“Hukuman yang berat harus setimpal dikenakan dengan jenayah alam sekitar yang
 dilakukan bagi memastikan isu ini tidak berlaku lagi. Malah, tidak keterlaluan
sekiranya Malaysia selaku Pengerusi Asean menggesa Indonesia untuk meratifikasi
Perjanjian Asean Mengenai Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan pada tahun ini
juga sebagai komitmen padu untuk melindungi kepentingan negara-negara anggota

“Pada masa yang sama, DPPM juga turut terkilan dengan penangguhan kali
kedua agenda pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara
Malaysia dan Indonesia untuk menangani cabaran jerebu serantau yang sepatutnya
ditandatangani pada 25 September lalu,” katanya.

Singapura dilaporkan akan mengambil tindakan undang-undang yang boleh membawa
kepada hukuman denda berat terhadap syarikat Indonesia yang bertanggungjawab
membakar ladang dan hutan sehingga menyebabkan tahap kualiti udara tidak sihat di
sekitar bandar raya negara itu.  

Kerajaan Singapura dalam satu kenyataannya kelmarin berkata, lima buah syarikat
 Indonesia termasuk syarikat multinasional, Asia Pulp and Paper (APP) bakal menerima
notis tindakan undang-undang.