Portal berita The New Zealand Herald melaporkan, kejadian pelik itu yang kini dalam siasatan pihak berkuasa berlaku terhadap penerba-ngan MH132 yang menuju Kuala Lumpur pada hari sambutan Krismas lalu.

Pesawat Airbus A330 itu yang sepatutnya melalui laluan ke utara, untuk ke Malaysia, bergerak menggunakan laluan lebih selatan, ke arah Australia.

Penerbangan MH132 itu meninggalkan Lapangan Terbang Auckland ke Kuala Lumpur pada pukul 2 pagi kelmarin.

Bagaimanapun, juruterbang menyedari pesawat tidak menuju ke laluan yang betul selepas beberapa minit perjalanan.

Lapan minit selepas pesawat itu berlepas, juruterbang menghubungi menara kawalan udara di Auckland meminta mereka melihat mengapa pesawat tidak terbang menuju ke Malaysia.

The New Zealand Herald me-laporkan, MH132 terbang menuju ke selatan menghala ke Melbourne.

Juruterbang kemudian bertindak mengemudi pesawat itu menuju ke barat laut pusat bandar Malaysia.