Jerebu


PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan mengarahkan semua sekolah di seluruh negara termasuk
 Johor yang
ditutup hari ini akibat keadaan jerebu yang teruk, dibuka semula esok.
    
Menurut kenyataan kementerian itu hari ini, sekolah perlu beroperasi seperti biasa kerana Indeks
Pencemaran
Udara (IPU) yang dipantau sehingga 4 petang ini mendapati hampir semua kawasan menunjukkan
penurunan
bacaan.
    
Walaupun berlaku sedikit peningkatan bacaan IPU di sesetengah kawasan, namun ia masih berstatus
 sederhana
 dan tidak sihat dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di tempat tertutup iaitu dalam bilik darjah
 boleh
dilaksanakan.
    
"Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah di seluruh negara hendaklah terus memantau
maklumat
 bacaan IPU yang dikeluarkan dari semasa ke semasa oleh pihak berwajib," kata kenyataan itu.
    
Jika berlaku perubahan bacaan IPU, pihak berkenaan boleh mengambil tindakan di peringkat
masing-masing
seperti yang telah ditetapkan oleh kementerian.
    
Berdasarkan laman sesawang Jabatan Alam Sekitar, sehingga 4 petang ini sebanyak 17 kawasan
 mencatat
bacaan IPU tidak sihat, 28 kawasan (sederhana) dan tujuh kawasan (baik). - Bernama



Sumber : Sinar Online