Pages

Sunday, November 4, 2018

Kemalangan Pesawat Tahun 2001


31 Januari - Penerbangan 907 dan Penerbangan 958, kedua-duanya daripada Japan Airlines, nyaris-nyaris berlanggar berhampiran Yaizu, Jepun.

29 Mac - Penerbangan Carter Avjet, sebuah pesawat jet Gulfstream III dengan 15 penumpang dan 3 anak kapal di dalamnya, jatuh terhempas semasa membuat persediaan untuk mendarat di Aspen, Colorado dan membunuh kesemua orang di dalamnya.

4 Julai - Penerbangan 352 Vladivostok Air, sebuah Tupolev Tu-154, mengalami pusaran mendatar semasa membuat persediaan untuk mendarat di Lapangan Terbang Irkutsk di Irkutsk, Rusia, dan jatuh terbalik lalu terbakar di kawasan hutan kecil; kesemua 145 orang di dalam pesawat itu terbunuh.

24 Ogos - Penerbangan 236 Air Transat kehabisan bahan apinya semasa merentasi Lautan Atlantik lalu membuat pendaratan kecemasan di Azores. Bagaimanapun, sebaik sahaja pesawat itu berjaya mendarat, sesetengah tayarnya pancit dan menyebabkan kebakaran. Sungguhpun demikian, kebakaran itu dipadamkan dengan jayanya oleh kakitangan kecemasan di atas bumi, tanpa mengakibatkan sebarang kecederaan parah pada kesemua 304 orang di dalam pesawat.

No comments:

Post a Comment

 

Lemonping.com

Babab.net

ruangan iklan untuk disewa

Kalo berminat untuk menyewa ruangan iklan boleh hubungi saya di talian 011 21963078