuh Madhumati. Dia bersetuju. Anand kemudian meminta Ugra supaya membenarkan dia melukis gambarnya yang mana telah dipersetujui. Pada malam itu, ketika hujan lebat Anand melukis gambar Ugra, dan apabila tepat jam 6 Ugra tiba-tiba dapati Madhumati (Mandhavi) berada di depannya. Ketakutan menguasai dirinya, akhirnya Ugra mengakui yang dia menyebabkan Madhumati terbunuh (terjatuh dari tingkap atas rumah tersebut) ketika dia cuba memperkosa Madhumati. Dia kemudian ditangkap polis. Anand kemudian meragui Madhavi, dia merasakan Madhavi itu Madhumati. Keraguannya ternyata benar apabila Madhavi tergesa-gesa masuk ke rumah, dia terlambat sampai untuk menyamar sebagai Madhumati. Dalam keadaan kebingungan, Anand terus mengikuti Madhumati (roh) lebih-lebih lagi Madhumati menggoda untuk datang kepadanya. Anand menemui ajal apabila terjatuh dari tempat yang sama di mana Madhumati terjatuh sebelumnya.    

Cerita Davendran berakhir sudah. Hujan ribut sudah pun berhenti. Jalan pula sudah boleh dilalui. Tetapi berita buruk sampai ke pengetahuan Anand, kereta api yang dinaiki isteri dan anaknya kemalangan. Davendran dan doktor bergegas le stesen, dia mencari. Akhirnya, di satu gerabak muncul isterinya. Radha yang mempunyai wajah sama seperti Madhumati dalam kehidupan Davendran (Anand) di masa lampau. Filem ini dibintangi Dilip Kumar (Davendran/Anand), Vyjayantimala (Madhumati/Madhavi/Radha), Johnny Walker (Charandas) dan Pran (Raja Ugra Narayan). Filem ini memenangi 9 anugerah Filmfare ( 1958) termasuk Filem Terbaik, Pengarah Terbaik (Bimal Boy) dan Muzik Terbaik (Salil Choundhury). Mukesh dan Lata Mangeshkar turut menerima anugerah. Bimal Roy yang dilahirkan di Dhaka, Bangladesh pada 12 Julai 1909 meninggal dunia pada 7 Januari 1966.


SUMBER: FILEM-FILEM P RAMLEE

Sunday, August 14, 2016

Benarkah Muhyiddin Pilihan Mahathir


Ketika tulisan ini disiarkan, tidak pasti sama ada Tun Dr. Mahathir masih di IJN ataupun sudah pulang. Apa yang hampir pasti ialah dia akan dapat kenderaan baru untuk menggerakkan kempen menumbang Najib - Parti Pribumi Bersatu Malaysia atau nama pendeknya, Bersatu. Saya yakin, meskipun dilantik pengerusi parti itu, Dr. Mahathir tidak akan bertanding pada PRU 14, jauh sekali untuk kembali ke Sri Perdana. Apa yang jadi matlamatnya adalah menggantikan PM Najib dengan pemimpin lain. Najib pada pandangannya sudah melakukan banyak kerosakan dan tidak boleh dibiarkan.

Ketika memilih Pak Lah untuk menggantikannya, Dr Mahathir sebenarnya lebih berminat kepada Najib. Pada masa itu, hubungan Najib - Pak Lah tidak begitu jernih dan dikatakan, Dr Mahathir terpaksa mendapatkan jaminan Pak Lah untuk memastikan Najib dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri apabila dia Pak Lah dinamakan sebagai Perdana Menteri. Tujuannya adalah supaya selepas Pak Lah, Najib yang akan naik. Mahathir bukan jenis lupa jasa orang kepadanya. Ada cerita Tun Razak berpesan kepada birasnya, Tun Hussein Onn supaya melantik Dr Mahathir jadi timbalannya setelah Hussein dilantik Perdana Menteri. Jika cerita ini benar, ia adalah sama dengan apa yang dilakukan oleh Dr. Mahathir.

Hussein memang tidak menggemari Mahathir sejak awal. Dia yang jadi Perdana Menteri selepas kematian mengejut Tun Razak di London akibat kanser pada 1976, lebih mahukan Tun Ghazali Shafie yang dianggap antara orang Melayu paling pintar dan berpengetahuan hingga dilantik menganggotai Suruhanjaya Reid yang menggubal Perlembagaan Persekutuan untuk jadi timbalannya. Bagaimanapun Ghazali bukan Naib Presiden Umno. Mengikut tradisi dan berdasarkan senioriti, Hussein seharusnya melantik seorang daripada tiga Naib Presiden iaitu Tengku Razaleigh Hamzah, Tun Ghafar Baba atau Dr. Mahathir sebagai timbalannya.

Tengku Razaleigh adalah Naib Presiden Umno yang paling popular ketika itu. Dia mendapat undi tertinggi dalam pemilihan parti, diikuti Ghafar dan Dr. Mahathir. Bagaimanapun menurut Sanusi Junid, Hussein tidak berkenan untuk melantik Ku Li barang kali disebabkan status bujangnya ketika itu manakala Ghafar pula kerana Ghafar menyokong Tunku Abdul Rahman ketika krisisnya dengan bapa Hussein, Onn Jaafar pada 1951. Berikutan ura-ura Hussein mahu melantik Ghazali sebagai timbalannya, ketiga-tiga Naib Presiden itu menemuinya dan memberi kata dua; "Lantik salah seorang daripada kami ataupun kami bertiga akan boikot Kabinet".

Lantaran itu, Hussein akhirnya memilih Dr. Mahathir meskipun Dr. Mahathir ketika itu adalah Naib Presiden yang ketiga dari segi kedudukan dalam parti yang berasaskan pungutan undi. Yang membantu Hussein membuat keputusan itu ialah Abdul Kadir Yusuf, Menteri Pembangunan Tanah Dan Pembangunan Wilayah, Abdul Kadir sahabat karib Hussein sejak sama-sama menuntut di London. Perihal keruhnya hubungan Hussein - Dr. Mahathir berlarutan hinggalah Dr. Mahathir dilantik Timbalan Perdana Menteri. Tokoh wartawan, A.R.Kamaludin yang juga anggota Exco Pemuda Umno ketika era Suhaimi Kamaruddin pernah menceritakan hal keluhan Dr. Mahathir mengenai hubungannya dengan Hussein.

Menurut Kamaludin, ketika dia bersama beberapa anggota Exco Pemuda Umno menunggu giliran untuk menghadap Perdana Menteri di pejabatnya, mereka terserempak dengan Dr. Mahathir yang ketika itu adalah Timbalan Perdana Menteri. Dia menyapa mereka. Apabila diberitahu tujuan mereka adalah mahu menghadap Perdana Menteri, Dr. Mahathir berkata: "Lagi untung jadi Exco Pemuda daripada Timbalan Perdana Menteri. Saya dah dua minggu buat appointment nak jumpa PM, tak dapat-dapat lagi". Pada penghujung pentadbirannya, Hussein dikatakan memanggil Tengku Razaleigh. Hussein beritahu Ku Li dia mahu letak jawatan dan Ku Li dipilih untuk menggantikannya.

Memanglah tiada peruntukan dalam Perlembagaan hanya Timbalan Perdana Menteri yang boleh menggantikan jika Perdana Menteri meletak jawatan namun secara tradisi, seharusnyalah begitu. Dr Mahathir adalah Timbalan Perdana Menteri, Timbalan Presiden Umno, juga Timbalan Pengerusi BN. Ku Li bagaimanapun dikatakan menolak tawaran itu, dia yakin masa untuknya ( jadi Perdana Menteri) akan tiba jua memandangkan usianya yang jauh muda berbanding Dr. Mahathir. Apabila Ku Li menolak,  Hussein memanggil pertemuan enam mata - Hussein, Dr. Mahathir dan Ku Li - untuk membincangkan perkara itu. Dia mahukan jaminan daripada Dr.Mahathir untuk melantik Ku Li sebagai timbalannya apabila dia dinamakan sebagai bakal Perdana Menteri. Benar atau tidak kenyatan itu tidak dapat dipastikan namun apa yang berlaku kemudiannya bukanlah begitu. Apabila Dr. Mahathir jadi Perdana Menteri, Tun Musa Hitam dipilih sebagai gandingannya.

