Pages

Thursday, March 3, 2016

Bapaku P.Ramlee Bab 38 Belajar Nyanyi Secara Harmoni



BELAJAR NYANYI SECARA HARMONI


Ketika di Singapura bapa saya melatih beberapa rakan rapatnya seperti Ahmad C, Ahmad Daud dan Saloma dalam nyanyian secara "Harmoni". Ini terbukti dengan tertubuhnya kumpulan Panca Sitara. Mereka semua memang boleh menyanyi secara profesional. Sewaktu di Studio Merdeka, Kuala Lumpur, beliau tidak mempunyai ramai penyanyi yang boleh bersamanya berlatih menyanyi dengan suara harmoni. Dia agak garang dan tegas apabila mengajar menyanyi. lebih-lebih lagi dengan suara harmoni, dia mahu semua sempurna. Saya biasanya bermain bass besar manakala Daddy pula bermain piano.

Sewaktu Mama menyanyi solo, saya dan Daddy akan menyanyi suara dua dan tiga secara harmoni. Kami biasanya berlatih sebelum rakaman dibuat. Saya sering mmbuat salah, kerana ketika itu saya belum terlatih dengan menyanyi secara harmoni, lebih-lebih lagi waktu itu tumpuan saya asyik ingat hendak main sahaja, tidak serius terhadap latihan tersebut. Daddy sering mendenda saya jika saya membuat salah. Dendanya agak ringan, sama ada mencuci dua buah kereta, atau dikurung dalam bilik, dan yang paling saya tidak gemar ialah bila disuruh memijak badannya. Mahu tidak mahu terpaksalah saya menurut apa yang disuruhnya. Kalau di Studio Merdeka dia akan mendapatkan beberapa penyanyi yang tidak begitu profesional untuk dilatih bernyanyi harmoni, kerana itulah dia tidak banyak menghasilkan lagu-lagu yang berbentuk demikian seperti ketika beliau di Singapura dengan kumpulan Panca Sitaranya.


SUMBER: Allahyarham Nasir P.Ramlee 

No comments:

Post a Comment

 

Lemonping.com

Babab.net

ruangan iklan untuk disewa

Kalo berminat untuk menyewa ruangan iklan boleh hubungi saya di talian 011 21963078