Pages

Wednesday, March 2, 2016

Bapaku P.Ramlee Bab 32 Saya Sentiasa Di Dalam Kesempitan



SAYA SENTIASA DI DALAM KESEMPITAN



Satu tabiat saya susah nak berjimat, apa yang dapat cepat sangat habisnya. Begitu juga dengan gaji bulanan, sekeja-sekejap sudah habis. Pada satu hari, kerana saya kekurangan wang, saya meminta pinjam dari bapa sebanyak tiga ribu ringgit sahaja, kerana ingin hendak membeli gitar baru yang berharga kira-kira RM4800. Bapa saya tidak banyak soal, hanya dia beritahu saya esok datangambil wang, saya pun terus pulang dengan hati yang lega dan gembira kerana esoknya tentu saya dapat gitar baru yang saya idam-idamkan.

Pada keesokan harinya dengan hati lapang dan berharap sangat dengan wang yang dijanjikan itu, saya pun terus ke rumah bapa saya. Saya memang berharap sangat kerana janji yang telah dibuatnya. Sesampainya sahaja saya di hadapan pintu rumah, dengan suara keras bapa saya terus memarahi saya dan menyuruh saya mencari duit sendiri. Saya agak kebingungan, semalam kata O.K, tetapi tiba-tiba hari ini macam singa garangnya, tetapi saya masih mendiamkan diri, tak terkata sepatah pun. Seketika itu, saya terus ke dalam dan mengadu kepada mama. Mama meminta maaf kerana bapa memarahi saya cara demikian, sebenarnya kata mama, "Bapa Nasir tak ada duit". Setelah saya makan sapa pun terus keluar, sesampainya saya di pintu, barulah saya lepaskan geram kepada bapa saya dengan berkata, "Daddy, next time, kalau tak ada wang, jangan suruh Nasir datang, jangan buang masa Nasir sahaja," Bapa menjawab dengan meninggikan suaranya, "Aaa! Shut up you," Saya dengan cepat menjawab, "You shut up, jangan jerit-jerit, I malu tau!" dengan tidak menoleh lagi saya terus tinggalkan rumah.


SUMBER: Allahyarham Nasir P.Ramlee

No comments:

Post a Comment

 

Lemonping.com

Babab.net

ruangan iklan untuk disewa

Kalo berminat untuk menyewa ruangan iklan boleh hubungi saya di talian 011 21963078