Pages

Saturday, November 14, 2015

Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak Dibuka Semula Jam 2 Petang Tadi



BENTONG - Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak yang ditutup kepda trafik berikutan kejadian banjir lumpur di Kilometer 52.4 pada petang Rabu lepas, dibuka semula secara berperingkat mulai ukul 2 petang hari ini.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Mansor yang mengumumkan perkara itu berkata pembukaan peringkat pertama hari ini melibatkan laluan kontrasatu lorong bagi  kedua-dua hala dari Pantai Timur ke Kuala Lumpur dan sebaliknya.


"Laluan kontra ini bermula di KM52.4 dan  berakhir di KM50. Pembukaan sepenuhnya lorong bagi kedua-dua hala dijangka dibuka pada esok jam 2 petang,"  katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Langkah membuka semula laluan lebuhraya tersebut dilakukan dua jam selepas Sultan Pahang Sultan Ahmad Syah menitahkan supaya laluan itu dibuka kembali untuk kepentingan pengguna jalan raya.

Baginda mengeluarkan titah itu selepasmeninjau keadaan  di  kawasan kejadian banjir lumpur itu, di sini hari ini

Fadillah berkata kelewatan untuk membuka lorong kedua-dua hala adalah kerana pihak konsesi lebuh raya dalam proses membaik pulih permukaan jalan  akibat banjir lumpur itu.

Dalam masa yang sama pengguna jalan raya diminta mematuhi papan tanda dan arahan yang diberikan oleh pihak  berkuasa, katanya,

"Pengguna juga diminta berhati-hati semasa melalui  lokasi aliran kontra berkenaan dan pihak ANIH Berhad  serta Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) akan memantau lokasi kejadian   dari  semasa ke semasa demi keselamatan pengguna," katanya.

Beliau berkata pengguna jalan raya juga akan dimaklumkan dari semasa ke semasa berkenaan pembukaan  laluan  tersebut.

Kejadian tanah runtuh di KM52.4  berhampiran Lentang-Bukit Tinggi pada pukul 6.30 petang Rabu lepas menyebabkan sebahagian leuh raya itu di kedua-dua arah tidak boleh dilalui.

Dalam insiden itu  tiga buah kenderaan persendirian dan sebuah lori angkut terkandas di kawasan itu, namun kesemua pemilik kenderaan berjaya diselamatkan.

Banjir  lumpur itu turut menjejaskan  14 keluarga membabitkan  73 orang di kuarters Jabatan Perhutanan Negeri Pahang  yang terpaksa dipindahkan ke Masjid Lentang.


SUMBER: Sinar Online

No comments:

Post a Comment

 

Lemonping.com

Babab.net

ruangan iklan untuk disewa

Kalo berminat untuk menyewa ruangan iklan boleh hubungi saya di talian 011 21963078