Pages

Thursday, March 3, 2016

Bapaku P.Ramlee Bab 34 Peperangan Dalam Rumah Tangga



PEPERANGAN DALAM RUMAH TANGGA


Peperangan yang saya maksudkan ialah pertengkaran dan perselisihan faham antara Daddy dengan Mama. Kejadian ini sering berlaku, seperti yang terdapat dalam lagu ciptaan bapa saya "Sedangkan Lidah Lagi Tergigit". Apabila kedua-duanya tidak bertegur sapa, maka sayalah yang mersa beruntung. Cara mereka berperang agak unik. mereka tidak akan bertegur sapa antara satu sama lain hingga kadang-kadang hampir seminggu. Masing-masing 'besar kepala' macam kata M.Zain dalam filem Seniman Bujang Lapok. "Itu batu besar ada duduk atas dia punya kepala" kedua-duanya menanti siapa yang harus menegur dahulu. Lucu juga gaya mereka bergaduh. Jadi sayalah yang akan menjadi orang tengah sebagai perantaraan mereka berdua. Satu yang saya suka tengok mereka bergaduh, kerana setiap kali saya dipanggil oleh kedua-duanya, saya akan diupah seringgit tiap seorang.

Sekiranya bapa saya mencari sesuatu seperti kain, baju atas apa sahaja, selalunya mama akan mencarikannya, jadi bila musim peperangan, bapa akan memanggil saya supaya bertanyakan mama di mana barang yang dicarinya itu, dengan demikian saya diberi upah satu ringgit oleh bapa. Begitu juga dengan mama, dia akan memanggil saya untuk bertanyakan sesuatu kepada bapa, dan mama juga akan memberi saya satu upah satu ringgit. Bayangkanlah, kalau dalam satu hari mereka menyuruh saya sebanyak sepuluh kali, sudah tentu saya akan mendapat ganjaran RM20, kaya!kaya!.... Saya Kaya! Tentu kadang-kadang saya kasihan melihat bapa saya, hidupnya tidka pernah senang. dia membuat cerita untuk orang ketawa, tetapi dia sendiri menangis di dalam rumahnya, tiada siapa yang tahu.


SUMBER: Allahyarham Nasir P.Ramlee

No comments:

Post a Comment

 

Lemonping.com

Babab.net

ruangan iklan untuk disewa

Kalo berminat untuk menyewa ruangan iklan boleh hubungi saya di talian 011 21963078