Kemudian daripada itu, berlaku keretakan dalam hubungan Ku Li dengan Musa, dan kemudian Ku Li dengan Mahathir dan Musa. Bagaimanapun selepas Musa meletak jawatan Timbalan Perdana Menteri pada 1986, dia bergabung dengan Ku Li pula untuk menentang gandingan Mahathir - Ghafar yang menggantikan tempatnya. Kemuncaknya, pada pemilihan 1987, kedua-dua regu itu bertembung yang menyaksikan kekalahan tipis Ku Li di tangan Dr. Mahathir dalam perebutan kerusi Presiden UMNO manakala Musa tewas kepada Ghafar bagi kerusi Timbalan Presiden. Bagaimanapun dalam pemilihan pada 1993, Ghafar membuat keputusan menarik diri daripada mempertahankan jawatan apabila percalonan untuk Anwar Ibrahim jauh mengatasi percalonan untuk dirinya. Sejak itu, Ghafar dikatakan menyimpan rasa terkilan terhadap Dr. Mahathir yang dikatakan terang-terangan menyokong Anwar. Hal rasa terkilannya itu disampaikan kepada beberapa rakannya. Daripada empat individu yang pernah jadi timbalan Dr. Mahathir, hanya Pak Lah yang lepas naik ke kerusi Perdana Menteri. Itu pun, selepas beberapa tahun memegang jawatan, Pak Lah turut hadapi tekanan daripada Dr. Mahathir kerana dianggap tidak berkeupayaan untuk terus memikul tanggungjawab memimpin negara. Sebagaimana sekarang, yang seiring dan sejalan dengan Dr. Mahathir adalah Muhyiddin Yassin.

Najib - yang diangkat menggantikan Pak Lah - meskipun awalnya dilihat sebagai pilihan Dr. Mahathir, kini didesak oleh dia sendiri untuk melepaskan jawatannya. Rekod politiknya mencatatkan Mahathir berperanan dalam mendesak Tunku Abdul Rahman meletak jawatan. Ketika Hussein Onn, pun dia dikatakan ada peranan juga meskipun tidak begitu terbuka. Perdana Menteri yang tidak disentuh langsung oleh Dr. Mahathir hanyalah Tun Razak. Apa yang berlaku selepas Dr. Mahathir melepaskan jawatan Perdana Menteri yang disandangnya selama 22 tahun, dia digantikan oleh pemimpin yang bermasalah. Kaliber dan karismatik Pak Lah, juga Najib jauh rendah berbanding kesemua Perdana Menteri yang terdahulu, termasuk dirinya sendiri.

Di mana silapnya, dan ada punca yang menyebabkan hal ini berlaku? Ada pihak menyifatkan puncanya adalah Dr. Mahathir sendiri. Dia dianggap tidak berusaha melahirkan pelapis yang berkelayakan untuk mengambil alih kemudi negara selepasnya. Kalaupun ada, mungkin Anwar tetapi Anwar sendiri telah melakukan kesilapan besar tatkala laluan sudah terbentang luas untuknya. Itulah satu-satunya anak didik yang dibenihkan oleh Dr. Mahathir meskipun kesudahannya tidak berakhir seperti apa yang diharapkan. Tun Razak telah mendidik Ku Li dan Musa untuk menyambung legasinya selepas giliran Dr. Mahathir, namun tempoh pemerintahan Dr. Mahathir yang begitu lama telah mengorbankan mereka. Saya teringat kata-kata seorang bekas menteri dalam Kabinet Dr. Mahathir ketika kami bertemu di rumahnya beberapa tahun lalu: "Lama memerintah itu bagus, tetapi terlalu lama, tidak bagus".

Dia merujuk pada tempoh pemerintahan Dr. Mahathir yang menurutnya telah membawa nasib yang kurang baik kepada negara apabila tokoh seperti Ku Li terpaksa dikorbankan. "Ku Li antara ahli politik terbaik pernah dilahirkan di negara kita. Saya tidak kata pemerintahan Dr. mahathir tidak bagus. Dia meninggalkan legasi yang begitu besar namun tempoh pemerintahannya yang terlalu lama telah menyebabkan ada lompang dari segi pelapis dalam kepimpinan negara untuk menyambung apa yang telah dibawanya," katanya. Jika umurnya panjang, dan jika pembangkang menang PRU 14 apakah Muhyiddin akan jadi satu-satunya Perdana Menteri selepasnya yang dapat diterima oleh Dr Mahathir? 

Friday, August 12, 2016

Sinopsis Dan Pengajaran Filem Nasib Si Labu Labi


MALAY FILM PRODUCTION LTD.
Menghidangkan MOHAMAD ZAIN P.RAMLEE A.M.N NASIB SI LABU LABI
UDO OMAR MARIANI IBRAHIM PENDEK S.SHAMSUDDIN MURNI SARAWAK HABSAH BUANG S.SUDARMAJI ASMAON MOHD.HAMID JAMALUDDIN SARBAN SINGH HASSIM SALLEH MUNSIE SALLEH
Biintang Undangan SALOMA SARIMAH ROSNANI DAYANG SOFIA AZIZ SATTAR AHMAD MAHMOOD OMAR ROJIK AHMAD NISFU
Cerita MAJI LEE
Jalan Cerita MAJI LEE
Jalan Bahasa P.RAMLEE A.M.N
Lagu-Lagu Dikarang Disusun dan Dipimpin Oleh P.RAMLEE
Tarian HABSAH BUANG
Fashion Kebaya RAJA ZAII DRESS MAKER
Senikata Lagu S.SUDARMAJI
Teknik Fotografi CHOU CHAN KOK
Art Director A.V.BAPAT
Editor H.R.NARAYANA
Rekaman Suara YAP POH KAI
Rekaman Akhir KAM SIM BOON
Pencetak Filem WONG HONG PENG
Studio Manager KWEK CHIP JIAN
Pembantu Teraju S.SUDARMAJI RAHMAN JAIS
Rekaman CHUA SOH THONG
Rekaman YEO KEE JOK
Editing HAYAT HARRIS P.HARIDAS LEE THIAM YIAK K.K.RAM
Continuity TAN QUEE SIM
Penerbitan SHAW VEE MENG
Teraju Utama P.RAMLEE A.M.N


Tahun Diedarkan: 1963 (April)
Masa Tayangan: 1 Jam 55 Minit

RINGKASAN CERITA

Isteri Haji Bakhil meninggal dunia, Manisah, Haji Bakhil, Labu dan Labi semuanya berdukacita. Haji Bakhil tidak lalu makan kerana asyik mengenangkan isterinya. Begitu juga dengan Manisah. Tetapi bagi Labu dan Labi walaupun bersedih pasal makan mereka tidak menolak. Segala habuan Haji Bakhil habis mereka sapu hinggakan dia kelaparan. Selepas 40 hari isterinya meninggal dunia, Haji Bakhil sakit kerana dia tinggal keseorangan. Manisah pula susah nak tidur. Sementara itu, Labu dan Labi terus bergaduh kerana merebutkan Manisah hingga sampai ke suatu peringkat mereka terpaksa beradu kekuatan (boksing) di gelanggang kelab boxsing. Labu menggunakan nama Rocky Labu manakala Labi pula pakai nama Joe Labi. Sesiapa saja yang menang dalam pertarungan boksing itu, dialah yang layak memiliki Manisah.

Pertarungan antara Rocky Labu dan Joe Labi melarat sampai ke pusingan yang ke - 127 yang mana akhirnya bukan sahaja Rocky Labu dan Joe Labi yang K.0. tetapi juga pengadilnya. Selepas 100 hari pemergian isteri Haji Bakhil, Haji Bakhil mula bertukar kulit, lagaknya macam orang muda dia tak mahu pakai serban. Di pejabat Haji Bakhil & Co.Ltd, Haji Bakhil telah didatangi Cikgu Murni (guru sekolah anak-anak yatim) untuk membeli kain putih untuk kegunaan anak-anak yatim. Oleh kerana Cikgu Murni punya pasal dan sebab kesanggupan memberi gambar, Haji Bakhil menghadiahkan Cikgu Murni dengan 10 kayu kain putih. Dalam pada itu, Persatuan Anak-Anak Yatim masih kekurangan wang tabung dan keputusan telah dibuat dalam mesyuarat iaitu memunggut derma dari rumah ke rumah.

Dalam pada itu, Haji Bakhil terlalu rindukan Cikgu Murni dan sering memuja gambarnya. Kerana kebakhilannya Haji Bakhil hanya sanggup memberi seringgit sahaja kepada dua orang guru yang datang ke rumahnya untuk memunggut derma bagi Persatuan Anak-Anak Yatim, tetapi apabila Cikgu Murni yang datang menemuinya Haji Bakhil sanggup berhabisan hingga 1000 ringgit. Setelah serban sudah tak dipakai lagi dan setelah bertemu dengan Cikgu Murni, Haji Bakhil bertukar corak sama sekali. Dia memakai seluar pendek, bercermin mata hitam dan sanggup pula menukar kereta baru yang mana semuanya itu membuatkan Manisah curiga.

