Pages

Monday, December 28, 2015

Hairan Pesawat MH 132 Berubah Haluan

a

AUCKLAND 27 Dis. - Juruterbang sebuah pesawat Malaysia Airlines (MAS) hairan apabila pesawatnya yang baru berlepas dari sebuah lapangan terbang di Auckland, New Zealand menghala ke laluan di luar kebiasaan iaitu ke arah Melbourne, Australia.

Portal berita The New Zealand Herald melaporkan, kejadian pelik itu yang kini dalam siasatan pihak berkuasa berlaku terhadap penerba-ngan MH132 yang menuju Kuala Lumpur pada hari sambutan Krismas lalu.

Pesawat Airbus A330 itu yang sepatutnya melalui laluan ke utara, untuk ke Malaysia, bergerak menggunakan laluan lebih selatan, ke arah Australia.

Penerbangan MH132 itu meninggalkan Lapangan Terbang Auckland ke Kuala Lumpur pada pukul 2 pagi kelmarin.

Bagaimanapun, juruterbang menyedari pesawat tidak menuju ke laluan yang betul selepas beberapa minit perjalanan.

Lapan minit selepas pesawat itu berlepas, juruterbang menghubungi menara kawalan udara di Auckland meminta mereka melihat mengapa pesawat tidak terbang menuju ke Malaysia.

The New Zealand Herald me-laporkan, MH132 terbang menuju ke selatan menghala ke Melbourne.

Juruterbang kemudian bertindak mengemudi pesawat itu menuju ke barat laut pusat bandar Malaysia.

Penumpang bagaimanapun tidak dimaklumkan berhubung insiden itu.

Berita mengenai kejadian tidak diingini itu mungkin mencetuskan tanda tanya kepada pemilik syarikat itu yang sebelum ini dilingkari kontroversi berkaitan tragedi pesawat MH370 dan MH17.

Syarikat Airways Corporation, yang merupakan syarikat pembekal perkhidmatan navigasi udara di New Zealand, kini sedang menyiasat kejadian itu.

Jurucakap syarikat tersebut yang mengesahkan kejadian itu berkata, pelan penerbangan yang difailkan syarikat penerbangan itu dengan pihaknya adalah ke Kuala Lumpur tetapi menerusi laluan sedikit berbeza berbanding yang dijangkakan oleh juruterbang.

“Airways akan bekerjasama rapat dengan pihak terlibat bagi mengenal pasti bagaimana kekeliruan tersebut boleh berlaku,” katanya.

Sementara itu, MAS menjelaskan insiden berkenaan berlaku akibat penghantaran pelan penerbangan yang berbeza.

MAS dalam satu kenyataan berkata, pada hari berkenaan, pe-nerbangan MH132 telah diberi pelan penerbangan terkini oleh Operation Dispatch Centre (ODC) miliknya manakala Pusat Kawalan Trafik Udara (ATC) di Auckland secara tidak sengaja diberikan pelan pe-nerbangan yang lebih awal.

Sehubungan itu katanya, MAS kini menjalankan siasatan berhubung penyerahan pelan penerbangan berkenaan kerana ke-selamatan merupakan aspek yang amat diberi perhatian dan pihaknya mematuhi proses dan prosedur keselamatan yang ketat.

“Kedua-dua laluan telah mengikuti laluan penerbangan yang diluluskan dan pesawat itu mempunyai bahan api yang cukup untuk kedua-dua laluan.

“Keselamatan penumpang dan anak kapal tidak pernah dikompromi pada bila-bila,” katanya.


SUMBER: Sinar Online



Tidak Sepatutnya Berlaku - DCA

a

Kuala Lumpur 27 Disember - Malaysia Airlines (MAS) telah diarahkan membuat penyiasatan berhubung pertukaran arah laluan pesawat MH132 yang berlepas dari Auckland, New Zealand ke Kuala Lumpur pada Jumaat lalu.

Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, (DCA), Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman berkata, perkara itu tidak sepatutnya dan pihaknya telah mengarahkan MAS untuk membuat penyiasatan.

"Kita juga telah mengarahkan agensi pengendalian trafik udara NZ Airways supaya menghantar laporan hasil siasatan mereka secepat mungkin selepas siasatan dijalankan ," katanya kepada Utusan Malaysia semalam menerusi aplikasi Whatsapp di sini, hari ini.

Beliau mengulas mengenai pesawat MH132 yang sepatutnya dalam penerbangan ke Kuala Lumpur memgambil laluan luar biasa ke arah Melbourne, Australia.

Akhbar The New Zealand Herald melaporkan, penerbangan MH132 itu meninggalkan Lapangan Terbang Auckland ke Kuala Lumpur semalam pada pukul 2 pagi pada hari cuti.

Bagaimanapun, juruterbang menyedari pesawat tidak menuju ke laluan yang betul selepas beberapa minit perjalanan.

Lapan minit selepas pesawat itu berlepas, juruterbang menghubungi menara kawalan di Auckland meminta mereka melihat mengapa pesawat tidak terbang menuju ke Malaysia.


SUMBER: Sinar Online

Thursday, December 24, 2015

Rayani Air Dialu-Alukan Di Sarawak



KUCHING 23 Dis. – Kerajaan negeri menyambut baik hasrat syarikat penerbangan patuh syariah pertama Malaysia, Rayani Air untuk mengadakan penerbangan ke Sarawak. 

Menteri Pelancongan negeri, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata, beliau setakat ini bagaimanapun belum menerima permohonan rasmi atau maklumat lanjut berhubung hasrat syarikat berkenaan.

Katanya, beliau hanya mengetahui rancangan Rayani Air untuk mengadakan penerbangan ke Sarawak melalui apa yang dibaca di akhbar.

“Setakat ini, saya tidak pasti sama ada ia (Rayani Air) adalah syarikat tambang murah atau sederhana atau premium.

“Saya tidak dapat mengulas lanjut mengenainya tetapi secara umum, kita mengalu-alukan penerbangan syarikat ini ke Sarawak,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Penutupan Program Kesedaran Belia Islam 2015 yang disertai 50 peserta di sini semalam.

Rayani Air melancarkan penerbangan sulung dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) ke Pulau Langkawi kira-kira pukul 10 pagi kelmarin, diikuti penerbangan pertama dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu, Kelantan pada pukul 4.40 petang semalam.

Menurut Abang Johari, selain Rayani Air, sebuah syarikat penerbangan berpangkalan di Hong Kong dijangka memulakan penerbangan ke negeri ini mulai April tahun depan.

Beliau berkata, setakat ini, penumpang penerbangan ke negeri ini mempunyai pilihan untuk menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS), AirAsia dan Malindo, selain beberapa penerbangan catar.

Dalam pada itu, katanya, kerajaan negeri sudah meminta syarikat penerbangan berkaitan mengadakan penerbangan lebih kerap ke negeri ini terutama Bintulu dan Samalaju.

“Kementerian saya bagaimanapun belum mendapat maklum balas terhadap permintaan ini kerana difahamkan syarikat penerbangan seperti MAS masih menjalani penstrukturan semula.

“Kita mahu MASWings menjadi pengusaha serantau tempatan di Sarawak dan Sabah tetapi pengurusan baharu MAS mungkin mempunyai pendekatan berbeza,” ujarnya.

Ditanya sama ada kerajaan negeri akan meneliti pilihan lain untuk menambah penerbangan ke negeri ini, beliau memberitahu, orang ramai masih mempunyai banyak pilihan ketika ini.


SUMBER: Sinar Online

Sunday, December 20, 2015

Tragedi Air Terjun : Imam Surau Puncak Alam Antara 5 Lemas

Tragedi air terjun: Imam surau Puncak Alam antara 5 lemas

HULU TERENGGANU - Hasrat enam sekeluarga menghabiskan cuti persekolahan dengan berkunjung
ke Air Terjun Belukar Bukit, di sini, pagi tadi bertukar tragedi  apabila lima daripada mereka ditemui
lemas.

