Pages

Tuesday, November 10, 2015

10 Tip Ketika Di Taman Tema

Taman tema memang menyeronokkan. Namun, berbaris panjang, makanan terlalu mahal dan caj tersembunyi sewaktu percutian sebegini pastinya mengundang muka masam. Justeru itu, perancangan teliti harus dilakukan terlebih dahulu sebelum bergerak ke taman tema.

1. Sentiasa Tiba Awal Pagi

Tiba awal di taman tema kerana tenaga dan mood anda masih tinggi di sampingg dapat menghirup udara pagi yang segar. Malah, ia boleh menjadi satu riadah yang menyihatkan kerana anda sekeluarga menjadi aktif dan banyak bergerak. Tambahan pula, banyak masa yang mampu diperuntukkan buat mereka yang tiba awal serta anda dapat bermain permainan kegemaran anda sebelum taman tema menjadi sesak.

2. Pilih Hari Yang Paling Sesuai

Secara umum, hari-hari bekerja sememangnya kurangnya sesak, manakala hari Sabtu dan Ahad yang sering paling sibuk. Pun begitu, tidak mudah untuk mendapatkan cuti di waktu itu dan anak-anak juga bersekolah. Justeru itu, pilihlah dan rancanglah masa yang terbaik untuk anda dan keluarga.

3. Kamera Bukan Sekadar Potret Percutian

Manfaatkan segala yang ada di tangan anda. Guna fungsi kamera pada telefon pintar atau lensa digital anda untuk mengambil gambar nombor lorong tempat letak kenderaan anda. Berada lebih beberapa jam di taman tema boleh membuatkan anda tersesat untuk mencari kenderaan anda ketika pulang nanti.

4. Semua Dah Ada? Ok Senyum!

Sebaik sahaja sampai di pintu gerbang, selalu amalkan rutin untuk mengambil foto kesemua ahli keluarga anda terutamannya anak-anak kecil. Dengan gambaran foto terkini, anda mempunyai maklumat terperinci untuk diberi kepada pegawai keselamatan andai ada yang hilang.

5. Pakaian Ekstra

Jangan sangka anda akan sentiasa kering sewaktu di taman tema (walaupun bukan taman tema air). Faktor cuaca, kejutan pistol air atau wayang 6D akan  membuatkan anda basah. Bawa persalinan ekstra buat anak-anak yang mungkin comot sewaktu makan. Paling penting, simpan pakaian dalam beg kalis air agar kekal kering sepanjang masa.

6. Beg Galas Kalis Air

Tidak tertumpu pada pakaian, beg galas kalis air dapat menyelamatkan gadget-gadget mahal dan alatan eletronik anda. Penggunaan beg galas juga memudahkan pergerakan anda ke mana-mana dan memberikan capaian mudah untuk menyimpan barangan peribadi yang penting. Selain itu, anda juga boleh menggunakan ziplock beg untuk melindungi gajet kecil.

7. Ubat-Ubatan Kecemasan

Ubat-ubatan penting terutamanya buat anak-anak kecil. Pastikan anda menyimpan stok bekalan ubat yang mencukupi. Juga, jangan lupa untuk membawa paper bag sebagai langkah persediaan andai ada antara ahli keluarga yang terasa loya selepas bermain permainan di taman tema.

8. Bersedia Dengan Segala Kemungkinan

Untuk menghadapi cuaca panas, pakai pakaian berwarna cerah, topi dan cermin mata hitam. Bawa plastik untuk menyimpan pakaian basah. Pastikan bekalan air sentiasa mencukupi untuk berada seharian di taman tema. Beli poncho dari luar pula akan menjimatkan banyak wang anda.

9. Elaun Cenderahati Buat Anak-Anak

Teknik ini adalah satu latihan yang baik buat anak-anak di samping dapat mengawal bajet anda ketika berlibur di taman tema. Ia sekaligus mampu mengajar anak-anak untuk membuat sedikit bajet untuk memilih barangan yang paling bernilai sewaktu membeli belah.

10. Pakej Inapan + Taman Tema Menarik!

Seringkali agensi perlancongan menawarkan pakej inapan beserta taman tema dengan harga yang rendah. Selalu ikuti laman sesawang untuk mendapatkan harga terbaik dan tawaran diskaun yang hebat. Buat mereka yang seringkali ke taman tema tersebut, tidak salah untuk membeli pas tahunan kerana ia lebih menjimatkan.

MESTI TAHU

Pakai kasut yang selesa dan yang mempunyai tapak yang berkusyen. Kebanyakan taman tema mendambakan anda untuk banyak berjalan. Memakai selipar murah atau flip flop membuatkan anda merasa cepat lenguh, memenatkan serta bertambah buruk lagi ianya menyakitkan kaki kasut yang baik membuat anda selesa sepanjang hari

TIP MENARIK

Mereka yang datang Secara Berkumpulan (Dewasa)
Buat mereka yang datang ke taman tema dalam kumpulan besar atau rombongan, pasti mereka ingin bergerak bebas ketika di dalam taman tema. Oleh itu, tentukan meeting spot yang ideal dan waktu untuk berkumpul. Lokasi terbaik adalah berhampiran dengan pintu gerbang atau di mana-mana tempat yang mudah diakses. Jangan lupa untuk melakukan head court sebelum pulang. Buat anak-anak kecil pula, rombongan besar boleh dipecahkan kepada dua atau beberapa kumpulan dengan pengawasan sekurang-kurangnya dua orang dewasa dalam satu kumpulan.


No comments:

Post a Comment

 

Lemonping.com

Babab.net

ruangan iklan untuk disewa

Kalo berminat untuk menyewa ruangan iklan boleh hubungi saya di talian 011 21963078