Pages

Monday, March 7, 2016

Bapaku P.Ramlee Bab 41 Perceraian Berlaku Di MacPherson Road



PERCERAIAN BERLAKU DI MACPHERSON ROAD


Satu peristiwa yang amat menyedihkan dalam hidup saya apabila bapa saya berpisah dengan ibu tiri saya yang amat saya sayangi, Noorizan. Saya sendiri tidak mengetahui secara jelas tentang punca perpisahan tersebut, malah saya dan adik-adik semua agak terkejut dan terasa bagaikan mimpi bila ianya berlaku, pada hal mereka saling mengasihi dan menyintai antara satu sama lain, tetapi mengapa perkara ini berlaku, hanya Allah sahaja yang tahu. Setelah saya dewasa, saya mendapat tahu dari sumber-sumber dan kawan-kawan bapa saya yang boleh dipercayai, mengatakan ada pihak ketiga yang membuat angkara di dalam keharmonian rumah tangga bapa saya, betul atau tidak hanya Allah sahaja yang tahu di mana kebenarannya, pada saya, "Bertepuk tangan sebelah tidak akan berbunyi".

Setelah bercerai, bapa saya pada mulanya agak muram, sedih dan seolah-olah kesal dengan perbuatan yang dilakukan oleh Noorizan. Pernah saya bertanya kepadanya, "Daddy,mengapa mami sanggup meninggalkan Daddy?" dia menjawab dengan tenang sambil memandang muka saya, "Nasir belum tahu erti hidup, salah dan silap, Allah sahaja yang boleh memaafkan, selain daripada manusia itu sendiri memaafkannya" dan saya hanya menundukkan kepala sahaja. Walaupun mereka dah bercerai,namun hubungan saya dengan Noorizan  masih baik dan kami sering bertanyakan khabar.



SUMBER:  Allahyarham Nasir P.Ramlee

No comments:

Post a Comment

 

Lemonping.com

Babab.net

ruangan iklan untuk disewa

Kalo berminat untuk menyewa ruangan iklan boleh hubungi saya di talian 011 21963078