KUALA LUMPUR - Sebanyak 11 kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara
(IPU) tidak sihat setakat 7 malam ini berbanding sembilan pada 1 tengah hari tadi.
    
Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS), tiga kawasan baharu terlibat ialah Kota
Tinggi di Johor dengan bacaan 115, Port Dickson, Negeri Sembilan (109) dan Paka, Terengganu
(104).
    
Kawasan lain yang mencatatkan IPU tidak sihat ialah Balok Baru, Pahang merekodkan bacaan IPU
paling tinggi iaitu 131, diikuti Pasir Gudang, Johor (124).
    
Larkin Lama di Johor pula mencatat bacaan 122, Bandaraya Melaka dan Bukit Rambai, Melaka
masing-masing mencatatkan bacaan 123; diikuti Indera Mahkota, Kuantan (117) dan Muar
di Johor serta Kemaman, Terengganu masing-masing (114).
    
Sebanyak 30 kawasan pula mencatat tahap IPU sederhana antara Banting, Selangor (92); Putrajaya
dan Seremban, Negeri Sembilan (91); Jerantut, Pahang (90); Pelabuhan Klang, Selangor (89);
Samarahan, Sarawak dan Nilai, Negeri Sembilan (88) dan Shah Alam, Selangor (83).


Sembilan kawasan mencatat IPU baik, antaranya Bakar Arang, Kedah (50); Tawau, Sabah (47), 
SMK Tanjung Chat, Kelantan (43); USM dan Perai Pulau Pinang (42); Alor Setar, Kedah (38), 
Langkawi, Kedah (32), Tanah Merah, Kelantan (27) dan Kangar di Perlis (26).
   
IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300
 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).
    
Orang ramai boleh merujuk portal apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa. - Bernama