Pages

Saturday, June 18, 2016

Bab 2 Super Mokh Hero Cilik


HERO CILIK

Pasukan Bola Sepak Sekolah Menengah Victoria Institution, Kuala Lumpur (SMVI), sibuk berlatih. Pertandingan Bola Sepak Peringkat Umur Bawah 13 dan 15 Tahun anjuran Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Selangor (MSSS) adan diadakan tidak lama lagi. Mokhtar turut terpilih untuk pasukan bawah umur 13 tahun. Pasukan ini dilatih oleh guru bola sepak bernama Cikgu Othman bin Mohd Ali. Pembantunya ialah Cikgu Tan Kim Chuan. Pasukan SMVI bercita-cita menjadi johan. Tambahan pula, mereka ada penyerang handalan, iaitu Mokhtar Dahari yang baru sahaja memasuki sekolah itu pada tahun 1966.

Nama Mokhtar Dahari sudah terkenal dalam kalangan guru bola sepak sekolah-sekolah dan pemain-pemain di sekitar negeri Selangor. Mokhtar Dahari sudah mencipta nama semasa mewakili Sekolah Kebangsaan Jalan Kuantan, Kuala Lumpur, ketika dia bermain untuk pasukan umur bawah 12 tahun. Oleh itu, Mokhtar dianggap sebagai ayam tambatan pasukan SMVI. Semangat pasukan ini begitu tinggi. Pada setiap hari mereka gigih mengadakan latihan. Selain berlatih di padang SMVI, mereka sering diarah oleh guru bola sepak berlari mengelilingi kawasan Stadium Negara dan Stadium Merdeka. Kedua-dua stadium itu terletak berdekatan SMVI.

Pada suatu hari, Mokhtar Dahari berlatih seorang diri. Dia menendang bola ke arah sebuah stor yang menyimpan barang tukang kebun SMVI. Dia menjadikan stor itu sebagai sasaran tendangannya. Tendangannya kuat sekali.

"Tommm....!" Tiba-tiba satu dentuman berlaku. Beberapa pelatih pasukan bola sepak sekolah itu terpegun. Mereka kagum melihat tendangan kencang Mokhtar.

"Hoi budak!" sergah tukang kebun sekolah.

Mokhtar membisu.

"Kalau nak main, pergi ke padang itu." Dia merungut-rungut sambil mengenakan semula beberapa keping dinding stor. "Kamu menyusahkan aku, tahu!"

Dia marah. Mukanya bengis.

"Ma...ma...maafff, pak cik." Mokhtar ketakutan.

Tiba-tiba Cikgu Othman Mohd Ali, muncul." Apa hal ni?" tanya Cikgu Othman.

"Budak ni cikgu .... pecahkan dinding stor," jawab tukang kebun.

Cikgu Othman merenung Mokhtar. Mokhtar tunduk. Kaki kanannya sedang memijak bola. Dia rasa menyesal. Kemudian, Cikgu Othman melihat papan dinding stor itu. Terdapat beberapa keping yang telah pecah. Serpihannya terpelanting di sana sini. Cikgu Othman memandang ke arah tukang kebun. Tukang kebun menunggu arahan. Mokhta masih berdiri di situ. Cikgu Othman datang menghampirinya. Cikgu Othman menepuk-nepuk bahu Mokhtar. Tukang kebun hairan. Sangkanya, Cikgu Othman akan memarahi Mokhtar tetapi sangkaannya meleset.

"Syabas, Mokhtar!" Cikgu Othman bersalam dengan Mokhtar.

Tukang kebun bertambah hairan. Dalam hatinya menyumpah-yumpah Cikgu Othman yang tidak mengambil tindakan terhadap Mokhtar.

"Awak betulkan dinding itu. Yang pecah gantikan dengan yang baharu," arah Cikgu Othman kepada tukang kebun.

"Baik cikgu," jawab tukang kebun dengan perasaan marah.

Beberapa pelatih pasukan sekolah yang melihat peristiwa tadi, datang menghampiri mokhtar dan Cikgu Othman. Mereka mengerumuni Mokhtar dan Cikgu Othman.

"Dengar sini, pelatih semua. Saya mahu awak mencontohi Mokhtar. Dia rajin berlatih walaupun seorang diri. Tengok tendangannya tadi, sungguh kuat. Mulai hari ini, semua pelatih akan belajar menendang cara Mokhtar. Faham! Bersurai!"

"Hoore! Horeee1 Mokhtar!" teriak mereka beramai-ramai.

Mokhtar tersenyum sambil mengekori rakan-rakannya. Sesekali dia melambung-lambungkan bola ke udara. Sesekali dia menanduk bola itu. Dari jauh gelagat Mokhtar dipeerhatikan oleh Cikgu Othman dengan penuh minat.

"Kau memang mempunyai bakat yang luar biasa, Mokhtar," bisik Cikgu Othman dalam hati.

Cikgu Othman menerima Mokhtar sebagai pelatihnya ketika dia sudah terkenal. Dia sudah mengetahui kehebatan Mokhtar sebelum dia memasuki SMVI lagi. Sejak di sekolah rendah, Mokhtar sudah berbakat besar. Pertama kali melihat Mokhtar bermain bola sepak, Cikgu Othman sudah dapat membuat penilaian sendiri. Dia yakin suatu hari nanti, Mokhtar pasti menjadi pemain bola sepak yang handal. Cikgu Othman begitu pasti. Dia juga senang dengan perangai Mokhtar. Mokhtar berdisiplin. Tidak banyak kerenah. Malah, sentiasa memenuhi setiap arahannya. Mokhtar pasti datang awal setiap kali ada latihan.

Walaupun Mokkhtar sudah terkenal sebagai hero cilik, setiap tunjuk ajar Cikgu Othman, Mokhtar pasti akan melakukannya dengan bersungguh-sungguh. Mokhtar tidak pernah bersikap besar diri. Sifat itulah yang disenangi Cikgu Othman. Selepas peristiwa Mokhtar memecahkan dinding stor, Cikgu Othman mencadangkan supaya pihak sekolah membina sebuah tembok batu di hujung padang SMVI. Setiap pelatihnya dilatih menendang kuat ke arah tembok itu. Latihan itu berkesan. Pemain pasukan SMVI kesemuanya boleh menendang bola dengan kuat. Pada tahun 1968, pasukan SMVI bawah umur 15 tahun mantap dan handal. Pasukan itu berjaya menjadi juara merebut Piala MSSM bawah umur 15 tahun. Jaringan Mokhtar Dahari membawa kemenangan Pasukan SMVI. Pasukan itu menewaskan pasukan Sekolah La Salle, Sentul dengan jaringan 2 berbalas 1. 

No comments:

Post a Comment

 

Lemonping.com

Babab.net

ruangan iklan untuk disewa

Kalo berminat untuk menyewa ruangan iklan boleh hubungi saya di talian 011 21963078