Pages

Friday, November 13, 2015

Punca Banjir Lumpur Diketahui Dua Minggu Lagi



BENTONG - Punca kejadian banjir lumpur di Kilometer 52.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dijangka diketahui selewat-lewatnya dalam tempoh dua minggu. Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, keputusan tentang perkara itu akan dimaklumkan selepas pakar-pakar yang berkaitan selesai membuat kajian terperinci berhubung insiden tersebut.

"Tunggu pakar kita selesai buat siasatan,  kawasan yang terlibat sehingga dua kilometer ke dalam, jadi mungkin ambil masa sehingga dua minggu untuk buat dokumentasi,' katanya kepada pemberita selepas meninjau operasi pembersihan kejadian tanah runtuh di lebuh raya berkenaan sebelum melakukan tinjauan udara di sini hari ini.

Kejadian tanah runtuh berhampiran Lentang-Bukit Tinggi pada 6.30 petang Rabu menyebabkan sebahagian lebuh raya dari kedua-dua arah tidak boleh dilalui dengan tiga kenderaan persendirian dan sebuah lori angkut terkandas di kawasan itu, namun kesemua pemilik kenderaan berjaya diselamatkan.

Katanya, berdasarkan laporan awal daripada pemegang konsesi lebuh raya berkenaan ANIH Berhad, terdapat aktiviti di tengah hutan menyebabkan ada aliran air yang membawa segala bahan seperti serpihan kayu, batu dan balak sehingga melimpah masuk ke lubuh raya. Bagaimanapun, katanya, masih terlalu awal untuk mengaitkan kejadian itu dengan aktiviti pembalakan selagi siasatan belum selesai dijalankan.

"Saya kira ada beberapa perancangan yang kita akan lakukan di bawah kementerian di mana kita akan duduk berbincang bersama pegawai daerah, JKR Pahang dan kerajaan negeri untuk mengetahui punca sebenarnya.

"Kita akan mencari resolusi terhadap perkara ini demi kelestarian masa depan infrastruktur terhadap alam sekitar kepada keadaan sekeliling termasuk aktiviti pembalakan dan pembangunan di tanah tinggi di mana kita mesti mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh kerajaanpersekutuan," katanya. Katanya ia bagi memastikan sebarang kegiatan pembangunan yang dilakukan itu tidak mendatangkan bahaya kepada infrastruktur  terutamanya melibatkan pengguna jalan raya.


SUMBER: Sinar Online

No comments:

Post a Comment

 

Lemonping.com

Babab.net

ruangan iklan untuk disewa

Kalo berminat untuk menyewa ruangan iklan boleh hubungi saya di talian 011 21963078