Pages

Tuesday, September 22, 2015

Wabak Anjing Gila Semakin Menular




ARAU – Kerajaan negeri yang memandang serius penularan penyakit anjing gila atau rabies berharap ibu bapa bekerjasama dengan sentiasa mengawasi dan tidak membiarkan anak-anak bermain di luar rumah khususnya di kawasan-kawasan berisiko. 

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wilayah negeri, Datuk Sabry Ahmad berkata, kejadian melibatkan dua mangsa yang berusia tiga dan 10 tahun sebelum ini menunjukkan haiwan terbabit lebih terarah menyerang kanak-kanak.

Dalam kejadian pada 31 Ogos lalu, Teoh Chen Xi, 3, dari Taman Desa Pauh yang sedang berjalan dipimpin ibunya cedera di bahagian perut digigit anjing manakala Lim Chia Hui, 10 dari Pekan Pauh diserang haiwan tersebut ketika sedang mengayuh basikal tidak jauh dari rumahnya.

Bagaimanapun, kedua-duanya disahkan bebas dari virus rabies walaupun anjing-anjing yang menggigit mereka adalah positif virus tersebut.

“Walaupun tiada jangkitan rabies di negeri ini sehingga 19 September lalu, namun 30 orang telah digigit sejak 27 Julai lalu.

“Sebanyak 11 orang masih dalam susulan rawatan dan 18 telah tamat rawatan vaksinisasi,” katanya kepada pemberita selepas melawat kedua-dua mangsa tersebut di sini hari ini.

Turut serta dalam lawatan tersebut ialah Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Dr. Zaini Hussin dan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar negeri, Dr. Shaharul Akmar Talib.

Sabry berkata, sehingga kini kerajaan telah membelanjakan RM30,462 untuk 84 dos vaksin dengan setiap vial (suntikan) berharga RM370.

Katanya, pesakit yang digigit anjing akan dipantau oleh Jabatan Kesihatan dengan rawatan susulan setiap tiga bulan selama setahun.

Sabry berkata, sehingga kini Jabatan Perkhidmatan Veterinar telah memberikan suntikan vaksin ke atas 760 ekor anjing di negeri ini.

“Sebanyak 64 sampel yang diambil dari anjing, 20 telah disahkan positif virus rabies,” katanya.

No comments:

Post a Comment

 

Lemonping.com

Babab.net

ruangan iklan untuk disewa

Kalo berminat untuk menyewa ruangan iklan boleh hubungi saya di talian 011 21963078