Pages

Saturday, March 19, 2016

Kemalangan Pesawat Tahun 2006


3 Mei - Penerbangan 967 Armavia, sebuah pesawat Airbus A320 jatuh terhempas ke dalam Laut Hitam, berhampiran bandar raya Sochi di Rusia dan membunuh kesemua 113 orang di dalamnya.

9 Julai - Penerbangan 778 S7 Airlines, sebuah pesawat Airbus A310 merempuh perintang konkrit lalu terbakar semasa mendarat di Irkutsk, Rusia. Antara 203 orang di dalamnya, 128 orang terbunuh.

10 Julai - Penerbangan 688 Pakistan International Airlines, sebuah pesawat Fokker F27, jatuh terhempas ke dalam ladang gandum berhampiran Multan, Pakistan, sepuluh minit selepas terbang naik dan membunuh 41 penumpang serta 4 anak kapalnya.

22 Ogos - Penerbangan 612 Pulkovo Airlines, sebuah pesawat Tupolev Tu-154, jatuh terhempas berhampiran Donetsk, Ukraine dan membunuh kesemua 170 orang di dalamnya.

27 Ogos - Penerbangan 191 Comair, sebuah pesawat Canadair CRJ-100, jatuh terhempas semasa terbang naik berhampiran Lexington, Kentucky dan membunuh 49 daripada 50 orang di dalamnya.

1 September - Sebuah pesawat Tu-154 Iran Air Tours yang mengangkut 148 orang jatuh terhempas semasa mencuba mendarat di Mashad, Iran dan membunuh 28 orang di dalamnya.

29 September - Penerbangan 1907 Gol Transportes Aereos, sebuah pesawat Boeing 737-800, berlanggar dengan jet perniagaan Embraer Legacy dan jatuh terhempas di Mato Grosso, Brazil; bagaimanapun pesawat Embraer Legacy, dengan tujuh orang di dalamnya berjaya mendarat dengan selamat, tanpa sebarang kecederaan dilaporkan, manakala kesemua 154 orang di dalam Boeing 737 terbunuh.

3 Oktober -  Penerbangan 1476 Turkish Airlines, sebuah pesawat Boeing 737-400 dirampas semasa merentasi Greece. Pesawat itu mendarat di Brindisi, Itali tanpa sebarang kecederaan kepada 113 orang di dalamnya.

10 Oktober - Penerbangan 670 Atlantic Airways, sebuah BAe 146 menggelincir ke luar landasan kapal terbang di Stord, Norway dan membunuh empat daripada 16 orang di dalamnya.

29 Oktober - Penerbangan 53 ADC Airlines, sebuah pesawat Boeing 737-200 jatuh terhempas berhampiran Abuja, Nigeria dan membunuh 96 daripada 105 orang di dalamnya.

No comments:

Post a Comment

 

Lemonping.com

Babab.net

ruangan iklan untuk disewa

Kalo berminat untuk menyewa ruangan iklan boleh hubungi saya di talian 011 21963078