Dalam kejadian kira-kira 10.45 pagi itu, mangsa ialah seorang imam yang bertugas di Puncak Alam, 
Selangor, Mohd Halim Samian,44; isterinya Nurul Adilah@Salaiwati Awang,39, serta tiga anaknya 
Nurul Arifah,16; Nurul Hidayah Aina,11 serta Nurul Izah,10.

Manakala individu yang selamat  ialah Mohd Hasif, 9, dan difahamkan mereka sekeluarga yang tinggal 
di Puncak Alam, Selangor tiba di lokasi pelancongan berkenaan kira-kira jam 10.30 pagi sempena 
pulang ke kampung Nurul Adilah di Kampung Bukit Tunggal, Kuala Nerus.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang, Mohd Zuraidi Yusof berkata 
pihaknya menerima panggilan  jam 11.35 pagi dan bergegas ke lokasi kejadian dengan kekuatan 11
anggota menaiki sebuah jentera serta sebuah pajero.

"Sewaktu pihak bomba tiba di lokasi kejadian, tiga mangsa iaitu Mohd Halim, Nurul Izah serta Nurul
 Hidayah telah pun ditemui oleh orang awam tidak jauh antara satu sama. Mangsa pertama dijumpai 
ialah Mohd Halim jam 12.17 tengahari sebelum disusuli mangsa seterusnya lima minit kemudian iaitu 
Nurul Izah dan Nurul Hidayah.

"Operasi mencari dan menyelamat terus dilakukan pihak bomba bersama orang awam sekali gus 
berjaya menemui Nurul Adilah@Salaiwati jam 12.33 tengah hari. Mangsa terakhir dijumpai ialah 
Nurul Arifah jam 12.37 tengahari. Kesemua mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis.

"Sewaktu kejadian tiada pengunjung lain di lokasi tersebut, bagaimanapun kita tidak menolak 
kemungkinan kejadian berpunca apabila salah seorang mereka di bawa arus sebelum ahli keluarga 
yang lain cuba membantu.

"Memandangkan terdapat pusaran air di kawasan berkenaan, kita percaya kesemua mereka telah 
dibawa pusaran itu hingga kesemuanya lemas," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di pekarangan Bilik Forensik Hulu Terengganu, di sini, 
hari ini.


SUMBER: Sinar Online

Ratusan Penumpang Terjejas Akibat Sistem Air Asia

AirAsia

SEPANG - Beratus-ratus penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA2) terjejas dipercayai akibat sistem daftar masuk syarikat penerbangan tambang murah AirAsia Bhd mengalami masalah pagi tadi.

Jurucakap Malaysia Airports Holding Bhd (MAHB) berkata masalah itu berlaku kira-kira 10 pagi namun dapat diatasi 30 minit kemudian.

"Penumpang bukan terkandas, tetapi bilangannya yang bertambah menyebabkan masalah dalam sistem daftar masuk," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Sementara itu, jurucakap AirAsia memberitahu syarikat penerbangan itu mengalami pertambahan jumlah penumpang yang mendadak pada musim cuti persekolahan akhir tahun sehingga menyebabkan kesesakan di klia2.

"Pada kebiasaannya, AirAsia mengendalikan 30,000 penumpang sehari tetapi pada musim cuti, ia meningkat kepada 40,000," katanya.

Sebelum ini, AirAsia sebelum ini mengeluarkan nasihat perjalanan dengan meminta penumpang supaya tiba tiga jam lebih awal daripada waktu berlepas untuk mengelak kesesakan di beberapa lapangan terbang utama seluruh negara.

Menurut syarikat itu, formaliti perjalanan seperti pelepasan Kastam dan Imigresen serta pemeriksaan keselamatan mungkin mengambil masa lebih lama disebabkan pertambahan jumlah penumpang. 


