Pages

Sunday, May 1, 2016

Legenda Bola Sepak Malaysia Abdul Ghani Minhat


Pestabola Merdeka yang kembali dipertandingkan September ini selepas menyepi hampir lima tahun, melahirkan ramai jaguh bola sepak negara pada era 50-an hingga 60-an termasuk Allahyarham Tan Sri Abdul Ghani Minhat.

Dilahirkan di Kampung Solok, Rantau, Negeri Sembilan pada 23 Disember 1935. Ghani sebaliknya lebih banyak mencipta nama bersama Selangor dengan memenangi Piala Malaya/Malaysia tahun 1959 hingga 1963, 1966 dan 1968. Beliau juga membantu Malaysia menjuarai Pestabola Merdeka tiga kali berturut-turut pada tahun 1958 hingga 1960. 

Turut berada dalam koleksi kejayaan Ghani adalah pingat emas Sukan SEAP Rangoon 1961 serta naib juara Kejohanan Kelab Asia 1967 (ketika mewakili Selangor). Ghani pernah melatih skuad negara dari tahun 1971 hingga 1976 selain menjalani kursus kejurulatihan di Frankfurt (Jerman), West Ham, Arsenal, Spurs (England) dan Cardiff City (Wales).

Disebabkan kelincahan mengawal dan menggelecek bola selain memiliki rembatan dan tandukan keras, Ghani digelar Raja Bola. Namun seperkara yang membuatkan legenda ini berasa terkilan adalah apabila skuad negara tidak dapat ke Sukan Olimpik Melbourne 1956. "Pasukan negara ketika itu cukup bagus tetapi disebabkan FAM tidak dapat membiayai pemergian ke sana, kami tidak dapat bertanding," ulas Ghani. Beliau meninggal dunia pada 28 September 2012 kerana komplikasi selepas mejalani pembedahan pintasan koronari jantung di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur.


SUMBER: WIKIPIDEA

No comments:

Post a Comment

 

Lemonping.com

Babab.net

ruangan iklan untuk disewa

Kalo berminat untuk menyewa ruangan iklan boleh hubungi saya di talian 011 21963078