Pages

Wednesday, January 27, 2016

Legenda Bola Sepak Malaysia Hamzah Hussein



Tidak sukar meneka mengapa Allahyarham Jalil Che Din gemar memilih ramai warden Jabatan Penjara untuk membarisi skuad negara seperti Salleh Ibrahim, Wan Zawawi Wan Yusoff, Datuk Namat Abdullah, Allahyarham Ali Bakar, Shaharudin Dollah, Syed Ahmad Abu Bakar dan Hamzah Hussein.

Ciri-ciri di kalangan mereka yang berfizikal mantap, berhati kering, cekal dan setia serta pantang menyerah menjadi idaman Jalil yang juga Penguasa Penjara Taiping sehingga pasukan kebangsaan era 70-an sentiasa digeruni gergasi Asia seperti Jepun dan Korea Selatan selain disegani jiran serantau. Hamzah kini berusia 67 tahun, turut bertuah kerana terpilih dalam 'skuad emas' negara ketika itu yang menjuarai Kelayakan Olimpik 1971 di Seoul di bawah bimbingan Dave Mclaren dari Scotland dan seterusnya mara ke Sukan Olimpik Munich 1972 dengan diterajui oleh Jalil.

Berjersi no 7, anak jati Kota Bharu, Kelantan ini tampil sebagai pengganti kepada mendiang Wong Choon Wah pada minit ke 82 dalam perlawanan sulung yang menyaksikan Malaysia kalah penuh bemauah 3-0 kepada tuan umah yang juga gegasi dunia, Jeman Baat di Munich pada 27 Ogos 1972. Dua hari kemudian di Ingolstadt, midfielder ini mendapat kepercayaan Jalil yang menumpaskan Amerika Syarikat 3-0 namun tepaksa akur apabila dibelasah Maghribi 6-0 sehingga meranapkan harapan negara ke pusingan kedua dari Kumpulan A.

Dilahirkan pada 8 Ogos 1948 dengan nama sebenar Che Hamzah Che Hussin, dia memulakan karier bola sepak di Sekolah Kelantan dalam Piala Burnley 1966 sebelum mewakili Pahang selama empat tahun dan setahun bersama Selangor di gelanggang Piala Malaysia. Dua tahun selepas mengejutkan Korea Selatan 1-0 di tanah air mereka dalam Kelayakan Olimpik 1971, nasib tidak lagi memihak kepada skuad negara semasa Seoul menjadi tuan rumah Kelayakan Piala Dunia Kumpulan A2 Asia.

Malaysia ketika itu dilatih oleh Allahyarham Tan Sri Abdul Ghani Minhat ditewaskan Hong Kong
1-0, Israel 3-0, seri 0-0 menentang tuan rumah dan hanya sempat menewaskan Thailand 2-0 hasil jaringan Abd Rahim Abdullah dan Harun Jusoh. Tahun 1974 menyaksikan penampilan terakhir Hamzah dengan skuad negara selepas turut menjelajah hampir seluruh Asia untuk menyertai kejohanan jemputan antarabangsa yang mirip Pestabola Merdeka anjuran Malaysia sejak tahun 1957.

Dia pernah dilantik melatih skuad Piala Razak Wilayah Persekutuan selama beberapa sejak tahun 1981 dengan menguruskan para pemain seperti K.Gunalan, pemenang pingat perak Sukan SEA Jakarta 1987 dan juara Pestabola Merdeka 1993. Hamzah menggilap bakat bekas bek tengah Selangor itu dalam skuad Piala Razak dan Piala Presiden Kuala Lumpur sehingga dia menyarung jersi Malaysia ke Sukan Asia Seoul 1986 tanpa perlu mengharungi saingan utama kebangsaan, Piala Malaysia terlebih dahulu. Dia sempat bergiat dalam Majlis Sukan Penjara sebelum bersara daripada Jabatan Penjara Malaysia sebagai Timbalan Penguasa Penjara pada tahun 2004 dan kini menjawat jawatan ketua jurulatih Penjara FC Negeri Sembilan yang beraksi di Liga FAM 2015.  

No comments:

Post a Comment

 

Lemonping.com

Babab.net

ruangan iklan untuk disewa

Kalo berminat untuk menyewa ruangan iklan boleh hubungi saya di talian 011 21963078