Pages

Thursday, March 3, 2016

Bapaku P.Ramlee Bab 37 Bapa Menangis



BAPA MENANGIS


Bapa saya sering berduka, perasannya tidak pernah diluahkan kepada sesiapa pun, kadang-kadang dia duduk termenung dan saya dapat melihat kedua matanya bergenang dengan air mata seolah-olah ada sesuatu yang terpendam di hatinya. Pada satu malam, ketika Mama tidak ada di rumah, kerana bekerja sebagai penyanyi di kelab malam di Bangkok, saya pernah bertanya, "Tidakkah Daddy merasa sunyi bila Mama tidak ada?" Dia menjawab, "Terlalu sunyi." Saya dapat rasakan kesunyian yang Daddy alami. Jadi kami terus berbual, perbualan itu khusus mengenai diri saya dengan beliau. Saya tak menyangka yang perbualan itu membuatkan dia lebih bersedih.

Sewaktu saya duduk di sebelahnya, saya bertanya dengan jujur dan bersahaja, "Daddy! Kalaulah Daddy tak ada di dunia ini lagi, ke mana Nasir nak pergi?" Daddy hanya mendiamkan diri tanpa menjawab sepatah pun, dia hanya merenung muka saya dengan wajahnya yang murung. Saya bertanya lagi, "Kenapa Nasir tak ada adik beradik lain, kalau ada kan bagus". Dia masih diam, hanya air matanya yang mula berlinang. Saya terus memeluknya. Kemudian baru dia bersuara,"Nasir jangan bimbang, Daddy akan hidup seribu tahun lagi Daddy". Dia hanya memendekkan perbualan dengan berkata," Sudahlah! Sekarang Nasir pergi salin pakaian, jom kita pergi makan mee goreng". Saya pun terus pergi mandi, dan setelah itu kami terus ke sebuah warung di Jalan Pekeliling. Sesampainya kami di situ, Mamak mee itu memang sudah tahu kesukaan bapa saya.


SUMBER: Allahyarham Nasir P.Ramlee


No comments:

Post a Comment

 

Lemonping.com

Babab.net

ruangan iklan untuk disewa

Kalo berminat untuk menyewa ruangan iklan boleh hubungi saya di talian 011 21963078