Pages

Friday, January 8, 2016

Bab 4 Mengenang MH 17 Alexander Borodai Percaya Malaysia

Hari kedua di Kiev, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah membuat keputusan secara rahsia. Keputusan itu hanya diketahui beberapa orang dalam pasukan khas Malaysia. Perdana Menteri mengarahkan supaya pasukan khas Malaysia. Perdana Menteri mengarahkan supaya pasukan khas Malaysia menghantar beberapa orang untuk ke Donestk untuk berurusan dengan puak pemisah. Ekoran arahan Perdana Menteri, pasukan Malaysia telah menghantar 12 orang anggotanya untuk berurusan dengan puak pemisah. Tindakan ini tidak diketahui oleh anggota lain dalam pasukan Malaysia dan pihak Ukraine.  

Dalam pasukan 12 orang yang berurusan dengan puak pemisah itu, saya tidak terlibat. Doktor perubatan yang bersama dengan saya, diarahkan mengikuti misi tersebut. Saya diarahkan berada di Kiev sebab dalam kumpulan itu tidak ada doktor perubatan. Ketua kumpulan untuk 12 orang anggota pasukan yang akan mengadakan perbincangan dengan puak pemisah adalah, Ketua Penolong Setiusaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Leftenan Kolonel Mohd Sakri Hussain.

Saya berpeluang bersama Kolonel Shakri dari Kiev ke Kharkiv sehingga balik ke Malaysia. Kolonel Shakri menceritakan apa yang berlaku ketika berurusan dengan puak pemisah kepada saya. Menurut Kolonel Shakri, perasaan 12 orang anggota pasukan khas yang akan menemui puak pemisah hanya bertawakkal sahaja kepada Allah. Jika terjadi sesuatu perkara terhadap mereka, memang mereka akan mati katak. Maksudnya, keputusan yang dibuat oleh Perdana Menteri sangat berisko dan berani. Jika 12 orang anggota tersebut ditangkap dengan pihak Ukraine, memang tidak ada satu jaminan keselamatan untuk mereka.

Ini kerana pihak Ukraine telah memberi amaran kepada pasukan khas Malaysia supaya tidak masuk ke Donestk memandangkan tempat tersebut sedang bergolak. Wilayah Donestk merupakan kawasan yang sepenuhnya dikuasai oleh puak pemisah. Kolonel Shakri menceritakan sepanjang perjalanan dari Kiev ke Donestk terdapat 12 sekatan jalan. Bukan sekadar sekatan jalan biasa tetapi dikawal rapi dengan anggota tentera. Ketika itu, mereka hanya mampu berdoa dan bertawakkal. Alhamdulilah, irigan doa dari rakyat Malaysia, perjalanan mereka dipermudahkan dan sampai ke wilayah Donestk. Apabila sampai ke Wilayah Donestk, menurut Kolonel Shakri, puak pemisah memang sedang menunggu kehadiran mereka.

Mereka memang tidak menjangka puak pemisah menunggu kehadiran anggota pasukan khas dari Malaysia. Wakil puak pemisah berkata ketika melihat anggota pasukan Malaysia datang, "You are from Malaysian....... We are expecting you, came.......". Perjanjian antara Malaysia yang diketuai Kolonel Shakri dengan puak pemisah melalui ketuanya, Alexander Borodai dilakukan dalam tempoh satu malam. Selepas 12 orang anggota pasukan Malaysia berbuka puasa, lebih kurang jam 10 malam, satu mesyuarat telah diadakan dengan Borodai.

Dalam masa perbincangan tersebut, menurut Kolonel Shakri, Perdana MEnteri menghubungi Borodai dan bercakap sendiri dengannya. Dalam perbincangan itu, Perdana Menteri meminta tiga perintaan. Pertama, beliau hendak kotak hitam dikembalikan kepada Malaysia. Kedua, semua jasad mangsa nahas dan barang-barang kepunyaannya dipulangkan dan ketiga akses penuh ke lokasi kejadian. Semua anggota pasukan khas yang ada ketika itu terkejut kerana Borodai bersetuju dengan tiga permintaan daripada Perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Dalam perbincangan itu, Borodai berkata, "Aku akan bagi ketiga-tiga permintan ini tanpa syarat." Mengikut pengalaman Kolonel Shakri yang biasa berurusan dengan puak lanun, pemberontak atau lanun akan mengenakan syarat di atas permintaan kita. Bagaimanapun, setelah mendengar permintaan PM diturutkan tanpa syarat, beliau terkejut kerana Borodai juga tidak mengnakan syarat. Ini disebabkan dua perkara. Pertama, Borodai berkata, "MH 17 adalah milik Malaysia. Aku akan pulangkan kepada engkau".

