Pages

Monday, November 9, 2015

Pantang Larang Melawat Ho Chi Minh City

Ho Chi Minh City adalah satu dari lokasi kegemaran untuk berlibur di negara Asia Tenggara. Banyak keseronokkan yang bakal diperolehi jika anda merancang untuk ke sana seperti membeli belah dan menikmati keindahan alam semula jadinya. Namun, terdapat beberapa pantang larang yang harus dipertimbangkan agar anda tidak berdepan dengan masalah ketika berada di ibu negara Vietnam ini. Ho Chi Minh City digelar sebagai City Of Motorcycles kerana terdapat lebih kurang 300 ribu motorsikal berada di atas jalan pada setiap hari.

  1. Jangan sesekali mengundur atau berpatah balik apabila melintas di atas jalan raya Ho Chi Minh City kerana ia boleh menyebabkan kemalangan. Lebih baik berhenti di tengah-tengah jalan dan melintas semula selepas merasa yakin.
  2. Sekiranya mahu menaiki teksi, pastikan anda menahan teksi yang pemandunya lengkap berpakaian seragam dan bertali leher. Mereka ini tidak akan menipu pelancong berbanding pemandu yang teksi yang memakai pakaian yang sesuka hati
  3. Jangan sesekali mengatakan "No" dan "Thank You" sekiranya anda didatangi peniaga jalanan. Sebaliknya, lambaikan sahaja tangan sebagai isyarat tidak mahu dan mereka akan berlalu pergi tanpa berkata apa-apa.
  4. Gunakan matawang Don Vietnam dalam apa jua urusan niaga kerana ia lebih menguntungkan berbanding menggunakan Dollar Amerika. Nampak macam tidak ada beza tetapi ia merugikan jika ditukarkan dalam Riggit Malaysia.
  5. Makanan halal boleh didapati di sekitar kawasan Pasar Ben Thanh kerana terdapat beberapa buah kedai makan milik Melayu Champa yang menyediakan sajian stereotaip Melayu seperti nasi berlauk. 

No comments:

Post a Comment

 

Lemonping.com

Babab.net

ruangan iklan untuk disewa

Kalo berminat untuk menyewa ruangan iklan boleh hubungi saya di talian 011 21963078