Sewaktu berkelah di pantai secara kebetulan pula Haji Bakhil bertemu dengan Cikgu Murni yang sedang membawa anak-anak yatim berkelah. Haji Bakhil kemudian diperkenalkan dengan Guru Besar, Cikgu Habsah. Dan dalam pertemuan di pantai itu, barulah Haji Bakhil tahu yang Cikgu Murni itu seorang janda beranak satu yang sangat melegakannya. Haji Bakhil kemudian telah diundang ke majlis perjumpaan Persatuan Anak-Anak Yatim dan kerana jasanya selama ini dia telah dihadiahkan dengan sekalung bunga dan dikalungkan pula oleh Cikgu Murni disamping diiringi dengan nyanyian lagu Allah Selamatkan Tuan Haji Bakhil begitu juga Cikgu Murni yang telah banyak membuat jasa terhadap kemajuan persatuan amal itu.

Di Malam Anekaragam, tidak disangka-sangka oleh Haji Bakhil turut diundang menjayakan malam tersebut ialah Labu dan Labi yang mana mereka telah mempersembahkan lagu dan tarian Aci-Aci Buka Pintu. Dalam peraduan Ratu Kebaya Cikgu Murni telah menang dan orang yang mengalungkan selepang ratu ialah Haji Bakhil dan dia jatuh pengsan apabila Cikgu Murni memintanya masuk meminang. Haji Bakhil mewakilkan Labu dan Labi pergi meminang Cikgu Murni dan dengan itu mereka terpaksa pergi bertemu dengan Pak Haji Kemetot. Bagaimanapun, Pak Haji Kemetot tidak bersetuju dengan peminangan tersebut. Labu dan Labi lari lintang pukang apabila dikejar oleh Pak Haji Kemetot dengan penyapu kontot.

Oleh kerana terpengaruh dengan tipu helah Labu dan Labi mengenai pergi meminang kali kedua, Haji Bakhil menyuruh mereka melarikan Cikgu Murni terus dibawa ke rumah Tok Kadi untuk dinikahkan dengannya. Di rumah Pak Haji Kemetot, Pak Haji Kemetot rasa tak sedap hati, berdebak gedebuk sedang tidur dan kerana kepanasan dia menyuruh Cikgu Murni tidur di biliknya manakala dia tidur di bilik Cikgu Murni.

Ketika Pak Haji Kemetot dan Cikgu Murni sedang tidur lena, Labu dan Labi datang lalu menculik Pak Haji Kemetot (pada sangkaan mereka Cikgu Murni) yang mana apabila sampai di rumah Tok Kadi keadaan menjadi kelam kabut apabila dibuka kain bungkusan yang muncul ialah Pak Haji Kemetot bukannya Cikgu Murni. Berikutan dengan itu, Haji Bakhil, Labu dan Labi telah didakwa di mahkamah. Mereka didapati bersalah dan didenda 500 ringgit setiap seorang atau dipenjara tiga bulan. Haji Bakhil membayar dendanya tetapi enggan membayar denda untuk Labu dan Labi. Oleh yang demikian terpaksalah Labu dan Labi merengkok dalam penjara.

PENGAJARAN

Nasib Si Labu Labi (1963) merupakan sekuel filem Labu Dan Labi. Filem ini masih berkisar kepada soal kehidupan di rumah Haji Bakhil dengan dua orang gajinya, Labu dan Labi serta anak perempuannya, Manisah. Filem ini dibuka denan babak sedih, di mana keluarga Haji Bakhil berdepan saat sukar apabila isteri Haji Bakhil meninggal dunia. Ini merupakan filem pertama P.Ramlee yang dibuka dengan babak kematian dan kelihatan jenazah yang telah siap dikafankan. Filem ini masih mengekalkan elemen slapstik seperti di dalam Labu Dan Labi. Banyak babak yang menggunakan dialog gurauan kasar seperti perkataan bodoh, bahlol dan tolol.

Kita dapat melihat bagaimana Labu Dan Labi masih setia bersama-sama dengan Haji Bakhil, walaupun mereka setiap hari dimarahi dan ditindas oleh Haji Bakhil. Kita melihat juga Labu Dan Labi begitu selesa hidup di bawah Haji Bakhil sehinggakan mereka sanggup berbuat apa sahaja untuk tuan mereka. Selesa dengan penindasan yang dialami merupakan pengalaman ajaib Labu Dan Labi. Langsung tidak terbit sebarang rasa untuk bangkit dan melawan.

Namun begitu, di sebalik sikap lemah dan hanya menerima penindasan yang dilakukan, Labu dan Labi tetap menyimpan rasa tidak senang terhadap tuan mereka. Misalnya kita dapat lihat bagaimana Labu dan Labi berpura-pura sedih dengan kematian isteri Haji Bakhil, sedangkan sebenarnya mereka langsung tidak sedih dan hanya melayan perasaan Haji Bakhil dan anak perempuannya, Manisah.Ini dapat dilihat semasa babak makan malam.

"Bagus juga Mak Encik mati ya Labu, kita hari-hari makan ayam."

Daripada keadaan ini kita dapat melihat yang Labu dan Labi langsung tidak memiliki hubungan secara peribadi dengan Haji Bakhil. Hubungan mereka hanya terhad sekadar pekerja dan majikan sahaja. Mereka tidak memperdulikan pun tentang sebarang nasib yang menimpa Haji Bakhil dan keluarga, yang penting mereka hidup seperti biasa dan dapat menikmati makanan yang sedap-sedap. Kedaan ini sama seperti apa yang dilakukan oleh Haji Bakhil terhadap mereka. Situasi menang-menang di antara kedua-duanya. Ketidakpedulian Labu dan Labi terhadap Haji Bakhil dapat dilihat semasa babak Haji Bakhil berpura-pura sakit.

"Nasib baik Cik lekas datang, kalau tidak gol-lah Pak Haji saya ini!"

"Kau minta aku mati?"

"Tidak! Tidak! Tidak! Kami berdoa biar Encik panjang umur, Kalau encik nak mati, Alhamdullilah!"

Sikap Labu dan Labi ketika meminang Ciku Murni untuk Haji Bakhil juga dilihat sebagai satu cubaan mensabotaj Haji Bakhil apabila tindakan mereka-reka cerita yang tidak ada itu melihatkan sikap Labu dan Labi yang tidak ambil peduli pun tentang Haji Bakhil dan tidak kisah tentang apa yang bakal terjadi terhadap majikan mereka itu. Malahan mereka sebenarnya mengambil peluang memaki hamun Haji Bakhil, tanpa disedari oleh Haji Bakhil sendiri.

"Bagaimana tentang peminangan? Berhasilkah tidak?"

"Rosak Encik! Rosak program kita!"

"Rosak? Apa yang rosak?!"

"Adakah patut, bapa dia bilang muka Encik macam Beruk Mat Ye! Kononnya nak kahwin perempuan yang paling cantik dalam kampung ni! Tua kutuk! Tua tak sedar diri! Bapa dia taram dengan Encik, kalau dapat Encik dia nak lanyak-lanyakkan!"

"Lanyak?! Betulkah katanya Labi?"

"Ya Encik! Mula-mula dia kata macam itu."

"Mula-mula? Alamak! Mula-mula! Kau lihat ini, aku mesti pukul kepala dia dengan marton! Kalau tidak jangan dipanggil aku Haji Bakhil!"

"Encik! Encik! Encik! Encik! Tapi Cikgu Murni terus bergaduh dengan bapa dia Encik, dia katakan bapa sampai hati bapa kata pada Haji Bakhil kekasih saya, saya cinta pada Haji Bakhil. Bila saya makan teringat Haji Bakhil, bila saya minum teringat Haji Bakhil, bila malam saya nak tidur, saya tepuk-tepukkan bantalnya panggil Haji Bakhil, Haji Bakhil, Haji Bakhil. Kalau boleh dia nak mati dengan Pak Haji Bakhil."

"Aku dah tahu tu, memang mesti Cikgu Murni berkata begitu. Labu, apa kata bapanya lagi?"

"Seterusnya Encik, dia tangkap Si Murni, dia ikat, dia ikat, dia pukul-pukul sampai keluar darah Encik!"

