Pages

Tuesday, September 29, 2015

Meredah Jerebu Di lautan

Meredah jerebu di lautan

ROMPIN – “Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, kalau tak kais dapur tak berasap,” demikian mungkin perumpamaan yang sesuai bagi situasi yang dihadapi golongan nelayan yang terpaksa juga turun ke laut untuk mencari ikan walaupun dalam keadaan jerebu.

Keadaan jerebu yang tebal sehari dua ini menyebabkan jarak penglihatan nelayan ketika berada di laut sangat terhad terutama bagi nelayan pantai atau bot kecil namun ia tidak menjejaskan nelayan bot kelas A hingga C yang bersaiz besar dan dilengkapi teknologi seperti GPS.

Seorang nelayan, Razali Samah, 74, berkata, pendapatan utama keluarganya adalah hasil tangkapan ikan di laut dan dengan keadaan jerebu yang agak kuat ini beliau tetap turun ke laut namun situasinya tidak membimbangkan kerana bot miliknya kelas C yang dilengkapi GPS.

Bagaimana pun, tetap ada kebimbangan dalam dirinya kerana keadaan jerebu yang tebal itu menyebabkan jarak penglihatan terhad seterusnya bot tidak boleh dipandu laju kerana bimbang berlanggar dengan bot lain.

“Pada pakcik tiada masalah untuk ke laut tetapi perlu sentiasa berhati-hati kerana jerebu tebal menyebabkan penglihatan terhad terutama di tengah laut kerana di sana ia kelihatan lebih tebal.

“Teknologi GPS yang ada pada bot ini membolehkan pakcik pergi jauh walaupun dalam keadaan jerebu tetapi tidak boleh laju kerana bimbang berlanggar dengan bot lain seperti bot-bot kecil yang turut ke tengah laut disebabkan ikan di bahagian pantai kurang pada waktu ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau yang telah menjadi nelayan sejak usia belasan tahun itu tidak menafikan jerebu yang tebal itu juga menyebabkan matanya berasa pedih dan hidung juga tidak selesa untuk bernafas terutama ketika berada di tengah laut.

Berbeza pula dengan seorang nelayan pantai, Fauzi Mat, 58, berpandangan bahawa masalah mata pedih atau kesukaran bernafas akibat jerebu tidak dialami oleh semua orang kerana setakat ini beliau tidak merasai kesan jerebu itu pada dirinya.

Namun begitu beliau tidak menolak jerebu yang tebal mendatangkan bahaya kepada bot-bot kecil yang terpaksa pergi jauh ke tengah lautan kerana hasil tangkapan di pesisir pantai kurang selain bimbang dilanggar bot lain.

“Setakat ini saya tetap turun ke laut walaupun keadaan agak berjerebu tetapi tidak pergi jauh lebih dari 1KM jarak dari pantai. Nelayan bot kecil tidak sama dengan nelayan bot besar yang dilengkapi pelbagai teknologi.

“Namun begitu ada juga rakan-rakan lain yang pergi jauh ke tengah laut kerana sekarang musim ikan kurang di sebelah pantai. Hendak atau tidak mereka terpaksa juga pergi lebih jauh untuk mendapatkan hasil yang lebih banyak,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Besar Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Rompin, Mohd Nasir Abdullah yang dihubungi berkata, tidak dinafikan keadaan jerebu agak merbahaya kepada nelayan namun mereka terpaksa juga turun ke laut tetapi dinasihatkan supaya berhati-hati.

“Setakat ini tiada arahan dikeluarkan melarang nelayan ke laut tetapi saya menyarankan supaya para nelayan memakai topeng mengelak daripada menyedut jerebu manakala yang ke laut berseorangan itu hendaklah berhati-hati.

“Selain itu, nelayan yang ke laut pada waktu siang disarankan pulang tidak terlalu petang atau gelap manakala nelayan yang ke laut pada waktu malam pula disarankan membawa alatan yang lengkap seperti lampu dan sebagainya bagi menjamin keselamatan kerana penglibatan yang terhad lebih teruk pada waktu malam,” katanya.

Sumber : Sinar Online

No comments:

Post a Comment

Lemonping.com

Babab.net

ruangan iklan untuk disewa

Kalo berminat untuk menyewa ruangan iklan boleh hubungi saya di talian 011 21963078