Pages

Tuesday, March 8, 2016

Bapaku P.Ramlee Bab 45 Rombongan Drama Dari Singapura


ROMBONGAN DRAMA DARI SINGAPURA



Setelah beberapa lama Cikgu Mat Nor menghilangkan diri, tiba-tiba pada satu malam beliau datang bersama satu rombongan drama dari Singapura. Dalam rombongan tersebut terdapat Pak Cik Mustafah Yassin pengarah seni dari studio Jalan Ampas dan Pak Cik Kassim Masdor seorang komposer juga murid bapa saya dalam bidang muzik. Malam itu rombongan drama dari Singapura itu membuat latihan di hadapan bapa saya, dengan judul ceritanya "Senja Merah" tulisan wartawan di Singapura Shukor Harun dan diarahkan oleh cikgu saya Cikgu Mat Nor atau Yusnor Ef. Walau pun saya tidak terlibat, namun saya masih ingat bagaimana bapa saya memperbaiki beberapa lakonan yang dilakonkan oleh pelakon-pelakon pentas itu. Bapa saya juga amat gembira kerana dapat bertemu teman lamanya Pak Cik Mustafah Yassin. Mula-mula kami tiba di Kuala Lumpur, ada juga beberapa filem arahan bapa saya yang saya turut berlakon, ianya adalah kerana didesak oleh bapa saya. 

Sejak itu ramai pengarah filem yang memanggil saya untuk mengambil bahagian kecil-kecilan di dalam filem mereka. Ada satu ketika selepas saya shooting sebuah filem bukan arahan bapa saya, Chief Extra yang biasanya membayar wang kepada pelakon extra setelah shooting selesai, tetapi pada hari itu saya dibayar separuh sahaja, chief extra telah memotong gaji saya. Ketika pulang, di dalam kereta bapa saya bertanya "Dah dapat duit shooting?". "Sudah," saya jawab. "Berapa?" tanya bapa lagi, "Separuh sahaja, kerana chief extra potong". Bapa saya dengan tidak berkata apa-apa, dia terus membelok kereta dan kembali ke studio, sesampainya di studio, kebetulan chief extra masih berada di situ, bapa saya terus memanggil chief extra dan berkata "Oi! Hai duit anak aku pun kau nak potong?" Chief extra tadi dengan gugup terus berkata, "Sorry boss! Sorry!" dan terus dia mengembalikan duit yang sebahagian lagi itu kepada saya. Saya hanya ketawa sahaja. Dalam hati saya berkata, "Nasib baik bapa aku tanya, kalau tidak lesap disapu oleh chief extra".


SUMBER: Allahyarham Nasir P.Ramlee


No comments:

Post a Comment

 

Lemonping.com

Babab.net

ruangan iklan untuk disewa

Kalo berminat untuk menyewa ruangan iklan boleh hubungi saya di talian 011 21963078