Pages

Tuesday, September 22, 2015

Malindo Air menang syarikat penerbangan terbaik


MALINDO Air memenangi anugerah Syarikat Penerbangan Terbaik (Penumpang) 2014 pada edisi ke-10 Anugerah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Chandran Rama Muthy berkata, anugerah itu merupakan suatu penghormatan memandangkan ia dianggap sebagai penanda aras kecemerlangan industri berkenaan.

“Anugerah ini jelas mencerminkan undi keyakinan daripada penumpang serantau, yang memperakui dan menghargai usaha berterusan kami untuk memberikan perkhidmatan berkualiti tinggi,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, ia juga dapat memberi dorongan kepada syarikat penerbangan itu dan pekerjanya untuk terus komited serta menambah baik perkhidmatan.

Chandran berkata, program peluasan syarikat penerbangan itu berjalan lancar dengan tiga lagi pesawat B737NG diterima sebelum akhir tahun ini sebagai tambahan kepada 11 ATR dan 13 Boeing 737NG sedia ada.

“Dengan adanya lebih banyak pesawat, kami dapat menambah lebih banyak destinasi. Peluasan kami besar dengan kami menerbangkan 900,000 orang pada 2013, tahun pertama operasi kami, dan meningkat kepada 2.5 juta pada 2014," katanya. - Bernama

Sumber : Sinar Online

No comments:

Post a Comment

 

Lemonping.com

Babab.net

ruangan iklan untuk disewa

Kalo berminat untuk menyewa ruangan iklan boleh hubungi saya di talian 011 21963078