Pages

Thursday, February 16, 2017

Sinopsis Dan Pengajaran Filem Madu Tiga

Madu Tiga (1964) menampilkan tema sedikit berbeza dan menyentuh mengenai isu poligami yang jarang sekali mendapat perhatian utama di dalam filem Melayu pada era berkenaan. Pada tahun 1955 B.S.Rajhans ada mengarahkan sebuah filem berjudul Empat Isteri, namun maklumat lanjut berkenaan filem ini sukar untuk diperoleh. Filem ini dilakonkan oleh Daeng Idris, Latifah Omar, Normadiah Saloma dan Mariani. Filem ini juga dipercayai menyentuh mengenai poligami. Madu Tiga muncul sebagai sebuah komedi dengan gaya tersendiri dan filem ini dilihat menampilkan latar masyarakat golongan pertengahan yang hidup dalam suasana mewah tanpa sebarang masalah, melainkan masalah yang diciptakan mereka sendiri.

Madu Tiga digerakkan oleh watak Jamil, seorang lelaki yang mempunyai tiga isteri, Latifah, Hasnah dan Rohani. Jamil melakukan pelbagai helah bagi mengelakkan ketiga-tiga isterinya tahu mengenai rahsianya yang beristeri tiga. Jamil sentiasa menerima sokongan daripada bapa mertuanya yang pertama, Haji Latiff dan seorang pekerja yang paling dipercayainya di pejabat, Rafee. Namun, seperti filem-filem P.Ramlee yang sebelumnya, Madu Tiga juga membawakan maksud besar dalam penceritaannya dan memiliki elemen kritikan sosial yang mendalam terhadap struktur dan rupa bentuk masyarakat.

Filem ini memaparkan sebuah latar masyarakat yang patriarki di mana kaum lelaki dilihatkan sebagai kaum yang mendominasi segala keputusan dan dibenarkan untuk melakukan apa sahaja bagi menutup rahsia dan penipuan yang dilakukan. Kaum lelaki dipaparkan sebagai kaum yang sentiasa memperguna dan memperbodohkan wanita. Lelaki boleh berkahwin lain tanpa mendapatkan persetujuan isteri dan erti perkahwinan di dalam Madu Tiga ialah berat sebelah dan menampakkan hanya lelaki yang mengawal segala-galanya dan perempuan terhad untuk sekadar menerima nasib dan segala-galanya ditentukan oleh suami. Ini ialah patriarki yang dipaparkan di dalam Madu Tiga. Keadaan ini kita dapat lihat pada pelbagai babak sepanjang filem ini. Misalnya babak Jamil membohongi Latifah dengan mengatakan dirinya terlibat dalam kemalangan sedangkan dia bersembunyi melarikan diri daripada masalah. Jamil berpakat dengan Rafee dan Haji Latiff untuk menyembunyikan segala penipuan dan muslihat tentang poligaminya.

"Kenapa abang ini?! Apa yang sudah terjadi?! Kenapa bungkus-bungkus?!"

"Apa dia? Rafee! Apa fasal?"

"Kasihan."

"Apa yang kasihan?!"

"Kasihan."

"Eh! Agaknya kau dah gila?!"

"Abang kena langgar lori Pah. Tiga hari tiga malam masuk hospital."

"Langgar? Macam mana boleh jadi berlanggar?"

"Pah, Pah, kau tolong buatkan kopi sedikit Pah."

"Ya, bang."

"Jamil, dengan lori apa kau berlanggar?"

"Dengan lori tahi!

"Rafee, beritahu Cik Latifah suruh campur kopi aku dengan madu lebah ya."

"Baik encik."

"Jamil"

"Pak"

"Macam mana kau boleh berlanggar dengan lori tahi?"

"Berlanggar bohong Pak, bohong sunat!"

"Tak sangka menantu bapak, otak bergeliga, otak penipu!"

"Nak hidup pak!"

Di sebalik watak-watak lelaki yang terperangkap di dalam masyarakat patriarki, P.Ramlee memberikan keseimbangan kepada watak-watak wanita di dalam filem ini apabila mereka ditonjolkan sebagai wanita yang progresif, tidak gentar dengan sebarang dugaan dan akan melawan sebarang penindasan yang muncul. Kita lihat bagaimana P.Ramlee meletakkan watak Latifah, Hasnah dan Rohani di tempat yang tinggi apabila wanita tidak lagi menyerah kalah atau berserah kepada takdir dan menangis apabila suami mereka berkahwin lain. Wanita di dalam filem ini juga ditonjolkan sebagai tidak terlalu bergantung kepada lelaki. Wanita di dalam Madu Tiga ialah wanita yang keras, bersemangat dan mengetahui hak mereka sebagai wanita di dalam masyarakat dan undang-undang. Ketiga-tiga mereka, Latifah, Hasnah dan Rohani memiliki semangat untuk menghidupkan peranan wanita di dalam masyarakat.  

"Nak ke mana Tipah?"

"Tipah nak pergi mereport kepada Kaum Ibu, supaya mereka membuat satu undang-undang."

"Undang-undang apa?"

"Laki-laki, tak boleh kahwin lebih daripada satu!"

Kalau dulu kau buat begini bagus, sekarang dah terlambat."

"Lambat tak lambat, Tipah tak pedulu! Tipah nak buat mereka tu sampai bercerai!"

"Tak baik! Runtuhkan masjid!"

"Jadi bapa sukalah, kalau si Jamil tu kahwin dua ya?"

"Suka."

"Apa Pak?"

"Tak suka! Tak suka! Tak suka!"

ULASAN & KRITIKAN




No comments:

Post a Comment

 

Lemonping.com

Babab.net

ruangan iklan untuk disewa

Kalo berminat untuk menyewa ruangan iklan boleh hubungi saya di talian 011 21963078