Pages

Wednesday, September 23, 2015






KUALA LUMPUR - Penutupan jalan berhampiran Lebuhraya Sprint akan diteruskan mulai esok sehingga 6 November untuk melancarkan kerja pembinaan MRT di kawasan itu.
    
Dalam kenyataan hari ini, MMC-Gamuda berkata penutupan itu akan berkuat kuasa dari 10 malam hingga 6 pagi sepanjang tempoh berkenaan.
    
Semasa penutupan itu, pengguna jalan raya dari Phileo Damansara hanya boleh keluar dari kawasan itu menggunakan jejambat pusingan U, yang akan membawa mereka kembali semula ke Lebuhraya Sprint.
    
Pengguna boleh memilih untuk memandu terus menghala ke Kuala Lumpur atau membelok kanan ke Jalan Dato' Abu Bakar ke arah Petaling Jaya.
    
Kenyataan itu turut menyebut pemandu dari Kuala Lumpur yang menggunakan Sprint Highway menghala ke arah Seksyen 16 atau 17 Petaling Jaya boleh memilih untuk membelok ke Jalan Dato' Abu Bakar dan kemudian belok kanan ke Jalan 16/16, seterusnya belok kanan ke Jalan 17/1 dan masuk semula ke Jalan 16/1.


Sumber : Sinar Online

No comments:

Post a Comment

 

Lemonping.com

Babab.net

ruangan iklan untuk disewa

Kalo berminat untuk menyewa ruangan iklan boleh hubungi saya di talian 011 21963078