"Dia pukul?! Celaka punya bapa mertua! Kau pukul kekasih aku! Apa kata bapanya lagi?"

"Saya tak sampai hati nak dengar encik, semua ini Labi tahu!"

"Apa katanya Labi?"

"Cakaplah apa yan dia cakap!

"Terus Cikgu Murni panggil, abang Labu, abang Labi, tolong kasi tahu sama Haji Bakhil lepaskan saya! Kalau saya dah terlepas, malam ini juga saya nak kahwin dengan Pak Haji Bakhil dan saya tunggu di rumah tuan kadi!"

Perkara sama juga dilakukan oleh Haji Bakhil yang tidak memperdulikan nasib Labu dan Labi apabila tidak mahu membayar denda untuk kedua-dua mereka dan hanya melepaskan dirinya sahaja. Akibatnya Labu dan Labi dijatuhi hukuman penjara tiga bulan. Hukuman berkenaan dikenakan terhadap mereka kerana menculik Cikgu Murni untuk dikahwinkan dengan Haji Bakhil. Namun, sebaliknya terjadi apabila Labu dan Labi tersalah culik bapa Cikgu Murni.

"Kamu bertiga didapati salah dan dikenakan denda 500 ringgit tiap-tiap seorang atau penjara tiga bulan. Bagaimana Tuan Haji Bakhil bin Lebai Kedekut?"

"Tak apa saya mesti bayar tuan!"

"Bagus, Labi bin Kundur dan Labi bin Kura-Kura?"

"Dia bayar tuan."

"Kenapa pula aku nak bayar?"

"Kalau tak bayar kami pergi jail!"

"Aku tak mahu bayar!"

"Siapa nak jaga anak Encik?"

"Biar mati kering anak aku!"

"Jangan main-main Encik, bayar Encik!"

"Aku tak mahu bayar!"

"Ini jail ni Encik!"

"Padan muka kau, Setan!"

Soal ketidakpedulian majikan terhadap nasib pekerja ini dilihat seperti sindiran P.Ramlee yang semakin kuat terhadap Shaw Brothers yang ketika itu berdepan tekanan kuat daripada pekerja filem di Studio Malay Film Production. P.Ramlee jelas menunjukkan sikapnya terhadap majikan yang menindas dan langsung tidak membantu pekerja yang berada di dalam kesusahan, mahupun tenaga pekerja berkenaan dikerah sehabis mungkin. Ada yang berpandangan P.Ramlee ini memiliki gaya pemikiran seorang sosialis, namun sebenarnya pandangan P.Ramlee terhadap sosialis bukanlah dari sudut idealisme, tetapi hanya terhad kepada isu-isu yang berlaku di sekelilingnya. P.Ramlee bukanlah seniman yang memiliki pemikiran falsafah tulen seperti seorang ahli sosialis sejati, tetapi P.Ramlee mampu memaparkan masalah pekerja dan peniindasan terhadap pekerja oleh kelompok feudal dan golongan atasan dalam hampir setiap karya-karyanya.

Pergaduhan Labu dan Labi berebutkan Manisah ialah pergaduhan yang sia-sia. Kita dapat melihat bagaimana P.Ramlee menonjolkan elemen sia-sia itu di dalam babak memijak kepala bapa dan tinju di antara Labu dan Labi. Semasa kita menonton filem ini pada awalnya, kita akan menyangkakan bahawa flem ini akan berkisar kepada pergaduhan Labu dan Labi berebut Mansah untuk dijadikan isteri. Ini kerana kita dapat melhat bagaimana Labu mencabar Labi untuk bergaduh secara halus-halusan dan mereka membuat keputusan untuk bertinju di gelanggang dengan pengadilnya ialah S.Shamsuddin. Dua perkara yang dimaksudkan dengan sia-sia di sini, pertama ialah amat mustahil untuk Labu dan Labi menjadikan Manisah sebagai isteri dan angan-angan mereka alah angan-angan yang sia-sia, keduanya aksi tinju mereka sehingga 127 pusingan tidak mendatangkan apa-apa hasiil dan hanya satu perbuatan sia-sia kerana tiada siapa yang menang dalam pergaduhan itu.

Lebih sia-sia lagi selepas babak itu, Labu dan Labi tidak lagi menunjukkan minat untuk berebutkan Manisah dan kisah Labu dan Labi berebut Manisah terus ditamatkan oleh P.Ramlee. Inilah salah satu kelebihan P.Ramlee untuk menunjukkan satu angan-angan yang sia-sia, P.Ramlee menjadikan babak berkenaan sebagai sebuah babak yang sia-sia.

Selepas babak bertinju itu, kita terus dimulakan dengan pembaharuan Haji Bakhil dan kisah mengenai Haji Bakhil pun bermula. Nasib Si Labu Labi ini bukan lagi menjadikan Labu dan Labi sebagai fokus utama, sebaliknya Haji Bakhil dijadikan sebagai subjek penting yang menggerakkan filem ini. Namun begitu, babak bertinju berkenaan tetap dikenang sebagai salah satu daripada babak-babak slapstik yang menarik di dalam kebanyakan filem-filem Melayu.

Haji Bakhil selepas 100 hari kematian isterinya, bukan lagi Haji Bakhil yang biasa kita kenali. Haji Bakhil kali ini sudah lupa cara mengikat serban dan tidak lagi mengenakan serban setiap kali mahu ke pejabat atau keluar dari rumah. Sikap Haji Bakhil meninggalkan serban ini adalah selari dengan sikapnya yang berubah menjad miang dan cuba memikat hati Cikgu Murni. Serban ialah lambang manusia suc yang beragama, meninggalkan serban melibatkan Haji Bakhil berubah menjadi manusia yang begitu teruja dengan perempuan cantik sehingga sanggup melakukan apa sahaja perkara yang kadangkala dilihat tidak masuk akal, termasuk sanggup menculik Cikgu Murni, walaupun perancangan berkenaan tidak menjadi. Haji Bakhil tidak berserban juga beriya-iya menjadi seorang pemurah dan banyak menderma, walaupun hakikatnya Haji Bakhil bukanlah seorang manusia yang bermurah hati. Ternyata sikapnya untuk menderma itu hanya untuk memikat hati Cikgu Murni semata-mata.

Walaupun filem ini ditayangkan pada tahun 1963, namun berdasarkan kepada tarikh yang muncul di dalam filem ini, misalnya tarikh Malam Aneka Ragam pada 24 Disember 1962, dapat ditakrifkan bahawa latar filem ini ialah pada tahun 1962, sebelum Singapura bersama-sama Sabah dan Sarawak bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu untuk membentuk Malaysia pada 16 September 1963.
 

Apa yang lebih menarik P.Ramlee turut menyentuh mengenai pembentukan Malaysia di dalam filem ini. Jika diperhatikan pada babak semasa Cikgu Murni datang ke kedai Haji Bakhil, di seberang jalan terdapat Hotel Malaysia. Ini memberikan gambaran bahawa Malaysia itu terletak di seberang Singapura dan menantikan detik paling sesuai untuk Singapura bersatu bersama-sama Malaysia. Filem Nasib Si Labu Labi ini dihasilkan di Singapura dan semua pelakon yang berada di dalam kedai Haji Bakhil yang terletak berseberangan dengan Hotel Malaysia ini juga ialah warga yang menetap di Singapura. Haji Bakhil turut menyebut berkenaan hotel berkenaan di dalam filem ini.

"Kamu dah makan semua?"

"Belum Encik."

"Ahmad, kau pergi di hotel depan tu, kau order tiga mangkuk kopi, telur separuh masak, dua biji tiap-tiap seorang."

"Terima kasih Encik."

"Encik Haji Bakhil belanja pagi ini tau!"

Filem ini juga menjadi filem yang menyaksikan kemunculan isimewa (cameo) paling ramai bintang-bintang di Malay Film Production. Di antara yang ada ialah S.Shamsuddin, Aziz Sattar, Dayang Sofea, Ahmad Mahmud, Rosnani, Omar Rojik, Sarimah dan Ahmad Nisfu.


ULASAN & KRITIKAN

Sungguhpun "Labu Dan Labi" memperlihatkan kemerosotan P.Ramlee dalam pengarahan filem tetapi filem yang menggunakan watak Labu dan Labi ini dan merupakan sambungan dar filem pertamanya itu, lebih baik dan lebih sempurna. Ceritanya sudah pijak ke bumi nyata tidak seperti "Labu Dan Labi" yang berada di alam khayalan. Ceritanya agak menarik dan para pelakonnya telah membawa peranan masing-masing dengan baik dan memuaskan. Murni Sarawak (anak Siput Sarawak) yang diambil berlakon dalam filem ini buat pertama kalinya oleh P.Ramlee telah membawa peranannya sebagai Cikgu Murni tidak mengecewakan.

