Pages

Monday, November 9, 2015

Perbezaan Tunai, Debit Atau Kredit

Tunai, Debit Atau Kredit memainkan peranan penting yang membantu sesiapa sahaja untuk melangsungkan hidup ketika mengembara di negara orang.

TUNAI

  • Kelebihan kerana penting membawa turun ke mana-mana kerana ia adalah instrumen jual beli yang paling utama digunakan di serata dunia. Namun, anda perlu peka pada kadar tukaran semasa agar dapat menjustifikasikan perbelanjaan dengan baik ketika berada di negara orang.
  • Kekurangannya ialah mereka yang menggunakan tunai biasanya berdepan dengan masalah kadar pertukaran yang tidak stabil. Tidak kira sama ada di negara sendiri atau negara yang dikunjungi. Di samping itu, anda juga cenderung berdepan dengan masalah keputusan tunai jika tidak bijak menguruskan perbelanjaan dengan baik.
KAD KREDIT
  • Kelebihannya ialah sangat membantu kerana ia memudahkan dalam banyak hal terutamannya yang melibatkan perkhidmatan atas talian seperti menempah hotel, membeli tiket kapal terbang dan mendapatkan kereta sewa. Malah, ia juga mampu membantu jika anda berdepan dengan kemalangan atau masalah keputusan tunai.
  • Kekurangannya ialah anda cenderung berbelanja sesuka hati dan terbeban dengan hutang sepanjang hayat jika gagal menguruskannya dengan baik. Di samping itu, anda juga terdedah dengan cas yang tinggi dari semasa ke semasa jika lewat melangsaikan jumlah wang yang telah digunakan.
KAD DEBIT
  • Kelebihannya ialah membawa dan mengeluarkan wang melalui mesin ATM ketika berada di negara orang membantu anda mendapatkan kadar tukaran yang hebat. Malah, kebarangkalian berdepan dengan masalah keputusan wang juga sukar kerana mesin ATM boleh ditemui dengan mudah di mana-mana sahaja negara yang dikunjungi.
  • Kekurangannya ialah memaklumkan bank yang mengeluarkan kad debit perlu dilakukan terlebih dahulu agar akses untuk menggunakannya di luar negara dapat dilakukan. Cas tertentu akan dikenakan jika anda memerlukan perkhidmatan tersebut. Jika tidak, anda gagal menggunakannya walaupun cuba mengeluarkannya di cawangan yang sama. 

No comments:

Post a Comment

 

Lemonping.com

Babab.net

ruangan iklan untuk disewa

Kalo berminat untuk menyewa ruangan iklan boleh hubungi saya di talian 011 21963078