Pages

Monday, March 7, 2016

Bapaku P.Ramlee Bab 42 Bagaimana Peristiwa Perceraian



BAGAIMANA PERISTIWA PERCERAIAN




Bapa saya mengambil keputusan yang agak  memeranjatkan untuk menceraikan Noorizan. Saya masih ingat ketika dia marah dan mendiamkan diri, dia memberitahu Noorizan, "Hari ini I nak ceraikan you, siap lekas." Noorizan  agak  terkejut dan cuba memohon maaf. Bapa saya tidak menghiraukannya. Noorizan meminta saya memujuk bapa saya, baru sahaja saya nak sampaikan kata-kata Noorizan, "Daddy, Mami minta maaf". Dengan suara yang keras dan amat marah dia menjawab, "Shut up you." Kemudian dia menelefon  Pak Yusof B, Pak Osman Ahmad dan beberapa orang yang dia anggap sebagai penasihatnya. Kemudian kami terus ke studio Jalan Ampas, dia membawa saya dan pakcik-pakcik yang lain untuk membuktikan apa yang saya tahu.

Cuma satu kata-kata bapa saya yang terakhir dia ucapkan pada Noorizan yang masih saya ingat iaitu, "Noreh! you ingat tak,  semasa I ambil you I terpaksa  menyembah you sebagai kerabat diraja, dan sekarang pun I akan sembah  you setelah I ceraikan you." Rupanya kata-kata itu bukan gurauan, kerana setelah dia bercerai, dia masih mengambil  Noorizan untuk membawa watak sebagai Permaisuri Pasir Berdengung dalam filem Laksamana Do Re Mi, dan di situlah dia mengangkat sembah kepada seorang permaisuri di  dalam cerita itu.


SUMBER: Allahyarham Nasir P.Ramlee

No comments:

Post a Comment

 

Lemonping.com

Babab.net

ruangan iklan untuk disewa

Kalo berminat untuk menyewa ruangan iklan boleh hubungi saya di talian 011 21963078