Pages

Monday, September 21, 2015

Ringgit jatuh punca harga lembu import naik

 


KEJATUHAN nilai ringgit menyebabkan harga lembu import meningkat seterusnya menyebabkan umat Islam terpaksa berbelanja lebih tinggi bagi menjalankan ibadah korban tahun ini.

Salah seorang pengimport lembu, Aznan Abdul Rahaman mengakui harga seekor lembu pada tahun ini meningkat hampir 100 peratus berbanding tahun lalu.

“Jika tahun lalu lembu diimport daripada Thailand hanya sekitar RM2,500 seekor. Tetapi pada tahun ini harga meningkat kepada RM4,000 seekor.

“Ini banyak disumbangkan oleh nilai kadar tukaran ringgit. Contohnya tukaran di Thailand, RM1,000 ditukar kepada baht hanya sekitar RM800.

"Selain itu harga lembu akan menjadi mahal apabila dibawa masuk ke Malaysia apabila ditambah dengan kos-kos lain,” katanya.

Menurutnya, kerajaan perlu mencari jalan untuk menambah jumlah penternak lembu di negara ini bagi mengelakkan kebergantungan kepada lembu import.

Negara terpaksa mengimport lebih 700,000 ekor lembu setiap tahun membabitkan peruntukan lebih RM1.4 billion.

Sementara itu, bekas pengimport lembu, Hassan Abdullah berkata, monopoli yang berlaku dalam industri pengimportan lembu menyebabkan harga haiwan ternakan itu meningkat.

Katanya, monopoli pengimport lembu Australia di lakukan oleh sebuah syarikat ternakan yang mempunyai tiga ladang ternakan di Bidor, Perak, Air Hitam, Johor dan Perlis.

“Syarat untuk membawa masuk lembu daripada Australia ialah perlu pasang mesin sembelihan di rumah sembelihan yang diiktiraf.

“Syarikat tersebut telah memasang sebanyak 19 mesin sembelihan di pusat ternakan fidlot di Malaysia yang diiktiraf kerajaan Australia.Jadi mereka mempunyai akses untuk membawa masuk lembu dari Australia,” katanya.

Katanya, keadaan itu menyebabkan syarikat tersebut dapat bermain dengan harga memandangkan mereka adalah pengimport tunggal lembu dari Australia.

“Salah satu cara mengelakkan perkara ini berterusan adalah menggalakkan lebih ramai masyarakat untuk menternak lembu seterusnya mengurangkan kebergantungan kepada lembu import,” katanya.

Sumber: Sinar Online

No comments:

Post a Comment

 

Lemonping.com

Babab.net

ruangan iklan untuk disewa

Kalo berminat untuk menyewa ruangan iklan boleh hubungi saya di talian 011 21963078