SUMBER: Sinar Online

Rayani Air Bermula Hari Ini

Rayani Air bermula hari ini

SYARIKAT penerbangan patuh syariah pertama di Malaysia,  Rayani Air memulakan penerbangan sulungnya pagi ini ke Langkawi dan Kota Bharu.

Menerima lesen perkhidmatan udara dan sijil pengendali udara dari Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Rayani Air menggunakan dua pesawat lama Boeing 737-400 bagi laluan Kota Bharu, Kuching, Langkawi dan Kota Kinabalu.


SUMBER : Sinar Online

Wednesday, December 9, 2015

Perkongsian kod MAB dengan Emirates



KUALA LUMPUR – Perkongsian kod penerbangan antara Malaysia Airlines (MAS) dengan Emirates dilihat dapat membantu syarikat penerbangan negara memulihkan perniagaannya, terutamanya sekali untuk membendung sentimen negatif pasaran antarabangsa terhadap syarikat Malaysia.

Berdasarkan perjanjian perkongsian kod itu, MAS secara tidak langsung boleh menawarkan perkhidmatan penerbangan ke 90 destinasi menggunakan kapasiti Emirates meliputi Eropah, Asia Barat, Afrika dan Amerika Syarikat (AS) bermula 2016.

Bagi Emirates, ia boleh meluaskan akses pasarannya di Malaysia, Asia Tenggara dan sekitarnya menggunakan kapasiti MAS.

Penganalisis Maybank IB Research, Mohshin Aziz berkata, keputusan untuk berkongsi kod penerbangan itu adalah antara pengumuman terbaik yang pernah dilakukan oleh MAS. Ini kerana sentimen negatif pasaran asing terhadap MAS agak sukar untuk dipulihkan lagi secara bersendirian oleh MAS.

“Imej MAS kini agak buruk dalam kalangan penumpang antarabangsa ekoran dua tragedi yang berlaku pada 2014, dan ia sukar untuk dipulihkan untuk tempoh yang lama. Oleh itu lebih baik MAS menghentikan laluan jarak jauhnya ke Eropah yang hanya menyebabkan kerugian,” katanya dalam nota kajian di sini hari ini.

Jelas Mohshin, berdasarkan terma-terma perkongsian kod yang diumumkan itu, MAS akan memberhentikan perkhidmatan penerbangan terus ke Paris, Perancis dan Amsterdam, Belanda, dan sebaliknya akan menggunakan kapasiti Emirates untuk ke dua destinasi itu.

“Kedua-dua syarikat akan mendapat manfaat hasil perkongsian kod ini. MAS dan Emirates boleh mendapat akses pasaran menggunakan kapasiti antara satu sama lain. Secara teori ia akan meningkatkan lagi muatan penumpang kedua-dua syarikat,” jelasnya.

Kata beliau lagi, kerjasama itu dapat membantu MAS mengurangkan lebihan pesawat serta kos baik pulihnya. Jelasnya, dengan menghentikan penerbangan ke Paris dan Amsterdam, syarikat penerbangan negara itu tidak memerlukan lagi sembilan pesawat Boeing 777-200ER miliknya yang telah berusia 15 tahun.

“Hal ini akan membolehkan MAS fokus terhadap laluan-laluan domestik dan serantau. Dengan itu, boleh dianggap hanya AirAsia X sebagai syarikat penerbangan jarak jauh manakala AirAsia, MAS dan Malindo Air sebagai syarikat penerbangan yang berorientasikan domestik dan serantau,” katanya.

Kata Mohshin, MAS membuat pilihan yang baik apabila memilih Emirates sebagai rakan kongsi kerana syarikat berpangkalan di Dubai itu mempunyai rangkaian penerbangan kedua terbanyak di dunia selepas Turkish Air.


SUMBER: Sinar Online

Wednesday, December 2, 2015

 

Lemonping.com

Babab.net

ruangan iklan untuk disewa

Kalo berminat untuk menyewa ruangan iklan boleh hubungi saya di talian 011 21963078