Pengarah Urusan Rayani Air, Jaafar Zamhari berkata, sesetengah pihak ‘salah faham’ mengenai penerbangan itu sehingga ada yang menyangka penumpang lelaki dan perempuan akan dipisahkan dalam pesawat,

“Persepsi seperti ini adalah silap sama sekali. Begitu juga tanggapan bahawa Rayani Air melarang wanita tidak bertudung atau penumpang berseluar pendek untuk menaiki pesawat, itu juga tidak betul,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia hari ini.

Jaafar juga tidak bersetuju dengan pendapat bahawa penubuhan syarikat pe­nerbangan patuh syariah itu akan mewujudkan polarisasi kaum.

“Kami mengalu-alukan penumpang daripada latar belakang dan kaum yang berlainan, sama ada mereka beragama Islam atau tidak. Ini juga selari dengan konsep 1Malaysia oleh kerajaan.

“Walaupun majoriti penumpang kami pada ketika ini adalah beragama Islam, tetapi terdapat juga penum­pang keturunan Cina dan India yang menaiki pesawat Rayani Air,” katanya.

Jaafar berkata, beliau sedar Rayani Air telah menjadi buah mulut masyarakat termasuk ada yang mempertikai penubuhan syarikat itu oleh pasangan ahli perniagaan beragama Hindu.

“Penubuhan Rayani Air sebagai penerbangan patuh syariah adalah untuk memenuhi keperluan masyarakat Malaysia yang mengharapkan per­khidmatan halal termasuk dari segi penyediaan makanan dan minuman.