Kedua tambah Borodai; "Sejujurnya aku tidak tembak pesawat ini. Satu negara yang aku masih percaya adalah Malaysia. Sebab itu aku tidak bagi OSCE masuk, aku tidak bagi Ukraine masuk, aku tidak bagi Netherlands masuk. Sebab aku takut bila dia masuk, dia akan ambil bukti dan dia akan manipulasi bukti yang mana dia akan tuduh aku." Ketika itu kata Shakri, Borodai mengakui; "Aku jujur. Kita tidak tembak. Kau buktikan lah. kau bawaklah benda ini (kotak hitam) ke satu tempat yang kau mendapat keadilan. Kau buktikan siapa yang bersalah, ini semua tugas engkau.'

Rundingan terus melalui telefon antara Perdana Menteri dengan Borodai sebenarnya telah memecah kebuntuan anggota pasukan Khas Malaysia untuk mendapatkan kotak hitam, jasad mangsa dan akses lokasi kejadian. Selepas pesawat MH 17 terhempas, dua jam selepas itu, mengikut laporan media mereka, puak pemisah telah menembak jatuh MH 17. Mengikut rekod, pesawat MH 17 ditembak pada malam Khamis. Dalam tempoh dua jam, pihak Ukraine telah mengeluarkan kenyataan dan mendakwa puak pemisah yang menembak jatuh pesawat MH 17.

Setelah mendapat tiga permintaan dari Borodai, Kolonel Shakri segera mengarahkan semua anggotanya balik pada malam itu juga. "Kita kena balik malam ini juga," arah Kolonel kepada anggotanya. Mereka perlu balik ke satu wilayah yang lebih selamat. Kolonel Shakri tidak mahu berada lama di Donestk. Ini kerana kawasan tersebut masih berada dalam zon perang dan tidak selamat.

Sebelum pasukan khas berjaya mengadakan perbincangan dengan puak pemisah, semua pasukan dari negara yang terlibat seolah-olah memandang lekeh kepada pasukan Malaysia. Seolah-olah macam, 'Ala tak ada lah Malaysia ini... Malaysia ni kecik aja....'. Menurut Dr Akmal, sebelum Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama mengeluarkan kenyataan amaran supaya tidak ada pihak yang cuba mengalihkan sebarang bukti nahas MH 17, pasukan "Smart Team" 12 orang telah berjaya mendapatkan kotak hitam, jasad mangsa dan akses lokasi kejadian.

Apabila pasukan dari Ukraine, Netherlands dan negara terlibat mengetahui pasukan khas Malaysia berjaya berurusan dengan puak pemisah, mereka rasa tercabar. Ini kerana sehari sebelum pertemuan 12 orang pasukan khas kita dengan Borodai, OSCE, Ukraine dan Netherlands cuba berurusan dengan Borodai tetapi tidak dilayan. Puak pemisah diketuai Borodai hanya mahu berurusan dengan pasukan khas Malaysia sahaja. Justeru, OSCE, Netherlands dan Ukraine mainkan isu bahawa kotak hitam itu telah dibawa ke Moscow dan sebagainya. Sedangkan ketika itu, kita sudah mendapatkan kotak hitam dari puak pemisah.

CIA hendak sangat kotak hitam. Apabila pasukan kita berjaya mendapatkan kotak hitam, mereka rasa sangat tercabar. Sepanjang perjalanan dari Donestk ke Kharkiv, Kolonel Shakri bersama pasukannya berada dalam keretapi bersama jasad mangsa. Perjalanan tersebut sejauh 200 kilometer. Maalam itu juga saya kena pergi ke Kharkiv. Malam itu juga kita kena bawa semua jasad mangsa nahas MH 17 ke Wilayah Ukraine.


SUMBER: Dr Akmal Salleh

No comments:

Post a Comment

 

Lemonping.com

Babab.net

ruangan iklan untuk disewa

Kalo berminat untuk menyewa ruangan iklan boleh hubungi saya di talian 011 21963078