Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, pematuhan syariah yang diperkenalkan oleh syarikat tersebut tidak perlu dilihat sebagai satu gimik atau strategi pemasaran tetapi kerana pihak syarikat menghormati penumpang yang mahukan perkhidmatan penerbangan yang memenuhi kehendak dan citarasa mereka.

“Apabila ada syarikat penerbangan yang tahu dan memahami kehendak penumpang apatah lagi yang memenuhi adat-adat ketimuran dan Islam itu sendiri, maka syarikat seperti ini wajar disokong,” katanya yang dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan pihak tertentu yang mempertikaikan perkhidmatan patuh syariah oleh Rayani Air yang memulakan pe­nerbangan pertama mereka ke Langkawi dan Kota Bharu pada 20 Disember lalu.

Nadzim berkata, apa yang pen­ting penumpang tidak akan menaiki mana-mana penerbangan atau pengangkutan awam yang mempunyai unsur-unsur penipuan di sebalik pelbagai tawaran menarik termasuk tiket tambang murah.

“Mungkin ada sesetengah pihak mempergunakan nama Islam namun tindakan seperti itu akan menjerat mereka kembali.