Pages

Wednesday, March 2, 2016

Bapaku P.Ramlee Bab 33 Rasa Kesal Dan Sedih


RASA KESAL DAN SEDIH


Sejak hari itu, saya tidak lagi datang ke rumah bapa saya, dan saya terus bekerja, kerana merajuk. Pada satu malam, seorang pelayan tempat saya bekerja datang, kerana itu saya dan rakan-rakan pemuzik sedang seronok bermain muzik di atas pentas di Merlin Hotel. Pelayan itu memberitahu yang dia ternampak bapa saya bersama kawan-kawannya sedang makan dan minum. Dengan serta merta saya memberi tahu pelayan itu, "Bilnya bawa ke sini, biar saya yang membayarnya". Walau bagaimanapun saya kecewa dan marah kepadanya, tetapi malam itu saya berasa bangga kerana dia dapat melihat anaknya bermain muzik di situ. Di sinilah timbul rasa sedih dan kesal dengan perbuatan saya yang lalu.


SUMBER: Allahyarham Nasir P.Ramlee

No comments:

Post a Comment

 

Lemonping.com

Babab.net

ruangan iklan untuk disewa

Kalo berminat untuk menyewa ruangan iklan boleh hubungi saya di talian 011 21963078