Pages

Wednesday, March 9, 2016

Bapaku P.Ramlee Bab 50 Jejak Kasih



JEJAK KASIH


Kisah ini terjadi tanpa disangka-sangka, setelah saya berpisah dengan ibu kandung saya Junaidah, dan setelah saya mendapat dua ibu tiri iaitu Noorizan dan Saloma, tidak terlintas lagi lagi untuk bertemu Junaidah ibu kandung saya, lebih-lebih lagi bapa saya masih hidup dan tidak membenarkan saya bertemunya. Tetapi dengan takdir Allah, setelah bapa saya meninggal dunia, saya mendapat peluang di atas jasa baik seorang sahabat unutuk saya bersama seorang wartawan dan jurugambar ke Jakarta menemui Junaidah. Pada mulanya saya agak keberatan, kerana saya dibesarkan tanpa ibu kandung. Tetapi setelah dipujuk oleh sahabat saya itu, akhirnya saya bersetuju ke Jakarta. Saya meletakkan syarat kepada mereka yang hendak membawa saya ke Jakarta, supaya jangan cuba mengarahkan saya bergambar dengan Junaidah sesuka hati mereka. saya tidak mahu menjadi hipokrit dan saya tidak mahu wartawan-wartawan di Jakarta membuat liputan yang bukan-bukan. Mereka akhirnya bersetuju.

Saya dibawa ke rumah Junaidah yang terletak di Martapura Road. Sesampainya saya di sana, Junaidah agak terpaku, beliau dengan serta merta memeluk saya dan menangis, saya hanya mendiamkan diri membalas pelukannya. Apabila dipeluk, mungkin dengan izin Allah, pelukan itu adalah dari seorang ibu yang mengandungkan saya dan melahirkan saya, jadi hubungan darah itu yang mungkin menguatkan rasa sentuhan batin saya ketika itu. Saya diajak naik dan diperkenalkan kepada semua ahli keluarganya. Disinilah saya bertemu dengan Arfan, kulitnya gelap, rambutnya berkerinting seperti negro,tubuhnya rendah seperti Junaidah dan kelihatannya tidak terurus.

Semasa di rumah Junaidah, saya dilayan seperti tetamu khas, sehingga saya merasa kekok dan tidak tahu apa yang hendak saya lakukan. Pada ketika itu saya terpaksa berpura-pura bahawa saya seronok berada di rumahnya. Hanya tiga hari saya dah mula merasa bosan dan saya minta izin untuk pulang. Kerana saya tidak pernah merasa kasih sayangnya sebagai seorang ibu, akhirnya Junaidah membenarkan saya pulang ke Kuala Lumpur.

Sebenarnya saya mempunyai seorang lagi abang yang berlainan bapa, bernama Bachok. Dia menetap di Singapura bersama saya tetapi hanya sementara sahaja. Bachok dan bapa tiri saya A.Harris bekerja sendiri, mereka menjalankan perniagaan "Pangung Bergerak". Mereka berdua akan masuk ke kampung-kampung pendalaman untuk menayangkan filem-filem Melayu Indonesia. Datuk saya, D.Harris, pelawak filem-filem Melayu dalam tahun-tahun 50an pernah saya jumpa semasa di Singapura. Dia sering berlawak berpasangan dengan bapa saya. Sejak dari hari itu, saya tidak lagi bertemu Junaidah sehingga beliau dan anaknya Arfan meninggal dunia.







SUMBER: Allahyarham Nasir P.Ramlee



No comments:

Post a Comment

 

Lemonping.com

Babab.net

ruangan iklan untuk disewa

Kalo berminat untuk menyewa ruangan iklan boleh hubungi saya di talian 011 21963078