Pages

Friday, March 18, 2016

Kemalangan Pesawat Tahun 2009


15 Januari - Penerbangan 1549 US Airways, sebuah pesawat Airbus A320, jatuh terhempas ke dalam Sungai Hudson sejurus selepas terbang naik dari Lapangan Terbang LaGuardia di Bandaraya New York City, akibat kegagalan enjin yang disebabkan oleh serangan burung berbilang. Tiada orang terbunuh.

7 Februari - Pesawat Embraer EMB-110 Bandeirante Manaus Aerotaxi jatuh terhempas berhampiran Santo Antonio, Brazil dan membunuh 24 daripada 28 orang di dalamnya.

12 Februari - Penerbangan 3407 Colgan Air, sebuah pesawat Bombardier Dash 8 Q400 yang terbang dari Newark Liberty International di New Jersey ke Lapangan Terbang Antarabangsa Buffalo Niagara di New York, merempuh sebuah rumah di Clarence, New York pada 10.17 malam waktu tempatan kesemua 49 orang di dalam pesawat terbunuh termasuk satu orang lagi di atas bumi.

25 Februari - Penerbangan 1951 Turkish Airlines, sebuah pesawat Boeing 737-800 yang terbang dari Lapangan Terbang Ataturk di Istanbul ke Lapangan Terbang Schiphol di Amsterdam jatuh terhempas ke sebuah padang semasa membuat persediaan terakhir untuk mendarat. Antara 127 penumpang dan 7 anak kapalnya, 9 orang terbunuh dan 85 orang tercedera.

20 Mac -Penerbangan 407 Emirates Airlines, sebuah pesawat Airbus A340-500 yang terbang dari Lapangan Terbang Melbourne Tullamarine di Melbourne ke Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai mengalami serangan buritan semasa terbang naik. Ia kembali ke Lapangan Terbang Melbourne tanpa sebarang kematian.

23 Mac - Penerbangan 80 FedEx Express, sebuah pesawat McDonnell Douglas MD-11 yang terbang dari Guangzhou, China jatuh di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita di Tokyo, Jepun; kedua-dua kapten dan juruterbang terbunuh.

19 April -Penerbangan 918 CanJet dirampas di atas bumi oleh seorang bersenjata yang menyelinap masuk ke Lapangan Terbang Antarabangsa Sangster, Teluk Montego, Jamaica. Semua penumpang dibebaskan tetapi 6 anak kapalnya dijadikan tebusan buat beberapa jam sebelum dibebaskan tanpa tercedera.

1 Jun - Penerbangan 447 Air France, sebuah pesawat Airbus A330-200 yang terbang dari Rio De Janeiro, Brazil ke Paris, Perancis jatuh terhempas di Lautan Atlantik dan membunuh kesemua 228 orang di dalamnya, termasuk 12 orang anak kapal; mayat dan sempihan daripada pesawat itu tidak dijumpai sehingga beberapa hari kemudian.

30 Jun - Penerbangan 626 Yemenia, sebuah pesawat Airbus A310-300 yang terbang dari Sanaa, Yaman ke Moroni, Comoros jatuh terhempas di Lautan Hindi dengan 153 orang di dalamnya; hanya seorang terselamat, iaitu seorang kanak-kanak perempuan berumur 12 tahun yang dijumpai berpaut pada bangkai pesawat itu.

13 Julai - Penerbangan 2294 Southwest Airlines, sebuah pesawat Boeing 737-300 yang terbang dari Nashville ke Baltimore, membuat pendaratan kecemasan di Charleston, WV selepas satu lubang 14 inci x 17 inci terbentuk pada permukaan fuslajnya ketika setinggi 34000 kaki dan mengakibatkan kehilangan tekanan kabin, bagaimanapun, pesawat itu dapat mendarat dengan selamat tanpa sebarang kecederaan.

15 Julai - Penerbangan 7908 Caspian Airlines, sebuah pesawat Tupolev Tu-154, jatuh terhempas berhampiran Qazvin, Iran, 16 minit selepas terbang naik dan membunuh kesemua 153 penumpang dan 15 anak kapalnya.

24 Julai - Penerbangan 1525 Aria Air, sebuah pesawat IIyushin II-62, mengelincir di landasan kapal terbang di Iran dan membunuh skurang-kurangnya 17 orang, dengan 136 orang terselamat.

2 Ogos - Penerbangan 9760 Merpati Nusantara Airlines, sebuah pesawat de Havilland Canada DHC-6 Twin Otter hilang di Indonesia dengan 13 penumpang dan 3 anak kapal di dalamnya.

3 Ogos - Penerbangan 128 Continental Airlines, sebuah pesawat Boeing 767-200ER yang terbang dari Rio De Janeiro, Brazil ke Houston, Texas melencong ke Lapangan Terbang Antarabangsa Miami, Florida, selepas mengalami gelora yang teruk. Antara 168 penumpang dan 11 anak kapalnya, 26 orang dicederakan, dengan 4 dilaporkan sebagai agak teruk.

4 Ogos - Penerbangan 266 Bangkok Airways, sebuah pesawat ATR 72-200 yang mengangkut 68 penumpang, jatuh terhempas dalam cuaca yang sangat buruk semasa membuat pendaratan di Lapangan Terbang Samui di pulau peranginan Ko Samui, Thailand. Sekurang-kurangnya seorang terbunuh dan 37 orang cedera.

11 Ogos - Penerbangan 4684 Airlines PNG, sebuah de Havilland Canada DHC-6 Twin Otter yang mengangkut 11 penumpang dan 2 anak kapal, merempuh gunung di Isurava, Papua New Guine semasa mencuba berpusing di Lapangan Terbang Kokoda, Papua New Guinea. Semua orang di dalam pesawat itu terbunuh.

4 September - Penerbangan 829 Air India, sebuah pesawat Boeing 747-400 yang mengangkut 213 penumpang dan 16 anak kapal, terbakar apabila diundurkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Chhatrapati Shivaji, Mumbai, semua penumpang dipindahkan, dengan 21 orang menerima cedera ringan. Sebaliknya, pesawat itu mengalami kerosakan yang teruk pada enjin No-1 dan struktur sayap yang bersebelahan.

9 September - Penerbangan 576 AeroMexico, sebuah pesawat Boeing 737-800 yang mengangkut 104 penumpang dirampas semasa terbang dari Cancun ke Bandaraya Mexico. Perampas-perampas itu mendesak supaya bercakap dengan Presiden Mexico, Felipe Calderon. Peawat itu kemudian mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Bandaraya Mexico lalu bergerak perlahan-lahan menuju ke terminal yang terpencil. Selepas semua penumpang dan anak kapalnya dibebaskan, sebilangan pegawai Mexico menggempur pesawat itu, dengan lima orang ditangkap tetapi hanya seorang ditahan. Tidak terdapat sebarang pengorbanan jiwa. 

14 September -Penerbangan 288 Contact Air, sebuah pesawat Fokker F-100 yang mengangkut 73 penumpang dan 5 anak kapal, membuat pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Stuttgart, Jerman, selepas peralatan pendaratan gagal sebahagiannya. Tidak terdapat sebarang kecederaan kepada semua orang di dalamnya, tetapi pesawat itu mengalami kerosakan yang teruk pada bahagian bawah fuslajnya.

No comments:

Post a Comment

 

Lemonping.com

Babab.net

ruangan iklan untuk disewa

Kalo berminat untuk menyewa ruangan iklan boleh hubungi saya di talian 011 21963078