Pada keseluruhannya filem ini tidaklah seburuk "Labu Dan Labi" dan tetap menghibur dan menyeronokkan

IRAMA & LAGU

Hanya 4 lagu sahaja terdapat dalam filem ini:

  1. Barang Yang Lepas Jangan Dikenang (P.Ramlee)
  2. Aci-Aci Buka Pintu (P.Ramlee & Saloma)
  3. Sayu Pilu Kalbu Merana (Saloma)
  4. Tarian Silat Melayu (Saloma)
          Ciptaan & Gubahan: P.Ramlee
          Lirik: S.Sudarmaji
  • Aci-Aci Buka Pintu yang terdapat dalam filem ini, iramanya turut digunakan oleh P.Ramlee dalam "Ali Baba Bujang Lapok" ketika 40 Penyamun sedang bersukaria dalam gua.


FAKTA & ANGKA


  • Inilah siri kedua dan terakhir Labu dan Labi setelah "Labu dan Labi" yang diarahkan oleh P.Ramlee.
  • Filem pertama P.Ramlee menggunakan A.M.N. di hujung namanya.
  • Filem pertama dan terakhir Murni Sarawak berlakon dalam filem arahan P.Ramlee. Sebelum ini Murni Sarawak membintangi filem "Norlela" bersama Aziz Jaafar dan Sarimah yang diarahkan Dhiresh Ghosh.
  • Murni Sarawak (anak Siput Sarawak) boleh dikatakan heroine filem ini tetapi P.Ramlee tidak boleh dikatakan hero. Oleh yang demikian ia tidak boleh disamakan dengan Neng Yatimah dan Rose Yatimah di mana P.Ramlee menjadi hero kepada dua anak beranak. 
  • Perlawanan boksing (boxing) ditirunya dari filem Charlie Chaplin - "City Light". Bagaimanapun, ia tidak seteruk filem ini hingga menyebabkan pertarungan antara Rocky Labu dan Joe Labi sampai ke pusingan yang ke-127 manakala Eddie Baker sebagai pengadil (refree) tidaklah seteruk S.Shamsuddin sebagai pengadil yang terpaksa tumbang bersama Rocky Labu dan Joe Labi. 


SUMBER: FILEM-FILEM P RAMLEE

Sinopsis Dan Pengajaran Filem Labu Labi

(SB) MALAY FILM PRODUCTION LTD.
Mempersembahkan MOHD.ZAIN DAN P.RAMLEE Sebagai LABU DAN LABI
Bintang Utama MARIANI UDO OMAR RAHMAH ALIAS
Bintang Pembantu SHARIFF DOL NYONG ISMAIL BABJAN SUPA'AT
Pelakon Undangan SALOMA SARIMAH AZIZ SATTAR ORKEST PANCHA SITARA ORKEST PUSPA RAYA
Cerita Asli S.KANDARISMAN
Screen Play S.SUDARMAJI
Dialog P.RAMLEE
Lagu-Lagu Ciptaan Dan Gubahan P.RAMLEE
Senikata S.SUDARMAJI
Orkestra P.RAMLEE ORKESTRA
Teknik Fotografi ABU BAKAR ALI
Director A.V.BAPAT
Rakaman Suara MUSTAFFA KAMAL
Rakaman Akhir KAM SIM BOON
Editor H.R.NARAYANA
Laboratory CHOU CHAN KOK
Processing WONG HONG PENG
Studio Manager KWEK CHIP JIAN
Pembantu-Pembantu Teraju S.SUDARMAJI
Fotografi YA'ACOB MAHMOOD
Suara YEO KEE JOK
Editing LEE THIAM YIAK K.K.RAM P.HARIDAS KASSIM MASDOR
Dikeluarkan Oleh VEE MENG SHAW
Teraju Utama P.RAMLEE A.M.N


Tahun Diedarkan: 1962 (Ogos)
Masa Tayangan: 1 Jam 40 Minit

RINGKASAN CERITA

Haji Bakhil adalah orang kaya yang mempunya rumah besar, kereta cantik, seorang isteri, seorang anak perempuan yang jelita serta dua orang gaji - Labu dan Labi. Walaupun teruk bekerja dan selalu kena marah dan dimaki hamun oleh Haji Bakhil namun Labu dan Labi tetap mahu bekerja d situ kerana mereka terpikat dengan anak perempuan Haji Bakhil - Manisah. Labu bekerja sebagai tukang masak dan kerja-kerja lain. Bagi Manisah, dia terpaksa bekerja sebagai tukang jahit disebabkan Haji Bakhil begitu kedekut. Duit lima sen macam roda kereta lembu. Walaupun Labu dan Labi tergila-gilakan Manisah tetapi gadis tersebut tidak ada hati terhadap mereka.

Perebutan antara Labu dan Labi terhadap Manisah berterusan yang mana ada ketikanya mereka bermusuhan dsebabkan cemburu. Sebagai orang gaji Labu dan Labi pada kebiasaannya tidur di serambi rumah dan sudah menjadi kebiasaan pula sebelum tidur mereka berangan-angan. Kali ini dalam khayalan mereka, Labi menjadi majestrik dan bertemu dengan Dr.Labu di restoran. Mereka berlagak dan cakap pun pelat Inggeris. Semasa memesan minuman mereka terperanjat kerana pelayan yang datang ialah Haji Bakhil - majikan mereka. Dr.Labu sudah terpikat dengan Sarimah yang telah memperagakan fesyen pakaian di restoran tersebut dan telah pergi bertemu dengannya di bilik. Kemudian datang pula majestrik Labu untuk bertemu dengan Sarimah bagi menyatakan perasaan hatinya. Dalam mereka merebut-rebutkan Sarimah itu, Labu dan Labi kembali ke alam nyata. Mereka bergaduh dan ini membuat Haji Bakhil nak angin dan memarahi mereka.

Labu dan Labi tidak serik-serik. Selepas itu mereka berkhayal lagi dan kali ini, Labu kata jadi orang kaya tidak berguna dia lebih suka tinggal dalam hutan. Tambahnya, dalam hutan hidup bebas boleh makan apa sahaja, boleh berkawan dengan binatang seperti monyet dan menjadi Tarzan. Dalam angan-angan mereka, Labu jadi Tarzan dan Haji Bakhil jadi monyet. Labu jadi Tarzan Malaya pakai keris. Tarzan 'fed-up' makan buah-buahan dan dia menyuruh monyetnya masak nasi dan buat sambal belacan. Labi pula jadi Harimau dan dia mahu makan Tarzan dan dengan itu terjadi pergaduhan. Pada realitinya, Labu dan Labi bergaduh sekali lagi yang mana menyebabkan Haji Bakhil marah dan mahu 'dilesengnya'. Jam sudah menunjukkan pukul 12.00 tengah malan, tetapi mata Labu dan Labi tidak juga mahu tidur dan pada kali ini terkeluar cerita dari Labi yang dia jadi koboi (gembala kuda) dan Labu pula jadi sheriff (penjaga keamanan). Dalam khayalan, mereka berada di sebuah 'saloon' di mana Labi menjadi koboi meminta air susu daripada pelayan bar (Haji Bakhil) dan kemudian Labu datang sebagai sheriff untuk menangkap Labi yang telah melakukan pembunuhan.

Labi menentang dan terjadilah tembak menembak yang mana di alam nyata mereka bertembak-tembak menggunakan tangan dan jari macam budak-budak. Sekali lagi Haji Bakhil mengamuk. Akhirnya Labu dan Labi tertidur. Dalam tidurnya Labu bermimpi menjadi kaya raya apabila mendapat harta rompakan yang tersembunyi dalam tempat rahsia di bawah tanah di dalam hutan. Dengan harta rompakan yang dicurinya Labu mewujudkan syarikat perniagaan yang diberi nama Haji Labu & Co Ltd. dan Labu kemudian menyuruh pembantunya pergi meminang anak gadis Haji Bakhil Bin Kedekut -  Manisah.

Bila Haji Bakhil mendapat tahu yang datang meminang itu ialah untuk Labu, dia menolak. Dengan penolakan tersebut menyebabkan Labu marah lantas pergi menemui dukun untuk mengilmukan Manisah dengan mengasap dan menggantung gambar Manisah yang mana ini menjadikan Manisah pengsan. Dalam pada itu, Labi pergi ke gua bertemu dengan seorang pendita dan dia diberikan sebutir geliga hikmat yang banyak khasiatnya. Sementara itu, penyakit Manisah tidak juga sembuh-sembuh walaupun ramai dukun dan doktor datang mengubatinya. Tetapi dengan menggunakan geliga hikmat Labi berjaya menyembuhkan Manisah.

