Pages

Friday, January 22, 2016

Legenda Bola Sepak Malaysia Shukor Salleh


Datuk Shukor Salleh, 65 tahun boleh dikatakan sudah mengumpul pelbagai jenis piala kejuaraan, pingat emas dan gangsa, anugerah serta bidang kebesaran atas jasa dan penglibatan dalam sukan bola sepak dari tahun 1966 hingga 1981.

Kehebatan anak jati Tanjung Bungah, Pulau Pinang ini terserlah apabila berada di kalangan segelintir jagoan silam Malaysia yang pernah menjulang Piala Malaysia  1974, Pestabola Merdeka 1973, 1974, 1976 dan 1978 serta pingat emas Sukan SEA Jakarta 1979. Kejayaan itu diperhebat dengan meraih pingat gangsa Sukan Asia 1974, Piala Raja Thai 1978, anugerah Olahragawan Kebangsaan 1978, Pingat Jaksa Kebaktian (PJK), Ahli Mangku Negara (AMN), Darjah Johan Negeri oleh Datuk Indera Mahkota Pahang yang membawa gelaran Datuk pada  tahun 2011.

Memori terindah Shukor semestinya kejayaan layak ke Sukan Olimpik 1980 selepas mengatasi Korea Selatan, Jepun, Brunei, Filipina, dan Indonesia di Stadium  Merdeka, Kuala Lumpur walaupun pemergian ke Moscow terpaksa dibatalkan atas arahan kerajaan. Namun bapa kepada empat orang anak ini cukup kecewa kerana gagal membantu skuad negara layak ke pusingan akhir Piala Dunia selepas terkandas pada pusingan kelayakan 1981 yang digelar sebahagian besar media tempatan sebagai Bencana Kuwait.

Di bawah bimbingan jurulatih dari Jerman, Karl Heinz Weigang, Malaysia dikatakan memiliki pemain bernama besar di arena tempatan selain pemain kelab profesional Hong Kong namunbegitu mudah tunduk kepada Korea Selatan 2-1, Kuwait 4-0 dan cuma mengikat  Thailand 2-2.  "Memanglah terkilan tetapi tidak sesekali aya kesali menjadi pemain bola sepak. Paling istimewa apabila mendapat peluang bertandang ke negara orang pada zaman itu." kata Shukor, yang mengumpul 215 penampilan bersama pasukan kebangsaan. 

Di sebalik kekecewaan itu,tahun 1974 menyaksikan deretan kegemilangan karier bola sepak Shukor, yang tercetus sejak belajar di Sekolah Kebangsaan Inggeris, Tanjung Tokong pada 1960, apabila menghimpunkan kejuaraan Piala Malaysia, Pestabola Merdeka dan pingat gangsa Sukan Asia. Tahun sama, Shukor dan Pulau Pinang dipilih mewakili Malaysia sebelum memenangi Piala Agha Khan di Bangladesh namun pengalaman terindah ialah mengalungkan negara dengan sebutir pingat gangsa Sukan Asia di Tehran, Iran.

No comments:

Post a Comment

 

Lemonping.com

Babab.net

ruangan iklan untuk disewa

Kalo berminat untuk menyewa ruangan iklan boleh hubungi saya di talian 011 21963078