"Sehubungan yang demikian, selaras dengan Aku Janji Kerajaan Barisan Nasional juga,
sukacitanya saya umumkan, jumlah BR1M  untuk tahun 2016 akan dinaikkan," katanya.
BR1M mula diperkenal pada 2012, yang memberi manfaat kepada golongan berpendapatan
 rendah, dengan memberi bantuan tunai sebanyak RM500 kepada ketua isi rumah berpendapatan
RM3,000 dan ke bawah.
Pada 2013, BR1M 2.0 diteruskan dan diperluaskan kepada individu bujang berumur 21 tahun dan
 ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan.
Pada 2014 BR1M 3.0, bagi  isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah dinaikkan
daripada RM500 kepada RM650, manakala bagi individu bujang berumur 21 tahun dan ke
atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, nilai bantuan dinaikkan daripada
RM250 kepada RM300.
BR1M 3.0 diperluas kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga
RM4,000 dengan nilai bantuan sebanyak RM450.
Dalam Bajet 2015, kerajaan menaikkan kadar BR1M 4.0 kepada RM950 daripada RM650
untuk isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah dibayar secara tiga kali ansuran
iaitu pada Januari, Mei dan September.
Bagi isi rumah berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000; kerajaan meningkatkan
kadar BR1M daripada RM450 kepada RM750 manakala bagi kategori individu bujang berumur
21 tahun ke atas dan berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, kadar itu dinaikkan
 daripada RM300 kepada RM350. 


Sumber : Sinar Online