Kerana berhasrat menyembuhkan penyakit Manisah, Haji Bakhil pun mengahwinkan Manisah dengan Labi, tetapi Labu menghantar surat terbang menyatakan hasratnya untuk merampas Manisah darpada Labi. Dengan itu, Labi dan orang-orangnya membuat kawalan ketat dengan Labi menggunakan kapak, Haji Bakhil dengan senapang dan Labu pula menggunakan pengetuk. Labu menggunakan pengetuk tetapi da gagal digunakan kepada Labi dan Manisah disebabkan Labi ada batu geliga hikmat. Pertarungan berlaku antara Labu dan Labi dan sekali lagi pada realitinya mereka bergaduh di serambi hingga habis jahanam bantal-bantal yang mana pada kali ini Haji Bakhil menyiram air kepada mereka. Kemudian barulah mereka sedar yang perstiwa tadi sebenarnya adalah mimpi Labu.

PENGAJARAN

Labu dan Labi sebuah lagi filem komedi arahan P.Ramlee dan kali ini M.Zain diberikan peranan lebih besar berbanding filem-filem P.Ramlee sebelum ini. Filem ini boleh dianggap sebagai sebuah filem yan tidak terlalu istimewa dan bergerak dalam kerangka komedi slapstik. Dialog di dalam filem ini kadangkala dilihat agak kasar seperti pengunaan perkataan 'setan' 'bodoh' dan 'bahalol' berulang kali. Kadangkala kita merasakan P.Ramlee berusaha terlalu gigih untuk membikin komedi dengan perkataan-perkataan ini. Mungkin jika digunakan tidak terlalu kerap, komedi dengan perkataan-perkataan ini akan menjadi lebih baik, namun disebabkan kekerapan penggunaannya yang terlalu tinggi, maka komedi kadangkala menjadi satu perkara yang mendatangkan rasa meluat.

Filem ini dilihat meneroka tiga tema penting, pertama seperti biasa soal penindasan golongan feudal terhadap golonan pekerja serta sikap golongan feudal secara umum, keduanya ialah eskapisme yang cuba dirasai oleh pekerja yang ditindas dan ketiga ialah ruang mimpi yangg dijelajahi tanpa sempadan dan garis penamat. Mimpi di dalam Labu dan Labi ialah mimpi tanpa batasan. P.Ramlee di dalam filem ini seolah-olah menegaskan mimpi ialah hak mutlak individu dan tiada sesiapa berhak menghalang seseorang itu daripada bermimpi dan memasang angan-angan. Terdapat beberapa ketika soal mimpi ini boleh dikaitkan dengan kisah dahulu kala, Angan-Angan Mat Jenin. Satu bentuk angan-angan atau mimpi yang tidak ke mana-mana malahan boleh mendatangan mudarat. Begitu jua apa yang terjadi kepada Labu dan Labi, angan-angan dan mimpi mereka tidak membawa mereka ke mana-mana, mereka masih di situ, ditindas dan terus menjadi hamba kepada Haji Bakhil yang sememangnya bakhil.

Penerokaan mimpi merupakan satu tema yang jarang dilihat dengan baik oleh kebanyaan pembikin filem pada waktu itu, Namun disebabkan tema mimpi di dalam Labu dan Labi ini bergerak tanpa kawalan jalan ceritanya menjadi longgar dan seperti tidak ada punca. Terdapat babak-babak yang dilihat tidak perlu dilanjutkan untuk tempoh yang lama, misalnya babak pertunjukan peragaan fesyen. Peragawati yan terlibat memperagakan pakaian berbeza sebanyak dua kali dan babak ini sebenarnya sedikit bosan. Namun, kita faham babak ini cuba menonjolkan soal komposisi kaum dengan menunjukkan ada Melayu, Cina dan India dan lain-lain dalam satu pentas dan boleh bersatu. Namun ini hanya sebuah babak longgar yang tidak memiliki signifikan yang jelas.

Kita melihat di dalam Labu dan Labi, kedua-dua pekerja kepada Haji Bakhil yang sering ditengking dan dimaki dengan kata-kata yang tidak enak, namun kedua-dua mereka masih bertahan dan tidak melakukan apa-apa dan reaksi mereka ini jelas kerana masing-masing mahu terus kekal di rumah Haji Bakhil demi menejar impian memperisterikan Manisah, anak perempuan Haji Bakhil yang jelita. Angan-angan dan tarikan terhadap perkara yang mustahil ini wujud dalam diri Labu dan Labi sebelum mereka bermimpi lagi. Mereka sanggup menjadi hamba terus-terusan demi Manisah, walaupun pada hakikatnya hasrat mereka itu ialah hasrat yang kosong dan tidak akan membawa apa-apa makna.

Beberapa babak di dalam filem ini menyaksikan bagaimana layanan tidak baik yang diterima oleh Labu dan Labi daripada Haji Bakhil, selain daripada dimaki-hamun mereka juga hanya berdiri tegak dan menyaksikan Haji Bakhil sekeluarga menikmati makan malam, mereka juga hanya memiliki pakaian yan hampir sama yakni baju warna putih. Seterusnya, mereka juga tidak disediakan bilik khas dan hanya dibenarkan tidur di kawasan beranda rumah. Ini ialah satu bentuk layanan tidak adil kepada pekerja. Namun, kebodohan pekerja yang tidak melawan juga ditonjolkan oleh P.Ramlee. Labu dan Labi tidak melawan, tidak melancarkan apa-apa gerakan untuk memberi peringatan kepada Haji Bakhil. Mereka menerima seadanya dan rela dimaki dan dijadikan hamba setiap hari. Kita tidak akan memahami perasaan mereka, walaupun sebenarnya kita dapat mengetahui yang mereka sebenarnya dalam keadaan tertindas.

Perasaan tertindas tu dijelmakan dengan mimpi-mimpi berbentu eskapisme di mana Labu dan Labi membalas dendam terhadap Haji Bakhil di dalam setiap mimpi mereka. Kedua-dua mereka munkin tidak dapat meluahkan rasa geram terhadap layanan Haji Bakhil, justeru mereka menggunakan mimpi sebagai jalan keluar kepada penindasan yang sedang mereka alami. Labu dan Labi menggunakan menggambarkan Haji Bakhil dalam pelbagai bentuk sepanjang mimpi-mimpi mereka. Haji Bakhil sebagai pelayan restoran, Haji Bakhil sebagai Cheeta (Cimpanzi) yang menjadi orang suruhan Tarzan oleh Labu, Haji Bakhil sebagai pekerja di bar dan Haji Bakhil sebagai seorang tua yang lemah di dalam mimpi bahagian akhir mereka. Kita dapat lihat bagaimana Labu dan Labi melepaskan geram terhadap Haji Bakhil dan di dalam setiap mimpi, mereka akan mengambil peluang secukup-cukupnya untuk memaki hamun Haji Bakhil.

"Boy"

"Saya tuan."

"Muka kau macam Haji Bakhil."

"Saya belum jadi haji tuan, lain tahun saya jadi haji."

"Then? Apa nama kau?"

""Bakhil"

"Bakhil? Bakhil bin Kedekut? Macam muka tuan kita ya?"

"Mahu minum apa tuan?"

"Gin and Tonic."

"Baik. Tuan?"

"Iblis Tonic!"

"Iblis Tonic mana ada tuan."

"Give me a Setan and Tonic!"

"Setan lagi tak ada tuan."

"And now bring me Haji Bakhil and Tonic! Get out! Get out!"

"Bodoh!"

"Terlalu bodoh!"

Seperti biasa P.Ramlee juga menyindir sikap golongan feudal atau kaya dengan memaparkan Labu dan Labi bercakap Bahasa Melayu dalam pelat Inggeris, kedua-dua mereka berebut untuk berkahwin dengan peragawati Sarimah dan  berbangga-bangga dengan gelaran yang ada, misalnya Haji Labu dan kemudian bertukar menjadi Robin Labu. Ini ialah sikap-sikap negatif masyarakat kaya yang sering mendapat ruang kritikan di dalam filem-filem P.Ramlee, justeru kritikan yang disampaikan berkeadaan biasa sahaja kerana berbentuk kritikan sebegini sering disampaikan di dalam filem-filem terdahulu, malah ada yang lebih tajam dan pedas berbanding di dalam Labu dan Labi.

