Pages

Saturday, March 19, 2016

Kemalangan Pesawat Tahun 2008


4 Januari - Let L-410 Turbolet Transaven, jatuh terhempas berhampiran Kepulauan Los Roques, Venezuela dan membunuh kesemua 14 orang di dalam pesawat.

17 Januari - Penerbangan 38 British Airways, sebuah pesawat Boeing 777-200ER, mendarat terlalu awal sebelum betul-betul tiba ke landasan Lapangan Terbang Heathrow London di United Kingdom; 9 daripada 152 orang di dalam pesawat dirawat untuk kecederaan ringan, tanpa sebarang kematian berlaku.

8 Februari - Penerbangan 2279 Eagle Airways, sebuah pesawat BAe Jetstream 32, dirampas oleh seorang penumpang 10 minit selepas terbang naik dari Blenheim, New Zealand. Penumpang itu menyerang kedua-dua juruterbang tetapi kemudian diatasi oleh juruterbang bersama dan pesawat itu kemudian mendarat dengan selamat di christchurch. Kesemua 9 orang di dalamnya tidak mengalami sebarang kecederaan. 

14 Februari - Penerbangan 1834 Belavia, sebuah Bombardier CRJ100, menghempaskan sayap kirinya pada landasan kapal terbang semasa mencuba terbang naik dari Yerevan, Armenia. Kesemua 21 orang di dalamnya berjaya melarikan diri sebelum pesawat itu tiba-tiba terbakar.

21 Februari - Penerbangan 518 Santa Barbara Airlines, sebuah pesawat ATR 42-300, jatuh terhempas tidak lama selepas terbang naik dari Merida, Venezuela dan membunuh kesemua 46 orang di dalamnya.

3 April - Pesawat Antonov An-28 yang dikendalikan oleh Blue Wing Airlines jatuh terhempas berhampiran Benzdorp di Suriname. Kesemua 19 orang di dalamnya terbunuh.

11 April - Antonov An-32, sebuah pesawat Sudan, jatuh terhempas tidak lama selepas terbang naik dari Lapangan Terbang Antarabangsa Chisinau, Moldova ke Turki. Kesemua 8 orang di dalamnya terbunuh.

15 April -  Pesawat Douglas DC-9 yang dikendalikan oleh Hewa Bora Airways merempuh sebuah pasar berhampiran Goma di Republik Demokratik Congo, dan membunuh 40 orang termasuk 3 penumpang.

25 Mei - Pesawat Boeing 747-200F yang dikendalikan oleh Kalitta Air jatuh terhempas dan terbelah dua di Lapangan Terbang Brussel, tetapi tidak mengakibatkan kecederaan yang teruk pada penumpang.

30 Mei - Penerbangan 390 TACA Airlines, sebuah Airbus A320, melampaui landasan kapal terbang di Lapangan Terbang Antarabangsa Toncontin di Tegucigalpa, honduras dan membunuh 5 orang (termasuk 2 orang di atas bumi).

10 Jun - Penerbangan 109 Sudan Airways, sebuah Airbus A310, jatuh terhempas di Lapangan Terbang Antarabangsa Khartoum dan terbelah dua lalu terbakar. 30 kematian disahkan dengan 6 penumpang disenaraikan sebagai hilang.

25 Julai - Penerbangan 30 Qantas, sebuah pesawat Boeing 747-438 yang terbang dari Hong Kong ke Melbourne, membuat pendaratan kecemasan di Manila selepas suatu tembusan badan pesawat mengakibatkan penyahmampatan cepat. Kesemua orang di dalamnya terselamat.

20 Ogos - Penerbangan 5022 Spanair, sebuah pesawat McDonnell Douglas MD-82, jatuh terhempas semasa terbang naik di Lapangan Terbang Barajas di Madrid, Sepanyol. 154 daripada 172 di dalamnya terbunuh.

24 Ogos - Pesawat Cessna Caravan 208 yang dikendalikan oleh Aereo Ruta Maya jatuh terhempas kira-kira 100km di sebelah timur Bandaraya Guatemala berhampiran El Estor, dan membunuh 10 penumpang serta juga kedua-dua juruterbangnya.

24 Ogos - Penerbangan 6895 Itek Air, sebuah pesawat Boeing 737-200 jatuh terhempas sejurus berlepas terbang naik dari Lapangan Terbang Manas di ibu negara Bishkek, Kyrgzstan. Antara 83 penumpang dan 7 anak kapal di dalamnya, 71 orang dilaporkan terbunuh, dengan 19 orang yang lain terselamat.

14 September - Penerbangan 821 Aeroflot, sebuah pesawat Boeing 737-500 jatuh terhempas semasa membuat persediaan untuk mendarat di Lapangan Terbang Perm dari Moscow. Kesemua 88 orang di dalamnya terbunuh.

7 Oktober - Penerbangan 72 Qantas, sebuah Airbus A330-300, membuat pendaratan kecemasan di Exmouth, Australia selepas mengalami penurunan yang pantas. 70 orang dicederakan, dengan 14 orang mengalami cedera parah.

8 Oktober - Penerbangan 103 Yeti Airlines, sebuah pesawat De Havilland Canada DHC-6 Twin Otter, jatuh terhempas 60NM dari Gunung Everest, Nepal dan membunuh 18 daripada 19 orang di dalamnya.

20 Disember - Penerbangan 1404 Continental Airlines, sebuah pesawat Boeing 737-500 dengan 115 orang di dalamnya, berubah arah dari landasan kapal terbang semasa terbang naik di Lapangan Terbang Antarabangsa denver dan terhenti di sebuah gaung berhampiran landasan tersebut lalu terbakar. Melebihi 38 orang dicederakan, dengan sekurang-kurangnya 2 orang mengalami cedera parah, walaupun tiadanya sebarang kematian.

No comments:

Post a Comment

 

Lemonping.com

Babab.net

ruangan iklan untuk disewa

Kalo berminat untuk menyewa ruangan iklan boleh hubungi saya di talian 011 21963078