Pages

Sunday, October 18, 2015

14 Kawasan Catat IPU Tidak Sihat Setakat 2 Petang

Jerebu


KUALA LUMPUR - Kualiti udara dilapor semakin merosot apabila tujuh lagi kawasan mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat, menjadikan jumlah keseluruhan 14 kawasan yang mencatat bacaan tidak sihat  setakat 2 petang ini.
   
Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), kawasan itu ialah Nilai yang mencatatkan bacaan IPU 108; Seremban (106); Shah Alam (104); Putrajaya (103); Port Dickson (103); Petaling Jaya (101) dan Batu Muda, Kuala Lumpur (107).
   
Tujuh lagi kawasan kekal mencatatkan kualiti udara tidak sihat dengan bacaan tertinggi di Tawau, Sabah iaitu 123; Pelabuhan Klang (112); Bandaraya Melaka (115); Banting, Selangor (112); Samarahan, Sarawak (109); Bukit Rambai, Melaka (108) dan Kuching (101).
   
Sementara itu, sebanyak 27 kawasan merekodkan bacaan IPU sederhana antaranya Sri Aman, Sarawak (100); Tanjung Malim, Perak (91); SK Jalan Pegoh, Ipoh dan Balok Baru, Kuantan (90); Larkin Lama, Johor (87) dan Kuala Selangor (83).
   
Sebanyak 11 kawasan kekal mencatatkan bacaan baik antaranya Langkawi (48); SMK Tanjung Chat, Kota Bharu (45); Kangar, Perlis (38); Tanah Merah, Kelantan (35); Kota Kinabalu (34); Miri, Sarawak (34) dan Sandakan, Sabah (32).
   
IPU antara 0 hingga 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 301 ke atas (berbahaya).
   


Sumber : Sinar Online

No comments:

Post a Comment

 

Lemonping.com

Babab.net

ruangan iklan untuk disewa

Kalo berminat untuk menyewa ruangan iklan boleh hubungi saya di talian 011 21963078