Filem ini turut memaparkan kritikan terhadap masyarakat yang gemar menjadikan perkara-perkara berkaitan sihir sebagai jalan terakhir menyelesaikan masalah. Ini dapat dilihat kepada apa yan dilakukan oleh Labu terhadap keluarga Haji Bakhil, walaupun hakikatnya hanya sekadar mimpi Labu semata-mata. Kita dapat lihat bagaimana berkuasanya sihir daripada dukun yang ditemui oleh Labu, sehinggakan doktor yang diupah oleh Haji Bakhil juga tidak mampu merawat penyakit yang menimpa Manisah. Akhirnya sihir ini berjaya dilawan oleh sihir yang digunakan Labi yang memperoleh geliga hikmat daripada pendita yang ditemuinya di dalam gua.

Semasa babak Labi bersanding dengan Manisah (sekali lagi ini hanya mimpi Labu semata-mata) Saloma membuat cameo dan menjadi penyanyi undangan di majlis persandingan berkenaan. Saloma menyanyikan lagu "Singapura Waktu Malam". Lagu ini mengandungi lirik yang menceritakan tentang kemakmuran dan latar belakang Singapura. Di penhujung lagu ini, liriknya adalah lebih bermakna kerana mengaitkan penyatuan Malaysia dan Singapura.

"Singapura maju jaya

Tetap dalam aman dan sentosa

Makin hari tambah kaya

Apabila di dalam Malaysia"

ULASAN & KRITIKAN

Setelah berjaya dengan filem-filem arahannya di MFP, dengan lahirnya filem ini menampakkan kemerosotan P.Ramlee sebagai pengarah filem. Ternyata dengan pengarahannya ini P.Ramlee sudah kekeringan idea. Jika tidak ada lagu (terutamanya Bila Larut Malam) filem ini boleh dikategorikan sebagai yang terburuk pernah diarahkan P.Ramlee. Labu dan Labi bolehlah dianggap sebagai Laurel And Herdy (Si Gemuk dan Si Kurus) yang begitu popular bukan sahaja di Hollywood malah diseluruh dunia termasuk negara kita sendiri.

Walaupun pada zahirnya menampakkan kekeringan ilham dalam menghasilkan filem ini, tetapi pada hakikatnya tidak begitu. Ini disebabkan pada masa itu, keadaan di MFP sudah bercelaru kerana adanya perselisihan antara kesatuan pekerja filem dengan pihak majikan. Oleh kerana sesuatu yang sudah mengikut peraturan (kerja lebih masa tidak boleh. Itu tidak boleh ini tidak boleh. Ini telah diluahkannya dalam "Alii Baba Bujang Lapok") menyebabkan P.Ramlee kehilangan semangat untuk berkarya. Oleh kerana kontraknya dengan MFP masih ada maka terpaksalah P.Ramlee membuat filem mengikut keadaan dan suasana di MFP ketika itu. Hasilnya lahirlah filem iini yang boleh dianggap kemerosotan kreativitinya.

Begitupun juga apa yang dilaksanakan oleh P.Ramlee terhadap filem ini masih boleh mentertawakan. Lakonan P.Ramlee, M. Zain dan Udo Umar (kemudian terkenal sebagai Haji Bakhil). tetapi berjaya membuat penonton ketawa tidak kering gusi. Filem ini diilhamkan P.Ramlee daripada watak Laurel And Hardy (Si Gemuk dan Si Kurus). Perwatakan P.Ramlee bersesuaian dengan Si Gemuk tetapi M.Zain tidak menepati perwatakan Si Kurus. Kalau ditanya pada saya siapa yang layak. Jawab saya: "Mat Sentol".

IRAMA & LAGU

Hanya 2 lagu terdapat dalam flem ini:

  1. Yang Mana Satu Idaman Kalbu (P.Ramlee & Saloma)
  2. Bila Larut Malam (P.Ramlee, Saloma & Pancha Sitara)
          Ciptaan & gubahan: P.Ramlee
          Lirik: S.Sudarmaji
          Muzik iringan: P.Ramlee Orchestra.



FAKTA & ANGKA


  • Filem pertama P.Ramlee berpasangan dengan Mohd Zain (M.Zain)
  • Filem pertama P.Ramlee mengambil Mariani sebagai heroine dalam filem arahannya.
  • Filem ini kali kedua P.Ramlee berpasangan dengan adik beradik sebagai heroine selepas Mariam dan Sa'adiah. Saloma menjadi heroine P.Ramlee dalam "Seniman Bujang Lapok".
  • M.Zain atau nama sebenarnya Mohd Zain Sharif lahir di Pulau Pinang tahun 1921 dan meninggal dunia pada 31 Januari 1967 semasa umurnya 46 tahun.   




Sunday, August 7, 2016

Kata-Kata Hikmah 112




Ia mendekatkan hubungan yang
jauh namun menjauhkan
hubungan yang dekat.

Disebabkan terlalu obses,
individu berdekatan - suami,
isteri dan anak-anak - diabaikan.

Tidak salah untuk berfacebook
atau bertwitter tetapi jangan lupa
tanggungjawab terhadap suami,
terhadap isteri, keluarga
dan juga anak-anak.

Isteri dan anak-anak harus diutamakan.

Kata-Kata Hikmah 111




Laman sosial
seperti Facebook,
Twitter dan sebagainya
merupakan medium
untuk menyambungkan
silaturrahim; untuk
mendekatkan lagi
yang jauh.

Tetapi apabila terlalu
ber-Facebook atau terlalu
ber-Twitter sampai
gagal melaksanakan
tanggungjawab yang
sewajibnya, ia telah
merosakkan satu
perhubungan.

Kata-Kata Hikmah 110




Allah lebih tahu apa
bentuk kekayaan yang akan
diberikan-Nya kepada kita
selepas berkahwin.

Mungkin kaya harta,
mungkin kaya hati.

Ada orang yang dijadikan-Nya
kaya tidak berhajat
kepada apa-apa.

Kalau orang lain seronok
memiliki kereta, dia sendiri
tidak berhajat kepada kereta.

Ada orang yang Allah
kayakan dia dari sudut nafsu.

Dia sudah tidak tengok
perempuan dan lelaki lain.

Dia kaya dengan pasangannya,
Dia seronok dengan suaminya.
Dia enjoy dengan isterinya.
Dia bahagia dengan pasangan
hidupnya.

Kata-Kata Hikmah 109




Allah
menjamin rezeki bagi
orang yang berkahwin.

Kalau dirinya fakir atau
miskin, selepas berkahwin
Allah mengurniakan
rezeki kepadanya.

Kata-Kata Hikmah 108




Allah atur tangannya untuk memegang
benda yang baik dan halal,
dan Allah atur kakinya untuk
melangkah ke tempat yang bagus.

Itu kelebihan orang yang soleh.
Allah atur setiap pergerakannya.

Sebab itu Allah kata, cari perempuan
yang soleh, cari lelaki yang soleh,
insya-Allah kamu juga akan menjadi
orang yang soleh sebab mereka
mendapat bimbingan
daripada Allah.

Kata-Kata Hikmah 107




Nabi
menyebut,
orang yang soleh itu Allah
atur matanya untuk
melihat benda yang baik,
Allah atur telinganya
untuk mendengar
perkataan yang baik.

Kata-Kata Hikmah 106




Kenapa kita perlu
cinta kepada Nabi?

Pertama kerana Allah suruh.

Kedua, sebab Rasulullah 
membawa cahaya
kepada kita.

Ketiga, sebab Nabi
memberi syafaat kepada
kita di akhirat nanti.

Kata-Kata Hikmah 105




Manusia nombor satu dalam
hati kita bukan ibu bapa,
bukan suami, bukan isteri dan
bukan anak-anak tetapi ialah
Nabi Muhammad.

Nabi nombor satu
dalam hati kita.

Kalau ditanya, siapa yang kita
sayang, wajib kita jawab,
kita sayang kepada Nabi.

Kata-Kata Hikmah 104




Kalau kita seorang
yang rajin solat,
rajin berpuasa,
rajin mengerjakan umrah
atau rajin bersedekah
sekalipun,
semua itu tidak ada nilai
kalau kita derhaka
kepada ibu bapa.

Kata-Kata Hikmah 103




Hatta kalau kita menjadi
pejuang Islam sekalipun,
semua amalan kita akan
ditolak sekiranya kita
mensia-siakan
hidup ibu bapa.

