Pages

Tuesday, March 8, 2016

Bapaku P.Ramlee Bab 49 Betul Atau Tidak



BETUL ATAU TIDAK


Setelah kematian bapa saya, bermacam-macam cerita yang saya dengar tentang hubungan mereka dengan P.Ramlee. Ada juga peminat yang fanatik sehingga apa sahaja yang dicakap orang mengenai P.Ramlee, jika tersilap atau tak betul, maka mereka sanggup bertengkar dan menyalahkan orang itu, bagi mereka seolah-olah P.Ramlee tidak pernah berbuat silap. Ada sesetengahnya pula berani mengadakan perkara-perkara yang tidak masuk di akal dan khurafat. Antara kisah yang pernah dikatakan kononnya kubur P.Ramlee berasap dan macam-macam lagi perkara karut yang disebarkan.

Yang paling mengejutkan saya ialah kononnya saya mempunyai seorang adik bernama Arfan yang telah mengikut Junaidah pulang ke Jakarta. Saya cuba mendapatkan pihak yang boleh mengesahkan sama ada perkara ini betul atau tidak. Akhirnya saya dapat pengakuan daripada Pak Cik Salleh Ghani. Katanya setelah Junaidah bercerai dengan P.Ramlee, Junaidah mengikut beliau membuat persembahan bergerak bersama-sama rombongan bangsawan, dan dia nampak Junaidah mengandung, jadi mustahil Afran itu anak P.Ramlee. Wallahu'alam, hanya Tuhan sahaja yang mengetahuinya.


SUMBER: Allahyarham Nasir P.Ramlee  


No comments:

Post a Comment

 

Lemonping.com

Babab.net

ruangan iklan untuk disewa

Kalo berminat untuk menyewa ruangan iklan boleh hubungi saya di talian 011 21963078