Pages

Thursday, February 16, 2017

Sinopsis Filem Sesudah Suboh

ULASAN & KRITIKAN

Perpaduan kaum dalam filem bukanlah perkara baru dalam filem. Di awal tahun 1950-an L. Krishnan telah mengarahkan filem "Selamat Tinggal Kekasihku" berdasarkan cerita filem Hindi "Devdas" arahan Bimal Roy dan dibintangi Dilip Kumar dan Vyjayantimala kemudian diperbaharui oleh Sanjay Leela Bhansalee (2002) yang menggabungkan Shah Rukh Khan, Madhuri Dixit dan Aishwarya Rai. Filem "Selamat Tinggal Kekasihku" dibintangi S.Roomai Noor dan Molly Lim. Dalam tahun 1958 Phani Majumdar pula mengarahkan "Sri Menanti" yang mempunyai tema yang sama menggabungkan Zaiton dan pelakon dari Hong kong - Chang Chun. Kedua-dua filem ini menitikberatkan percintaan yang menghadapi berbagai-bagai halangan. namun filem ini tidak begitu tetapi mengisahkan pergolakan rumahtangga Ariffin mahmud yang menghadapi masalah dengan isteri dan anak-anaknya yang tidak memperdulikannya. Vera Wee sebagai Alice Lim (heroin filem ini) buikan sebagai kekasih Ariffin mahmud yang sebenarnya tetapi sekadar menurut perintah suaminya (Allan) supaya menyelamatkan rumahtangga Ariffin Mahmud yang akhirnya berjaya. Tema yang dikemukakan P.RAMLEE (berdasarkan lakon layar A.R.TOMPEL) dalam arahannya kali ini dikira berjaya juga. Persoalan yang ditimbulkan sememangnya terjadi dalam masyarakat bukan saja Malaysia tetapi juga universal (global).

Kehadiran tiga bangsa utama (melayu, Cina, dan India) dalam filem ini P.RAMLEE cuba menerapkan nila-nilai perpaduan kaum yang sudah sekian lama dilaksanakana tetapi kesannya masih negatif. Dari segi lakonan, lakonan P.RAMLEE memang sudah tidak dapat disangkal lagi kebaikannya. Vera Wee walaupun ini pertama kali berlakon namun telah memperlihatkan lakonan yang tidak mengecewakan begitu juga Hong Thye Chong sebagai Allan. Ed Osmera Ed OSmera (Salim) sebagai pelakon yang sudah berpengalaman tetap baik lakonannya begitu juga dengan pelakon-pelakon lain termasuk Suriya Kumari yang berlakon sebagai Chanda (kekasih Salim). Peranan Juliana (Salmi, isteri Ariffin) dikira berat juga. Kerana Juliana merupakan pelakon baru peranan tersebut tidak sesuai dengannya. Lakonannya kurang berjaya. Adalah baik sekiranya peranan yang agak penting itu diserahkan kepada pelakon yang sudah establish seperti Sarimah ataupun Zera Agos. Suatu perkara menarik, filem ini menggunakian dialog dalam empat bahasa - Melayu, Inggeris, Cina dan India. Pada keseluruhannya filem arahan P.RAMLEE yang ke 7 ini di MFS baik dan memuaskan, dikira salah satu antara yang terbaik diarahkannya di studio tersebut. 

No comments:

Post a Comment

 

Lemonping.com

Babab.net

ruangan iklan untuk disewa

Kalo berminat untuk menyewa ruangan iklan boleh hubungi saya di talian 011 21963078