Semua pesawat jenis itu akan dikembalikan kepada Pentadbir Malaysian Airline System sebagai memenuhi perjanjian sewaan yang telah dibuat, menurut kenyata­an MAB kepada Utusan Malaysia hari ini.

Kenyataan itu dibuat bagi menjawab beberapa laporan berita berhubung keputusan MAB yang akan menjual pesawat-pesawat B777-200 setelah mengumumkan penamatan per­k­hidmatan penerbangan ke beberapa destinasi di Eropah.

Penamatan perkhidmatan pe­nerbangan ke Paris dan Amsterdam merupakan sebahagian kandungan perjanjian perkongsian kod penerbangan antara Malaysia Airlines (MAS) dengan Emirates.