Pages

Wednesday, March 9, 2016

Bapaku P.Ramlee Bab 51 Isteri dan Anak-Anak Saya



ISTERI DAN ANAK-ANAK SAYA



Apa yang berlaku di dalam hidup seseorang itu adalah penentuan Allah, kita sebagai manusia hanya boleh merancang, tetapi Allah yang menentukan segalanya. Jadi kita terpaksa menerima hakikat ini dan bersedia menghadapi apa sahaja cabaran yang penting kita harus jujur dalam menjalani kehidupan. Bapa saya berkahwin sebanyak tiga kali, isteri pertamanya, Junaidah ibu kandung saya, kedua ialah Noorizan dan yang terakhir ialah Saloma. Beliau hanya mempunyai anak tunggal iaitu saya, hasil perkongsian hidupnya dengan Junaidah. P.Ramlee tidak mempunyai anak kandung selain daripada saya, tetapi P.Ramlee mempunyai ramai anak-anak angkatnya, seperti Normah, Betty, Sazali, dan Sabaruddin (Badin), manakala anak tunggal Saloma dengan A.R.Tompel ialah Armali, sementara Dian adalah anak angkat Saloma.

Setelah bapa saya kembali ke rahmatullah, dan diikuti pula oleh Saloma, maka hidup kami pun mulalah terpisah. Masing-masing membawa hala tuju sendiri. Sazali berkahwin dan hidup dengan caranya yang tersendiri, Normah dan Betty pula menghilangkan diri entah ke mana saya pun tidak tahu. Sementara Badin atau Sabaruddin juga entah ke mana, puas dicari tetapi tidak berjumpa. Armali, anak Saloma telah meninggal dunia dan  kini hanya Dian yang sering kita lihat dikaca televisyen, kerana beliau mengikut jejak Saloma menjadi seorang pelakon dengan menggunakan nama Dian P.Ramlee. Saya juga telah berkahwin sebanyak tiga kali. Majlis perkahwinan pertama saya dengan Mariati Abdul Rahman, tidak direstui oleh bapa saya, dan hasil perkongsian hidup itu saya dikurniakan tiga orang anak, dua perempuan dan seorang lelaki.



SUMBER: Allahyarham Nasir P.Ramlee

No comments:

Post a Comment

 

Lemonping.com

Babab.net

ruangan iklan untuk disewa

Kalo berminat untuk menyewa ruangan iklan boleh hubungi saya di talian 011 21963078