Pages

Tuesday, September 29, 2015

Hanya Satu Penerbangan Terjejas

Jerebu


KUALA LUMPUR - Beberapa lapangan terbang utama hari ini beroperasi seperti biasa dan hampir semua perjalanan penerbangan mengikut jadual ditetapkan, menurut Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).
    
Jurucakap MAHB, Ahmad Shahreen Ramli berkata, operasi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) berjalan lancar dan semuanya berjalan mengikut jadual.
    
"Setakat hari ini, belum ada arahan penerbangan untuk berpatah balik dan kami berharap tiada penerbangan yang terbatal atau tergendala disebabkan oleh jerebu," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
    
Katanya, semua penerbangan di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah di Ipoh yang melibatkan pelepasan dan ketibaan juga beroperasi seperti biasa tanpa mengalami sebarang kelewatan sejak pagi ini.
    
MAHB memaklumkan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang hari ini beroperasi seperti biasa tanpa sebarang pembatalan atau kelewatan penerbangan sejak pagi ini.
    
Bagaimanapun, MAHB menerusi laman Twitternya, menasihatkan para penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) menghubungi syarikat penerbangan masing-masing untuk mendapatkan maklumat jadual penerbangan terkini dari semasa ke semasa.
    
Sementara itu, satu penerbangan melibatkan syarikat penerbangan AirAsia dari KLIA2 iaitu bagi sektor KL-Pekanbaru, Indonesia, terganggu kerana jarak penglihatan di bawah minimum disebabkan oleh keadaan jerebu pada jam 11 pagi tadi.
    
Menurut jurucakapnya, kesemua penumpang penerbangan itu telah dimaklumkan dan bantuan sewajarnya diberikan kepada penumpang di KLIA2. - Bernama



Sumber : Sinar Online

No comments:

Post a Comment

 

Lemonping.com

Babab.net

ruangan iklan untuk disewa

Kalo berminat untuk menyewa ruangan iklan boleh hubungi saya di talian 011 21963078