Pages

Thursday, March 3, 2016

Bapaku P.Ramlee Bab 36 Bertikam Lidah Kerana Lagu



BERTIKAM LIDAH KERANA LAGU


Saya dan bapa kalau berbual sering berbahasa Inggeris, memang sudah menjadi kebiasaan sejak di Singapura lagi. Tetapi kalau berbahasa Melayu cara Singapura, kami akan menggunakan "Gua" dan "Lu". Pada satu hari sedang kami berbual-bual kosong, saya menyindirnya dengan berkata, "Kenapa Lu suka buat lagu bertemakan cinta, nama perempuan, nama-nama bunga? Gua tak minatlah". Tiba-tiba dia naik radang dan meninggikan suaranya. "Kalau Lu nak tahu ada tiga sebab: Pertama Gua punya suka, kedua Lulah anak yang tak guna, yang tak menghargai ciptaan bapa sendiri. Yang ketiga kalau Gua nanti mati, barulah Lu tahu betapa klasiknya ciptaan lagu-lagu P.Ramlee, apa punya anak, berjuta orang suka lagu aku, anak sendiri pula mencerca kita".

Memang betul kata-kata bapa saya. Sekarang apabila saya membuat semula atau menyusun semula lagu-lagu ciptannya, barulah saya sedar akan keunikannya lagu-lagu ciptaan beliau. Melodinya sungguh merdu, sehingga menusuk kalbu, gubahan dan "chord-chordnya" pula sangat advance adakala chord yang digunakan dulu sehingga hari ini kita pakai. "P.Ramlee, Lu betul-betul handal, Gua tabik Lu!"


SUMBER: Allahyarham Nasir P.Ramlee

No comments:

Post a Comment

 

Lemonping.com

Babab.net

ruangan iklan untuk disewa

Kalo berminat untuk menyewa ruangan iklan boleh hubungi saya di talian 011 21963078