Jaga-jaga kerana ibu bapa
menentukan amalan kita
di dunia sama ada diterima
atau tidak.

Kata-Kata Hikmah 102




Ayah membanting
tulang mencari rezeki
untuk keluarga.

Ayah sanggup berkorban
untuk anak-anaknya.

Kenapa anak tak sanggup
untuk memberi keselesaan
kepada ayahnya?

Kata-Kata Hikmah 101




Kenapa tidak ambil contoh
daripada Nabi;

apabila Baginda duduk
bersama orang,
orang selesa dengan Baginda.

Apabila Nabi datang,
orang selesa.

Apabila Nabi tiada,
orang rasa kehilangan.

Itu tanda-tanda manusia terbaik,
Manusia yang terbaik itu apabila
dia ada, orang suka.

Kalau dia tiada, orang susah hati.

Itu manusia yang terbaik.

Kata-Kata Hikmah 100





Maka lelaki itu menguasai
orang perempuan.

Apa maknanya?

Maknanya, memberi keselamatan,
pendidikan, nafkah, melindungi,
dan memimpin kaum perempuan
adalah tugas kaum lelaki.

Bagaimana kita mahu melakukan
perkara ini kalau kita
tiada ilmu pengetahuan?

Bagaimana kita mahu
menjadi suami yang baik
kerana kita tiada ilmu?

Tuntutlah ilmu supaya dapat
menjadi pemimpin yang
terbaik kepada isteri. 

Kata-Kata Hikmah 99





Lelaki menguasai orang perempuan
kerana kelebihan-kelebihan yang
Allah berikan kepadanya dari segi
kebijaksanaan, kekuatan, kepintaran
dan kecerdasan badannya.

Kata-Kata Hikmah 98




Kenapa ustaz-ustaz apabila bercakap,
orang tidak mahu mendengar?

Kerana kurang solat malam.

Oleh sebab itu Allah memerintahkan
Nabi Muhammad dengan
firmannya.

"Dan pada sebahagan malam dirikanlah solat
tahajud sebagai suatu ibadah tambahan
bagimu; mudah-mudahan Rabb-mu
mengangkat kamu ke tempat terpuji."
(Al-Isra' 17: 79)

Dan Baginda mengerjakannya.

Kata-Kata Hikmah 97




Kenapa isteri
tidak kasih
kepada kita?

Kerana kurangnya
kita solat pada
waktu malam.

Kata-Kata Hikmah 96





Bangun dirikan solat malam
dan berdoa pada pertengahan
hujung malam itu.

Doa waktu itu sangat mustajab.

Tiga perkara yang tidak ada hijab
ialah doa orang yang dizalimi,
doa orang yang musafir
dan doa ibu bapa kepada
anak-anaknya.


Kata-Kata Hikmah 95




Kalau ada anak yang degil,
dirikanlah solat malam dan bacalah
surah asy-Syura ayat 19.

Kalau anak itu ada di depan kita,
baca ayat ini di ubun-ubunnya
19 kali.

Kata-Kata Hikmah 94





Orang yang tiada perasaan kasih
ini adalah orang yang tidak normal.

Ada anak tak sayang.

Ada isteri tak sayang.

Ada suami pun tak sayang.

Ada ibu bapa pun dibuang
kerana tak sayang.

Ada Nabi pun langsung tidak
mengikut sunnah Baginda.

Malah dia ada Tuhan tetapi
tidak cinta kepada Tuhan.

Tidak kasih kepada Allah.

Kata-Kata Hikmah 93





Cinta dan kasih adalah
perasaan yang Allah
anugerahkan kepada
semua orang.

Kata-Kata Hikmah 92





Salah satu cara
kita mahu masuk
ke syurga dan salah
satu cara kita mahu
menghindarkan diri
daripada masuk ke
neraka adalah dengan
bersedekah.

Kata-Kata Hikmah 91





Seorang suami harus mempunyai
perasaan cemburu terhadap isteri.

Bukan cemburu buta, tetapi cemburu
apabila kecantikan isteri ditunjukkan.

Isteri wajib menutup aurat kerana
kecantikan dan keindahan seorang
isteri adalah milik suami dan tidak
boleh diperagakan kepada orang lain.

Kata-Kata Hikmah 90




Isteri harus memelihara
diri dan menutup aurat
sebaik-baiknya daripada 
pandangan lelaki lain
yang bukan mahram.

Kata-Kata Hikmah 89




Pasangan kita - isteri atau suami
kita - adalah sumber
pahala buat kita.

Bermakna,
layanan kita kepada pasangan kita,
perbuatan baik kita kepadanya,
nafkah atau harta yang kita berikan
kepadanya dan senyum yang kita
pamerkan untuknya pasti dibalas
oleh Allah.

Kata-Kata Hikmah 88




Cinta datang melalui
pelbagai cara.


Kalau kita sudah mempunyai
suami atau isteri,
raikan cinta kita.

Orang yang meraikan cinta
dan berkasih sayang ini akan
sentiasa berada dalam
kasih sayang Allah.

Jangan jemu menyemarakkan cinta,
kerana ia mengundang pahala. 

Kata-Kata Hikmah 87




Bayangkanlah setiap hari itu
adalah hari pertama perkahwnan kita.

Bukankah hari pertama perkahwnan
atau malam pertama itu sangat
menyeronokkan bagi pasangan
suami isteri?

Jadi selalulah bayangkan
bahawa kita baru berkahwin.

Ini akan menjadikan perkahwinan 
itu menyeronokkan.

Kata-Kata Hikmah 86




Buatlah perkara-perkara
yang menceriakan rumah tangga.

Kadang-kadang rumah tangga
menjadi tidak ceria apabila rumah
berselerak dan tidak teratur;
bilik tidur tidak teratur,
cadar tidak teratur,
semua tidak teratur.

Apabila ini berlaku, ia tidak akan
menjadikan perkahwinan itu
menyeronokkan.

Kata-Kata Hikmah 85




Apa sahaja kedudukan
kita sekarang, kita perlu enjoy.

Apabila kita tidak seronok dengan
kehidupan kita sekarang,
kita tidak enjoy.

Kita ada anak, ada suami, ada
isteri... jom kita enjoy.

Enjoy di sini bukan bermakna
kita perlu buat maksiat,
tetapi beresronok, bergembira,
berlawak, berjemaah - mandi
berjemaah, makan berjemaah dan
zikir berjemaah.

Ia menyeronokkan.

Wednesday, August 3, 2016

Kata-Kata Hikmah 84




Ada emak dan bapa di kampung,
jom balik kampung.

Jangan sampai apabila mereka
sudah tidak ada,
baru kita mahu berseronok.

Banyak terjadi,
semasa orang terdekat 
itu masih ada,
mereka tidak dihargai
tetapi apabila sudah tiada
barulah dikesali.

Kata-Kata Hikmah 83




Cinta yang paling agung
adalah cinta Allah.

Ikutlah Nabi Muhammad
untuk mendapat kecintaan
kepada Allah.

Ikutlah semua sunnah 
Rasulullah.

Jika kita benar-benar cinta
kepada Allah,
Insya Allah,
Allah akan membalas 
cinta itu.

Kata-Kata Hikmah 82




Allah sangat sayang 
kepada kita.

Sama ada kita solat atau tidak,
kita tetap mendapat makanan,
tetap mendapat udara dan
tetap mendapat rezeki.

Daripada kita kecil,
sampailah kita
ke alam barzakh,

Allah sayang kepada kita.

Monday, August 1, 2016

Kata-Kata Hikmah 81




Orang yang menjaga ibu
bapanya, Allah akan panjangkan
umur dan murahkan rezekinya.

Allah juga akan memelihara dan
memberikan keberkatan kepada
harta bendanya.

Dia akan diberikan anak-anak
yang cerdik, pintar, bersih,
dan menjadi kasih kepada
ibu bapanya.

Kerana, ibu bapanya adalah
orang yang kasih kepada
nenek dan datuknya.

Kata-Kata Hikmah 80





Antara tanda-tanda
kesempurnaan iman adalah
berlemah lembut dengan isteri.

Orang yang berlemah lembut dengan
isteri itulah dipanggiil sebagai
manusia yang sempurna imannya.

Berbaik dan berlemah lembut dengan
isteri termasuk sifat orang yang
beriman.

Dan berlemah lembut dengan isteri
adalah salah satu sifat suami soleh.
 

Lemonping.com

Babab.net

ruangan iklan untuk disewa

Kalo berminat untuk menyewa ruangan iklan boleh hubungi saya di talian 011 21963078